Memarahi anak itu biasa lah kalau dah tak boleh kawal emosi. Tapi dalam kes ibu ini sampai mencekik anaknya dek kerana bermain telefon, itu luar biasa!
Kejadian yang berlaku di Brazil ini melibatkan seorang anak lelaki berusia 11 tahun yang dicekik ibunya, 33 tahun atas sebab geram anaknya bermain telefon bimbit sehingga lewat malam.
Ia berlaku seminggu selepas anaknya meluahkan rasa sayang pada ibunya melalui puisi yang dirakam. Dalam puisi tersebut, Rafael mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana menjaga dia dan adiknya dan menyatakan senyuman ibu adalah segalanya.
Alexandra Dougokenski telah disabitkan kesalahan membunuh anaknya, Rafael pada 2 Julai lalu selepas dia mengaku bersalah.
Ibu tunggal berusia 33 tahun itu awalnya cuba menipu dengan membuat laporan anaknya lari dari rumah disebabkan pertelingkahan akibat perilakunya.
Namun selepas misi pencarian yang tidak berjaya walaupun dengan bantuan anjing pengesan dan kawasan carian yang diperluaskan akhirnya si ibu mengaku telah mencekik anaknya hingga mati.
Kata ibu itu, dia tidak sanggup untuk menipu lagi dan ingin melepaskan beban yang ditanggung. Dan caranya hanyalah dengan akui pembunuhan kejam itu.
10 hari selepas kejadian itu, mayat Rafael dijumpai di dalam kotak yang terletak di garaj jiran. Lokasi mayat itu terletak hanya 5 meter dari rumah mangsa.
Mayat Rafael dalam keadaan yang sudah mulai mereput dan dibaluti kain dengan bag plastik pada kepalanya, yang mana diakui daripada perbuatan ibunya sendiri!
Cara kawal kemarahan pada anak
Apa saja tindakan atau hukuman yang diambil ibu bapa semuanya berpunca dari perasaan amarah. Jadi ambil sedikit masa dan hadam apa yang berlaku, fikirkan baik buruk hukuman anda. Mereka adalah anak anda sendiri, baik buruknya semua atas didikan anda juga.
Ini antara 3 perkara yang anda perlu ingati sekiranya datang perasaan untuk memarahi anak:
#1 Anak adalah amanah
Tidakkah ini yang sering anda doa dan inginkan? Zuriat untuk anda sayangi dan sebagai penguat ikatan keluarga. Jadi Allah telah makbulkan doa anda, inilah masanya untuk anda rasa bersyukur. Dan jaga amanah Allah ini dengan baik. Ingatlah pasangan lain setiap hari menangis inginkan zuriat.
#2. Tiada manusia sempurna
Sedangkan anda sendiri tidak sempurna, apatah lagi anak anda yang baru setahun jagung itu. Berilah dia masa untuk belajar dulu apa yang baik dan tidak baik, apa yang salah dan betul. Cepat-cepatlah memafkan jika mereka membuat salah. Jangan dilayankan rasa marah yang membuak-buak itu. Mereka bukan berniat jahat pun.
#3. Kasihani mereka
Cuba anda bayangkan anda di tempat mereka. Apabila orang sering memarahi anda, tentu anda rasa takut, serba salah dan jadi tidak yakin pada diri sendiri. Secara tidak langsung emosi pun terganggu. Apatah lagi kanak-kanak. Mereka masih belajar jadi apabila setiap tingkah laku mereka ditegur dengan amarah. Buruk padahnya bila dia membesar nanti.
Sumber: DailymailUK, Sirap Limau
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Luahan Bapa: Marah Anak Harus Berpada, Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup