MEMBRAN GLOBUL LEMAK SUSU, PENEMUAN TERBARU SELEPAS DHA!

Komponen Penting bagi Membantu Menyokong IQ dan EQ Anak Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa pasti menitikberatkan nutrien penting untuk perkembangan dan tumbesaran anak yang sihat, bijak serta mempunyai keseimbangan emosi. Malah, adalah amat mengagumkan apabila ibu bapa melihat si manja mampu menggunakan alat eletronik pintar tanpa panduan!

Dengan ini, timbullah beberapa soalan: Bagaimanakah ibu bapa mampu memberikan yang terbaik buat si manja pada peringkat perkembangan yang kritikal ini? Apakah yang diperlukan bagi meningkatkan tahap intelek serta emosi si manja (IQ & EQ)?

Memandangkan perkembangan otak dipengaruhi oleh kedua-dua jenis perkembangan kognitif dan emosi, oleh itu sudah pasti jawapannya berkait rapat dengan nutrien-nutrien yang penting, di samping persekitaran yang sihat serta stimulasi tambahan bagi membantu perkembangan otak!

Nutrien Penting, Pada Jangka Waktu Yang Tepat

Sebagai ibu bapa yang berpendidikan, anda tahu diet seimbang yang diperkaya dengan nutrien penting seperti DHA (asid dokosahesenoik), Kolina, Kalsium, Zat Besi, Vitamin B12, Vitamin D dan Zink menyumbang kepada perkembangan menyeluruh mental dan fizikal si manja anda. Padahalnya, nutrien-nutrien penting ini bukan sahaja memenuhi keperluan unik untuk pertumbuhan si manja bagi tumbesaran sepenuhnya, malah, ia juga membantu dalam perkembangan mental si manja pada masa akan datang1,2. Ianya amat penting untuk perkembangan si manja anda, terutamanya pada peringkat yang awal ini.

Tahukah anda bahawa saiz otak si manja membesar sebanyak tiga kali ganda dalam dua tahun pertama kehidupan dan mencapai 80-90% saiz dewasa3,4? Pada tempoh ini, otak berkembang dengan pesat, membina asas untuk perkembangan kognitif serta emosi yang akan berterusan sehingga dewasa. Perkembangan otak akan beransur perlahan apabila si manja memasuki alam kanak-kanak dan seterusnya ke alam remaja5.

Memahami perkembangan si manja memberikan peluang kepada ibubapa untuk membekalkan si manja dengan nutrisi yang seimbang,   termasuk protein, karbohidrat, lemak dan mikronutrien pada peringkat yang sewajarnya. Sebagai contoh, pengambilan lipid yang secukupnya penting bagi proses “myelination” yang akan menyalut neuron dan membantu konduksi kelajuan pemprosesan maklumat si manja apabila mereka membesar6.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penambahbaikan: IQ dan EQ

Dengan penemuan terbaru dalam kajian susu lembu, anda kini boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan Si Manja anda dengan mudah. Kajian inovasi pemakanan kanak-kanak telah mempertingkatkan kebaikan susu formula dengan penambahan DHA. Kini, ianya juga diperkayakan dengan nutrien untuk otak, Membran Globul Lemak Susu (MFGM).

Walaubagaimanapun, apakah itu MFGM dan bagaimanakah ia membantu dalam perkembangan intelek serta emosi si manja?

Dirembes daripada kelenjar susu seperti lembu yang menyusu, MFGM adalah kompaun biokatif yang terhasil daripada sistem kompleks yang terdiri daripada lipid berpolar, kolesterol, protein serta glikoprotein7. Walaupun komponen-komponen ini mempunyai fungsi nutrien tersendiri, Sfingomielin (SM) dan Gangliosida (GGs) merupakan fosfolipid yang penting bagi pertumbuhan otak8.

Ditemui dalam kuantiti yang banyak di dalam otak, Sfingomielin dan Gangliosida terkenal untuk membantu proses “myelination” dan penghantaran sinaps8,9. Ini bermakna, kedua-duanya bersinergi untuk menyokong sel saraf di dalam otak, menjadikannya lebih stabil dan penambahbaikan penyampaian maklumat dengan lebih pantas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, MFGM juga berfungsi penting bagi membantu usus yang sihat dan seterusnya menyokong sistem keimunan8. Ini berdasarkan hasil kajian di mana kanak-kanak yang diberi tambahan nutrien MFGM menunjukkan episod demam yang kurang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak diberi penambahan MFGM10!

Bekerjasama dengan DHA

Kini, bersama dengan DHA (nutrien otak yang sama penting), MFGM dan DHA bukan sahaja boleh meningkatkan pertumbuhan fizikal dan kesihatan; kedua-duanya juga penting bagi mendorong perkembangan IQ dan EQ Si Manja anda10,11.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain daripada nutrien otak seperti MFGM dan DHA, persekitaran Si Manja anda juga memainkan peranan yang amat penting dalam kemajuan mental dan emosi mereka. Pencantuman sel-sel otak si manja anda dipengaruhi oleh apa yang dipelajari melalui sensori dan pengalaman di dunia luar12. Kajian menunjukkan bahawa dengan stimulasi yang secukupnya, terutamanya dalam tempoh awal kanak-kanak, ia dapat membantu untuk meningkatkan kebolehan si manja untuk belajar serta mengawal emosi; ini sekaligus menjadi asas yang penting untuk kecemerlangan mereka pada masa akan datang13.

Anda juga boleh menceburi penglibatan dalam perkembangan si manja anda dengan mengalakkan mereka membuat aktiviti yang dapat merangsang otak seperti membaca, bermain dengan teka-teki serta permainan berasaskan pembelajaran, atau berbual dengan mereka 14.

Untuk mengetahui MFGM dengan lebih lanjut dan bagaimana si manja boleh meningkatkan perkembangan mental dan emosi secara menyeluruh, rujuklah pakar kanak-kanak anda pada hari ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca artikel dalam Bahasa Inggeris di sini.

Baca juga:

my.theasianparent.com/mfgm-inovasi-terbaru-bagi-pemakanan-kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan