“Saya masih ingat salah satu garis kegemaran awak digunakan untuk menjadi ‘bertenang, kehidupan ini terlalu pendek. Ia sememangnya untuk awak, adik kecilku, awak adalah seorang wira; teruskan menjaga semua orang dari atas,”” kata Nadiah Nasran Leng, kakak kepada Yacoob Nasran berusia 18 tahun itu sebagai penghormatan terakhir kepada adik lelakinya.
Baru-baru ini Malaysia, dikejutkan dengan berita seorang remaja berusia 18 tahun, Yaacob Nasran yang meninggal dunia akibat terkena pedang samurai. Menurut straittimes, kejadian yang berlaku di Kota Kinabalu ini, terjadi apabila mangka, Yaacob Nasran dan abangnya, Nabil keluar untuk bersama rakan-rakan setelah pulang bercuti belajar. Mereka sedang berjalan keluar dari pub pada kira-kira jam 4.15 pagi untuk pulang ketika mereka terserempak dengan pasangan sedang bergaduh.
Mereka cuba campur tangan namun lelaki tersebut tiba-tiba mengeluarkan pedang samurai dan menghayunkan pedang tersebut ke arah mereka. Yaacob cuba menghalang perbuatan tersebut namun pedang tersebut terkena dahi dan leher beliau. Sementara Nabil dan rakan yang lain mengalami kecederaan ringan.
Allahyarham Yaacob dikenali sebagai seorang yang sangat baik dan ceria. Dia juga sentiasa berada di depan untuk membantu rakan-rakannya. Bekas pelajar La Salle itu sangat disenangi rakan-rakannya.
Polis telah menahan dua suspek berusia 26 dan 24, hanya beberapa jam selepas serangan dan menemui dua pedang samurai. Seorang pelayan pub berusia 23 tahun yang juga bekas isteri suspek utama, dua bouncers pub berusia 28 dan 30, dan seorang wanita berusia 23 tahun, yang juga Pengurus pub, juga ditahan untuk membantu siasatan.
Ibu bapa Yacoob, Nigel Leng dan Kee Faridah Kothman berada di rumah mereka di Tanjung Aru, dikelilingi oleh saudara-mara dan rakan-rakan mereka yang datang menunjukan simpati atas kematian anak bongsu mereka.
Tiada sesiapa yang menginginkan kejadian seperti ini terjadi kepada ahli keluarga mereka. Ini sungguh menyayat hati. Kita mungkin tidak dapat mengawal niat jahat orang, namun kita boleh cuba lebih berhati-hati dalam memastikan keselamatan diri kita sendiri.
1. Waktu malam
Kejadian jenayah lebih kerap terjadi di waktu malam, kerana keadaan lebih sunyi dan gelap. Memudahkan bagi penjenayah mencari atau mengenakan mangsa mereka. Jadi jika boleh, kurangkan atau elakkan aktiviti lewat malam di luar. Terutamanya kawasan dan laluan yang sempit, gelap dan kelihatan bahaya.
2. Berkumpulan
Pastikan berjalan di dalam kumpulan. Berjalan di dalam kumpulan boleh mengurangkan risiko diserang penjenayah kerana mereka takut akan mempunyai ramai saksi perbuatan jenayah mereka. Malah jika ada apa-apa terjadi, kita akan mempunyai rakan-rakan untuk membantu.
3. Pertahanan diri
Lengkapkan diri anda dengan pertahanan diri. Sama ada seni mempertahankan diri atau alat pertahanan diri seperti wisel keselamatan dan penyembur lada. Sekurang-kurang ini dapat membuka peluang untuk lari dari penjenayah.
4. Utamakan diri sendiri
Ini mungkin kedengaran seperti mementingkan diri, namun di dalam sesetengah hal, kita harus mementingkan diri. Jika terlihat kejadian yang mencurigakan dan memerlukan pertolongan, hubungi talian kecemasan sebelum bertindak. Ini juga bagi memastikan tidak ada salah faham dengan pihak berkuasa kemudian.
Cadangan keselamatan diri ini bukanlah kerana tidak menghormati niat murni keputusan Allahyarham Yaacob untuk membantu wanita yang terlibat di dalam kejadian itu. Sebaliknya, cadangan ini, kerana ingin berkongsi jika ia boleh membantu memastikan keselamatan pembaca.