13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

Tips ajar anak bercakap yang berkesan ini dapat membantu ibu ayah merangsang mulut si manja untuk mengatakan sesuatu dengan perkataan pendek

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap anak akan melalui proses perkembangan yang semula jadi. Sebagai ibu ayah, semestinya anda sudah tidak sabar untuk mendengar si manja memanggil anda dengan suara yang begitu comel. Justeru kami kongsikan beberapa tips ajar anak bercakap bagi membantu ‘meringankan’ mulut mereka.

Antara salah satu fasa dalam tumbesaran kanak-kanak adalah perkembangan bahasa. Ia adalah penting bagi menyokong kemampuan si manja berinteraksi dengan orang sekeliling dan memudahkan ibu ayah memahami perasaan mereka.

Tips ajar anak bercakap yang mudah dan berkesan 

credit to sources

Komunikasi dengan anak belum pandai bercakap mungkin membuatkan anda berasa sedikit sukar untuk memahami apa yang dikatakan. Asyik tersalah faham.

Walaupun kata orang, baru-baru dapat anak memanglah begitu kerana masing-masing sedang cuba memahami. Tetapi jika dapat mulakan komunikasi dengan anak sejak awal, tentu lebih mudah kan?

Cubalah beberapa panduan yang dapat membantu komunikasi dengan anak supaya pandai bercakap seperti di bawah:

Kerapkan bercakap. Banyakkan bercakap dengan anak-anak. Lihat wajah mereka dan tunjukkan wajah yang teruja bila mereka cuba bercakap sebagai dorongan.

Respon dengan jelas. Berikan respon yang jelas apabila anak-anak cuba bercakap. Contoh, katakan padanya, “Haa, betul tu Aiman. Ini ‘sudu’.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tunjukkan padanya. Tunjukkan pada anak-anak apa yang anda maksudkan dengan selarikan perkataan dan perbuatan. Contoh, katakan “Buka kasut Aiman” sambil membuka kasutnya. Kalaupun belum pandai bercakap, dia tentu boleh tunjukkan apa yang diinginkan.

Dapatkan perhatiannya. Dapatkan perhatian sebelum memulakan komunikasi dengan anak dengan menyebut namanya dan terjadinya ‘eye contact’. Dia akan faham yang kita sedang bercakap dengannya.

Peluang bercakap. Jangan kita yang asyik bercakap. Nanti kita yang semakin pandai bercakap sedangkan anak masih membisu. Berikan banyak peluang kepada anak. Jika bertanya soalan, beri masa 10 saat untuk dia menjawab.

Tips ajar anak bercakap, panduan buat ibu ayah baru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Situasi dinamik. Dedahkan anak-anak kepada situasi-situasi di mana kita boleh perkenalkan banyak perkataan baru. Bawa dia berjalan-jalan atau menaiki bas. Tunjuk ke arah benda-benda yang kita dapat lihat bersamanya.

Ulang dan kembangkan. Ulang perkataan yang anak-anak cuba katakan walaupun tidak jelas. Kembangkan apa yang ingin disampaikan. Contoh, jika dia sebut “cang” untuk pisang, katakan “Haa…ini pisang. Warnanya kuning.”

Berulang kali. Terutama bila kita perkenal perkataan baru, ulanglah berkali-kali dalam situasi dan masa yang beza. Biar lekat di fikirannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permudahkan kata-kata. Gunakan ayat pendek dan tekankan pada kata kunci supaya dia dapat menumpukan perhatian kepada maklumat yang penting. Contoh, katakan “Aiman lapar? Nak makan?” dan bukannya “Aiman lapar ke sekarang ni? Kalau belum lapar, bila Aiman lapar Aiman beritahu mama Aiman nak makan ya.”

Elak bunyi bising. Elakkan bunyi bising seperti bunyi televisyen atau radio ketika bercakap. Barulah anak-anak dapat berikan perhatian kepada apa kita kata. Anak-anak sebenarnya sukar untuk mengasingkan bunyi latar.

Pergerakan bibir. Anak-anak dapat belajar bercakap dengan melihat kita bercakap tetapi dia lebih cepat pandai bercakap jika dapat melihat pergerakan bibir. Cuba-cubalah bercakap bersama-sama di hadapan cermin.

Huraikan. Bila kenalkan anak dengan sesuatu, huraikan keadaannya bagi menggalakkan percakapan. Contoh, “Aiman, ini epal. Bulatkan epal ni? Warnanya merah.” Jika ‘Aiman’ sudah pandai bercakap, minta dia pula huraikan objek pilihannya.

Permainan mendengar. Gunakan gambar binatang atau permainan binatang yang berbunyi. Contoh, jika kita sebut “moo” tunggu si kecil untuk tunjuk gambar lembu atau ambil anak patung lembu. Jika bawa anak ke taman, minta dia pejamkan mata sambil berbaring dan fokus kepada mendengar. Selepas seminit, tanyakan apa yang dia telah dengari.

Tips ajar anak bercakap, luangkan sedikit masa untuk bermain bersama mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Jika sesi komunikasi dengan anak menyeronokkan, dia akan lebih berminat untuk berinteraksi dan lebih cepat pandai bercakap. Elakkan sama sekali mengajar sambil membuat kerja rumah.

Duduk dan bermainlah bersama. Perkenalkan perkataan-perkataan sambil berimaginasi. Jika tidak, buka buku bergambar. Kalaupun tak membaca, si kecil boleh belajar dengan mendengar kita bercakap tentang gambar yang dilihatnya.

Rasa bosan? Nyanyikan lagu kanak-kanak kepadanya sambil melakukan aksi. Lakukan sekerap mungkin. Dia pasti akan ikut sama. Antara lagu tadika yang boleh digunakan:

BANGUN PAGI

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

BANGUN PAGI GOSOK GIGI,
CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU MINUM SUSU,
SALAM AYAH DAN IBU,

PERGI SEKOLAH JALAN KAKI,
JUMPA CIKGU DEPAN PINTU,
SELAMAT PAGI CIKGU SA’AMAH,
SELAMAT PAGI CIKGU AISHAH,

RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR,
PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS,
PANDAI NYANYI, BACA BUKU,
SEMUA ORANG SUKA HATI,

KALAU KITA RAJIN USAHA,
IBUBAPA GEMBIRA,
MARI KAWAN SAMA-SAMA,
PASTI KITA BERJAYA!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Berbual Dengan Bayi Dapat Merangsang Otak & Membuatkan Anak Lebih Bijak