Membaca Buku Ketika Mengandung Boleh Lahirkan Anak Bijak?

Ketika kehamilan 30 minggu pendengaran bayi mula berkembang, adakah dengan membaca buku ketika mengandung dapat memberi manfaat kepada kandungan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika hamil pasti banyak amalan atau tips yang kita dengar boleh jadikan anak dalam kandungan nanti bijak bila lahir. Antaranya adalah membaca buku ketika mengandung, sejauh mana kebenarannya?

Kajian ada menunjukkan pendidikan anak-anak sebenarnya bermula beberapa bulan sebelum mereka dilahirkan lagi. 

Namun adakah dengan membaca buku ketika mengandung dapat memberi manfaat kepada kandungan?

Dan adakah dengan membaca buku dengan kerap dan kuat boleh menjadikan bayi lebih bijak apabila lahir nanti? 

Bayi dapat memahami bahasa sejak dalam kandungan

Mengikut kajian yang dilakukan pada tahun 2013, seorang ahli psikologi ada menyatakan bahawa seorang bayi boleh memahami bahasa seawal usia kandungan 28 minggu lagi. 

Kajian yang dijalankan itu adalah pada 40 orang bayi yang baru dilahirkan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil kajian mendapati bayi tersebut dapat membezakan bahasa ibunda mereka serta bahasa asing selepas beberapa jam bayi berikut dilahirkan. 

Kemampuan mendengar bayi telah berkembang pada minggu ke 30 kehamilan. Dan mereka bukan sahaja mendengar suara ibu bapa mereka malah lebih daripada itu. 

Jadi ini menunjukkan, dengan amalan membaca buku dan bercakap dengan bayi ketika dalam kandungan dapat memberi manfaat kepada mereka. 

Ini bermakna tabiat membaca buku dan bercakap dengan bayi dalam kandungan mungkin memberikan beberapa kelebihan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila patut mulakan tabiat membaca buku?

Memandangkan pendengaran bayi mula berkembang pada usia 30 minggu, jadi seeloknya mulakanlah membaca pada waktu itu. 

Malah bukan saja membaca dapat memberi manfaat tau, sekiranya anda mainkan lagu atau muzik kepada bayi dalam kandungan juga mereka akan memberi reaksi. Dari situ mungkin anda boleh tahu bayi anda suka muzik genre yang bagaimana!

Apabila anak anda memberi reaksi ketika dalam kandungan ia bermakna perkembangan kognitif bayi anda juga berkembang pesat.

Anda boleh menggunakan kelebihan ini dengan memperdengarkan muzik serta memulakan tabiat membaca buku yang bermanfaat untuknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4 Kelebihan membaca buku untuk bayi dalam kandungan

#1. Perkembangan otak

Bayangkan sejak dari dalam kandungan lagi otak bayi anda mula berkembang, dan kita memainkan peranan yang penting dalam menggalakkannya. 

Ketika trimester ketiga kehamilan, telinga bayi sudah boleh mendengar macam-macam bunyi termasuklah bunyi-bunyi di dalam rahim juga (bayangkan betapa bisingnya).

Terdapat juga kajian menunjukkan bahawa pada trimester ketiga, bayi bukan sekadar mengikut corak bahasa, tetapi selepas lahir mereka dapat mengenali kata-kata yang sering didengar semasa dalam rahim. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun sejauh mana kemampuan bayi belajar semasa dalam rahim masih belum ditentukan, tetapi bacaan pranatal tetap merupakan cara yang baik untuk memulakan perkembangan otak yang sihat.

#2. Menenangkan ibu dan bayi

Ambil masa seperti sebelum tidur untuk anda relaks sambil membaca buku, waktu ini juga bayi sedang aktif jadi apabila anda bercakap dan membaca buku, bayi turut relaks dalam masa yang sama seronok mendengar suara ibunya. 

#3. Bonding dengan bayi

Pada trimester ketiga kehamilan, bayi juga sudah mengenali suara ibunya. Jadi dengan mendengar suara ibu membaca bayi akan berasa tenang dan membuatkan kadar degupan jantungnya menurun. Jadi sekarang anda sudah tahu, ibu dan bayi bonding sejak dalam kandungan lagi. 

#4. Satu gaya hidup yang baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidakkah membaca ini satu tabiat yang baik dan patut dilakukan bila-bila saja, tidak perlu tunggu ketika hamil. 

Tapi jika anda amalkannya, sehinggalah selepas melahirkan bayi, ia akan menunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak. Percayalah anak-anak akan tiru bulat-bulat apa yang ibu bapa mereka lakukan ya. Jika mereka selalu nampak anda baca buku berbanding bermain handphone anak anda pun akan suka baca buku. Dan jadikan ‘bedtime stories’ satu aktiviti yang mesti dilakukan setiap hari, anak anda tentu suka!

Sememangnya membaca buku memberi banyak kebaikan kepada ibu mengandung juga anak dalam kandungan, jadi ibu bapa semua bolehlah mula jadikan ini satu ‘habbit’. Selain itu mainkan lagu-lagu kegemaran anda juga salah satu cara untuk anda berinteraksi dengan bayi anda. Jom cuba!

Sumber: Hello Doktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-anak-bijak-2