Membawa Anak ke Tempat Kerja, Ibu Ini Mendapat Pujian Netizen

Foto Facebook ibu ini yang membawa anak ke tempat kerja menjadi viral. Dia menerima pelbagai pujian dari netizen kerana keputusannya tersebut

Semua ibu bekerja pasti tahu dilema ibu bekerja dan betapa berat rasanya hati setiap pagi harus meninggalkan anak di rumah. Walaupun rasa ingin membawa anak ke tempat kerja membuak-buak, ia bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan setiap hari.

Swati Chitalkar, seorang pegawai bank di wilayah Pune, India menyedari tentang hal itu.

Namun ketika beliau ditugaskan dengan kerja pejabat yang penting yang memerlukan dirinya hadir ke pejabat, pada masa yang sama anaknya sedang sakit, dia harus membuat keputusan.

Dilema ibu bekerja kena bawa anak ke pejabat 

Dilema ibu bekerja turut dihadapi seoarang ibu berkerjaay Swati memuatnaik fotonya yang sedang bekerja di pejabat. Foto tersebut menunjukkan beliau sedang membuat tugasan di meja sementara si anak tidur di belakangnya sambil meminum susu.

Foto tersebut telah mendapat reaksi di media sosial dan dia mendapat pujian bukan hanya kerana gambarnya, tapi juga kerana apa yang dia tulis pada kapsyen foto tersebut.

"Itu bukan hanya foto seorang bayi berbaring di atas lantai. Itu adalah hati dan jiwaku yang terbaring di lantai. Dia demam dan tidak mahu ada bersama dengan orang lain. Pekerjaanku sudah lewat setengah hari dan saya tidak boleh ambil cuti kerana ada urusan pinjaman dana yang harus diuruskan segera. Tapi saya boleh melakukan kedua-dua tugas tersebut (sebagai ibu dan pekerja). Saya hanya ingin menyampaikan ini sebagai mesej kepada para menteri yang tertidur ketika perjumpaan parlimen."

Antara kerjaya dan anak

Dalam wawancara dengan media Indiatoday, Swati menjelaskan, pada mulanya, anak lelakinya yang berusia 3 tahun dijaga oleh suaminya di rumah. Namun dia tetap meragam dan tidak ingin bersama orang lain kecuali ibunya.

Jadi, dia telah meminta suaminya untuk menghantar anaknya ke pejabat sementara dia menyelesaikan pekerjaannya.

Swati menerima pujian bukan sahaja kerana memainkan dua peranan pada masa yang sama, tetapi kerana dia telah sekaligus menyampaikan mesej sinis dan kritis kepada pemerintah setempat yang lalai dalam menjalankan tugasnya.

“Ada ramai ibu yang terpaksa bekerja bersama dengan anaknya. Saya berfikir, mengapa tidak mengambil foto ini dan memberi pesanan kepada para menteri yang suka tertidur ketika mesyuarat yang membincangkan hal rakyat. Saya ingin mengingatkan mereka tentang hal kami (para ibu bapa) yang terpaksa berusaha keras demi anak-anak kami. Mereka seharusnya menjalankan tugas sebaiknya demi rakyat, demi kami para ibu bapa yang terpaksa menjaga anak-anaknya ketika bekerja demi kelansungan hidup.”

Baca juga:

my.theasianparent.com/mengimbangi-kerjaya-dan-keluarga-dengan-6-tips-berguna

Penulis

Febby