Elak Memandu Kereta Ketika Banjir, Kalau Terdesak Cuba Cara Ini

Meredah banjir dengan memandu kereta bukanlah idea yang baik namun jika anda terdesak kerana tiada laluan lain, boleh ikuti tips ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah masuk musim tengkujuh di beberapa buah negeri di Malaysia. Hujan lebat yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan terutamanya di bandar dilanda banjir kilat. Jika anda dalam situasi tersebut ketika memandu kereta, adakah anda akan redah sahaja atau berpatah balik?

Sebenarnya meredah banjir dengan memandu kereta bukanlah idea yang baik. Kalau ada banjir di hadapan segeralah berpatah balik lebih-lebih lagi jika hujan turun dengan lebat, penglihatan akan terjejas dan anda tidak tahu apa yang ada di hadapan.

Tambahan pula, jika kereta anda rosak akibat bencana alam seperti ditenggelami banjir atau ditimpa pokok akibat ribut, anda tidak boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat insurans anda, melainkan anda mempunyai insuran kereta banjir atau perlindungan peril khas.

Namun, jika anda masih mahu meneruskan perjalanan berikut adalah cara paling selamat yang boleh anda lakukan tetapi harus diingatkan tips ini hanya boleh dilakukan jika air cetek di mana air tidak boleh melebihi bahagian tengah tayar untuk mengelakkan kereta hilang kawalan.

Cara Selamat Memandu Kereta Dalam Banjir

1. Pandu perlahan

Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi banjir tu, pandu dengan perlahan-lahan pada gear rendah/gear 2 ( dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap dan jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda sebab air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin.

Bagi kereta manual, jangan tukar-tukar gear ketika meredahi banjir dan bagi yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan panik dan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning (tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan). Kalau terjadi juga aquaplaning ni, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar tu grip balik jalan.

2. Jangan memandu lawan arah trafik

Jangan memandu melawan arah trafik, kalau terpaksa juga, biarkan kenderaan dari arah bertentangan itu lalu dahulu, baru anda lalu. Setelah berjaya mengharungi banjir, uji brek anda dahulu. Mula-mula tekan brek sampai anda yakin brek tu berfungsi, kemudian pegang steering dengan kuat dan tekan brek sedikit-sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brek anda.

3. Bergilir-gilir dengan kenderaan lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bergerak dalam satu laluan adalah lebih selamat. Kenderaan di hadapan boleh menolak air ke tepi dan membuat laluan untuk kenderaan di belakang.

4. Tinggalkan kenderaan

Kalau kereta anda telah dikelilingi banjir dengan air yang sangat dalam, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. Selamatkan nyawa anda dahulu daripada kereta.

Bahayanya banjir ni adalah bila kita tidak tahu berapa kedalaman banjir tersebut dan risiko kereta dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi. Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik! Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) sudah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, kenderaan boleh hanyut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Itulah serba sedikit tips penting memandu ketika banjir yang perlu anda ambil cakna, supaya keselamatan kenderaan dan nyawa tidak dipandang sambil lewa hingga boleh mengakibatkan kecelakaan yang lebih serius.

Kereta Masuk Air Banjir, Apa Yang Perlu Dilakukan?

1. Kenal pasti paras air banjir

Bila banjir mulai surut dan situasi kembali selamat, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah periksa paras atau kedalaman air banjir. Biasanya, air banjir akan meninggalkan kesan lumpur atau selut pada bahagian dalaman atau luaran kereta seperti kusyen, bumbung kereta, dashboard dan sebagainya. Ia membolehkan syarikat insurans menilai tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta anda.

2. Jangan start enjin kereta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya kereta anda tenggelam sepenuhnya semasa banjir jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda untuk cuba-cuba memandu kereta. Ini kerana, ia berpotensi menyebabkan berlaku litar pintas yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius. Dalam sesetengah keadaan, situasi ini mungkin boleh membahayakan nyawa anda.

Biasanya, komponen kereta kena banjir atau kereta tenggelam banjir berisiko untuk rosak. Apa yang boleh anda lakukan ialah cabut bateri kereta atau gunakan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta banjir anda terus ke bengkel. Jika perlu, panggil mekanik ke rumah untuk memeriksa kereta anda.

3. Periksa enjin atau gearbox kereta

Setelah tiba di bengkel, lakukan pemeriksaan terhadap enjin atau gearbox kereta anda terlebih dahulu. Periksa paras minyak enjin atau minyak gear menggunakan dipstick. Jika amaun minyak hitam atau minyak gear melebihi amaun sepatutnya, ini bermaksud enjin masuk air.

Anda disarankan untuk lakukan flushing dengan ulangan tiga (3) hingga lima (5) kali bergantung pada nasihat mekanik anda. Minyak enjin dan minyak gear yang telah bercampur dengan air perlu dikeluarkan dan digantikan dengan minyak baharu untuk mengurangkan risiko kerosakan pada enjin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Keringkan komponen kereta

Apabila kereta ditenggelami air banjir, sudah semestinya bahagian dalaman kereta turut terjejas. Mana-mana komponen dalaman kereta yang boleh ditanggalkan seperti radio dan sebagainya boleh dikeluarkan untuk dibersihkan dan dikeringkan.

Anda juga boleh cuci kereta banjir dengan semburan air deras terutamanya di bahagian yang sukar dibersihkan seperti enjin, tayar kereta dan brek kereta.

Meskipun begitu, elakkan daripada melakukan semburan air secara terus ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir kerana ia berpotensi merosakkan komponen ini.

Bersihkan sebarang kotoran atau lumpur pada kusyen kereta banjir – pastikan ia kering sepenuhnya untuk elakkan kusyen daripada berbau hapak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Doa Hujan Lebat & Angin Kencang Bagi Mengelakkan Banjir Atau Bencana Alam

Baca juga : Musim Tengkujuh Bakal Bermula, Ini Tips Keselamatan Yang Boleh Diamalkan

Baca juga : Lagi Kes Panahan Petir Dilaporkan, Ini 5 Tips Keselamatan Di Rumah Ketika Musim Hujan!

Penulis

Nursyamimi