"Kesilapan besar lelaki: terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari"

Isteri mungkin sangat selesa dengan semua kemudahan yang dia ada sehingga dia rasa dia boleh menguruskan segalanya di dalam hidupnya. Tapi, jangan ambil kesempatan ke atas mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tahu tak , kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri. ” Ayat pembuka perkongsian Mohammad Noor HjNawi di Facebook miliknya yang kesan yang dalam terhadap pembacanya.

 

Ada betulnya apa yang dikatakan olehnya. Ramai lelaki sekarang terlampau ‘selesa’ apabila pasangan mereka mampu berdikari tanpa bantuan mereka. Dari menguruskan urusan rumah hingga ke urusan emosi sendiri. Apabila perempuan sudah terlampau selesa menguruskan segalanya sendiri, lelaki patut bimbang, kerana mereka akan lupa yang mereka memerlukan pasangan mereka.

Secara tidak langsung, ini memberikan mereka idea yang mereka tidak memerlukan lelaki dan idea ini memberian mesej yang tidak sihat terutamanya bila melibatkan kewangan. Ini akan membuatkan hubungan suami isteri menjadi hambar dan lama-kelamaan menjadi tawar.

Pokok pangkalnya, manusia memerlukan kasih sayang. Hubungan suami isteri bukan sekadar duduk di bawah satu bumbung yang sama dan mempunyai hubungan intim. Ia adalah lebih kompleks dari itu. Lelaki dan wanita sayang-menyayangi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi dan ‘keperluan untuk berkasih sayang’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mohammad Noor HjNawi telah berkongsi cara yang mudah untuk tetap mengambil berat tentang pasangan dan menjaga isteri walaupun di kala sibuk dan berjauhan. Sesibuk manapun anda seperti masa sangat mencemburui anda, cari masa untuk bertanya tentang perihal pasangan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga perkongsian kami tentang 10 tabiat yang ada pada pasangan paling bahagia.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma