Membina keluarga bahagia dengan bekas isteri suamiku
Setiap pasangan yang berkahwin ada satu harapan yang tersemat kemas di dalam hati mereka. Mereka ingin membina keluarga bahagia.
Sama juga seperti pasangan pengantin ini. Katie Hild bakal mengahwini seorang duda, Jeremy yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Landon.
Ketika upacara perkahwinan mereka, Katie telah melakukan sesuatu yang mampu buat anda mengenang air mata!
Selepas mengahwini Jeremy, Katie tahu dia bakal menjadi ibu tiri kepada Landon, anak Jeremy. Landon merupakan anak Jeremy bersama bekas isterinya, Casey.
Apa yang paling indah dalam membina keluarga bahagia adalah kesepakatan dan saling hormat antara satu sama lain. Dan itulah yang dilakukan Katie.
Beliau telah menyampaikan ikrar perkahwinan yang sungguh ikhlas – mengucapkan terima kasih pada Casey, bekas isteri suaminya sendiri!
Tapi mengapa? Mari kita menyelami ikrar perkahwinan tersebut.
Ikrar perkahwinan untuk membina keluarga bahagia bersama
******
www.facebook.com/lovewhatreallymatters/videos/1726455347376856/
Buat Casey, bekas isteri suamiku,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menerima saya sebagai kawan kamu,
Dan membenarkan saya jadi sebahagian daripada hidup Landon (anak tirinya),
Sata berjanji akan jadi ibu yang terbaik untuk anak kamu,
Saya akan membimbing, mendidik dan menyayanginya setiap hari.
Saya berjanji akan menghormati, sama-sama berusaha, mendengar dan berkomunikasi dengan kamu, ibu sebenar Landon,
Kita sama-sama menjadi ibu bapa kepadanya,
Terima kasih kerana membenarkan saya berkahwin dengan bekas suamimu,
Saya akan menyayangi Landon dan Jeremy dengan sepenuh hati saya, walau apapun yang terjadi,
Kita akan membina keluarga bahagia. Satu keluarga bahagia bersama-sama.
Buat Landon, anak tiriku,
Saya amat menyayangi kamu, lebih daripada apa yang kamu ketahui,
Saya bertuah sebab dapat mengenali kamu dan melihat kamu membesar,
Saya suka lihat kamu semakin membesar dan saya janji saya takkan jemu membesarkan kamu,
Saya sangat gembira kerana sekarang saya akan jadi ibu “tambahan” buat kamu,
Saya berjanji akan melindungi kamu, peluk kamu, dan basuh semua najis-najis kamu…
*****
Awww, menitik air mata membaca keikhlasan yang terpapar dalam kata-kata Katie. Semua tetamu di majlis perkahwinan itu juga ramai yang menangis!
Sebab itu video ikrar perkahwinan yang dibacakan Katie ini telah tular di media sosial.
Membina keluarga bahagia bermaksud berkongsi tanggungjawab
Menurut Katie, semua yang diucapkannya itu amat ikhlas dan dari lubuk hatinya. Ini kerana menurut pandangan beliau, bagi membina keluarga bahagia, semua pasangan harus berkongsi tanggungjawab.
“Co-parenting bermaksud berkongsi tanggungjawab menjaga anak. Saya berjanji pada Jeremy. Saya berjanji pada Casey. Saya berjanji pada Landon. Perkahwinan ini bukan perkahwinan antara saya dan Jeremy saja. Saya juga akan bersama Casey dan Landon.”
Jelas sekali Katie amat memahami konsep untuk membentuk sebuah keluarga bahagia. Keluarga bahagia tidak akan memecah-belahkan satu ikatan.
Sebaliknya, keluarga bahagia akan menerima, memahami berkomunikasi dan berusaha bersama-sama untuk membentuk kebahagiaan. Inilah yang cuba dilakukan Katie.
Kami amat terharu dengan usaha Katie tersebut. Ia membuka mata. Siapa kata pasangan yang bercerai tidak boleh sama-sama menjaga anak dan membentuk keluarga bahagia?
Semuanya berbalik kepada pendirian masing-masing. Kita yang menentukan kebahagiaan kita. Kita yang membentuk keluarga bahagia.
Jadi, jangan sibuk dengan pandangan orang lain, sebaliknya, JADI DIRI SENDIRI DAN LAKUKAN PERUBAHAN!
Kudos to Katie, Jeremy, Landon dan Casey. Moga keluarga bahagia mereka berkekalan!
Sumber rujukan: Independent
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commembina-keluarga-lebih-bahagia-amalkan-5-perkara-ini/