Membawa Anak Kecil Ke Masjid - Wajar Atau Tidak?

Ada yang berpendapat, membawa anak kecil ke masjid mengganggu jemaah lain. Namun, ramai juga ibu bapa yang berpendapat, melentur buluh biar dari rebungnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim ramadan, selain hangat orang memperkatakan tentang mana bazar yang seronok dikunjungi, tidak kurang juga ramai yang berbahas tentang membawa anak kecil ke masjid.

Ada yang berpendapat, membawa anak kecil ke masjid untuk tarawih mengganggu jemaah lain.

Namun, ramai juga ibu bapa yang berpendapat, jika bukan melentur buluh dari rebungnya, bila lagi?

Membawa anak kecil ke masjid, wajar atau tidak? Mari kita lihat kebaikan dan keburukan membawa anak ke masjid.

Dari situ, mungkin sama-sama kita dapat rumuskan, kewajaran membawa anak ke masjid.

Keburukan membawa anak kecil ke masjid

Kita mulakan dengan perkongsian yang kurang enak dahulu. Berikut adalah sebab yang diperkata ramai mengapa membawa anak ke masjid itu tidak wajar;

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Mengganggu jemaah lain ketika bersolat. Diakui, kanak-kanak bukanlah seperti orang dewasa yang boleh duduk diam sampai satu jam lamanya. Mereka mungkin akan berbuat bising di majid.
  2. Diculik atau hilang. Ramai juga yang berkata tidak selamat mereka berada di perkarangan masjid ketika ibu bapa mereka sibuk beribadah. Risau kalau-kalau ada orang yang berniat jahat terhadap mereka.
  3. Kemalangan. Ada juga yang berpendapat, jika tiada yang mengawasi anak-anak, mereka berisiko mendapat kemalangan. Tidak kira sama ada kemalangan jalan raya, di tandas mahupun akibat bermain sesama mereka. 

Kebaikan membawa anak kecil ke masjid

Sebenarnya, banyak juga kebaikan membawa anak ke masjid. Antaranya;

  1. Mendekatkan anak-anak dengan suasana masjid
  2. Ibu bapa dengan anak kecil berpeluang mengerjakan ibadah dengan jemaah lain
  3. Membuatkan anak-anak kecil tidak rasa tersisih atau jauh dengan masjid
  4. Anak-anak dapat mendengar intipati takzirah
  5. Mereka dapat belajar menghormati masjid
  6. Menarik mereka untuk mencontohi ibu bapa dan orang dewasa yang lain

Jika kita semak semula, sebenarnya, tiada larangan untuk membawa anak kecil ke masjid. Ia bukanlah satu kesalahan.

Malah, sedari zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi, anak-anak kecil dibenarkan keluar masuk masjid.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagipun, jika tidak dibiasakan dari kecil menghormati masjid, ia akan menjadi lebih suka ketika mereka sudah besar.

Tip-tip membawa anak kecil ke masjid

Namun, bagaimana anda hendak memastikan anak anda tidak mengganggu jemaah lain yang mungkin terganggu dengan kehadiran anak kecil? Kita lihat tip-tip berikut;

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Biasakan sejak mereka kecil, supaya mereka tahu suasana masjid.
  2. Lihat mood anak anda sebelum ke masjid. Jika dia tidak sihat, mungkin dia akan lebih banyak menangis dan memerlukan perhatian anda. Mood anak anda mempengaruhi tingkah laku mereka nanti.
  3. Pilih masjid yang mesra kanak-kanak. Tidak dinafikan ada masjid meletakan larangan membawa anak kecil ke masjid. Namun, sekarang terdapat banyak masjid yang mesra kanak-kanak malah menyediakan tempat untuk mereka bermain.
  4. Pilih masjid yang tidak terlalu ramai orang. 
  5. Memberi pesan pada anak-anak sebelum ke masjid. Ingatkan mereka dengan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di masjid nanti.
  6. Pilih tempat solat yang hujung dan belakang bagi mengelakkan mengganggu ramai jemaah. Serta memudahkan pergerakan.
  7. Memastikan anak-anak sibuk dengan membawa permainan kesukaan mereka atau bag aktiviti kegemaran (busy bag) mereka.
  8. Berhenti jika perlu. Jika anak anda tiba-tiba tidak sihat atau tidak dapat dikawal, berhenti mengikuti imam dan berikan perhatian kepada anak anda.
  9. Dukung anak semasa solat jika perlu. Ibu bapa boleh bersolat sambil mendukung anak namun harus dipastikan mereka bebas najis dan kekotoran. Anda juga boleh menggunakan alat gendongan yang sesuai.

Sebagai orang dewasa, kita harus tahu yang kanak-kanak tetap kanak-kanak dan kita tidak boleh berharap mereka untuk berkelakuan seperti orang dewasa.

Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan, boleh juga bertarawih di rumah. Jika anda rindukan ramai jemaah semasa bersolat, jemput kawan-kawan untuk turut sama bertarawih di rumah anda. 🙂 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma