"Kau tak boleh ambil mereka dari aku!" Ibu Ini Bunuh Anak Agar Suami Tak Dapat Hak Penjagaan

Seorang ibu beranak dua membunuh kedua anaknya kerana dia takut suaminya akan mendapatkan hak penjagaan selepas perceraian mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu telah membunuh anak lelakinya yang berusia 7 tahun dan anak perempuannya yang berusia 3 tahun semasa mereka sedang tidur.

Motifnya?

Dia tidak mahu suaminya mendapat hak penjagaan anak-anak selepas perceraian mereka.

Dia menghubungi 911 selepas membunuh anak-anaknya

Brandi Worley telah menikam anak-anaknya. Dia kemudiannya menghubungi 911 untuk memberitahu mereka yang dia telah membunuh anak-anaknya, dan menikam dirinya di leher.

Jason Worley, bapa kepada kedua mangsa dilaporkan sedang tidur di tingkat bawah tanah rumah dan tidak sedar dengan apa yang berlaku di tingkat atas.

Menurut laporan, pasangan itu telah memfailkan perceraian pada hari sebelum pembunuhan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dokumen mahkamah juga menyatakan bahawa pembunuhan itu berlaku mungkin didorong oleh rasa takut akan kehilangan anak-anaknya dan tekanan proses perceraian yang belum selesai.

Tyler, 7, dan Charlee, 3, kedua-duanya ditemui di dalam bilik tidur Charlee dengan kesan tikaman di leher mereka. 

Brandi telah memberitahu polis, "Saya tidak mahu dia mengambil anak-anak saya, saya hanya mahu mati dengan mereka."

"Sekarang kau tidak boleh ambil mereka daripada aku."

Imej dari: Youtube.com / RTV6 | The Indy Channel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan kenyataan Jason, dia telah dikejutkan apabila terdengar ibu Brandi menjerit.

Apabila dia pergi memeriksa apa yang berlaku, Brandi memberitahunya, "sekarang kau tidak boleh ambil mereka daripada aku."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kematian adik-beradik ini memberikan tamparan hebat kepada populasi kecil Darlington, Indiana.

Salah seorang daripada jiran mereka, Cecil Haworth, berkata setiap pagi, beliau sentiasa menanti untuk mendapat pelukan dari Charlee dan Tyler; dia juga menyimpan snek kegemaran mereka, ais krim pop di rumahnya.

Tambahannya, beliau juga membantu anak-anak tersebut membuat kad hari jadi buat ibu mereka beberapa hari sebelum kejadian ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdepan dengan perpisahan atau perceraian

Mari kita berpijak di dunia nyata, membina perhubungan bukan sesuatu yang mudah.

Walaupun sesetengah pasangan menangani masalah mereka dan tinggal bersama-sama, untuk orang lain, ia tidak semudah itu. Realitinya ada orang yang berpisah, dan ada yang memfailkan perceraian.

Melalui perpisahan atau perceraian boleh jadi agak sukar untuk sesetengah orang yang melaluinya, mereka mengalami pelbagai emosi bercampur-baur.

Dalam usaha untuk membantu sesiapa melalui pemisahan, kami kongsi tips ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Fahami apa yang berlaku. Ramai orang yang melalui perceraian akan bertanya kepada diri sendiri soalan seperti "apa yang berlaku?", "Kerena siapa?", Dan "apa yang salah?" Ia adalah normal untuk bertanya soalan-soalan, tetapi tidak menyentuh mengenai diri mereka. Ambil pendekatan yang lebih konstruktif dan cuba memahami apa yang sebenarnya berlaku.
  • Bercakap mengenainya dengan seseorang yang anda percayai. Jangan pendam perasaan anda kepada diri sendiri, luahkan dengan seseorang yang anda percayai dan berkongsi apa yang anda rasa. Meluahkan dapat membantu anda menangani situasi ini dengan lebih baik serta membantu membuatkan anda rasa lebih baik.
  • Tetapkan rutin. Jangan cuba mengubah terlalu banyak perkara dalam hidup anda secara drastik. Mengekalkan rutin akan membantu membuat anda selamat dan rasa lebih terkawal kehidupan anda.
  • Jangan menjauhi orang lain. Pada masa ini, anda akan merasa seperti anda hanya mahu bersendirian, tetapi anda perlu cuba untuk keluar dan bersosial dengan orang ramai. Apabila bersama dengan orang lain, ini akan membantu anda menangani perasaan anda serta membantu mengelak daripada kemurungan.
  • Penuhkan jadual anda. Cari hobi baru, atau memberi tumpuan yang lebih kepada kerja anda.Ini akan membantu mengelakan anda dari terlalu fokus dengan masalah anda.
  • Ambil masa mengikut had anda. Anda tidak perlu untuk tergesa-gesa. Tidak apa jika berasa bimbang, sedih atau tertekan mengenai keadaan anda. Jangan berasa yang anda akan serta-merta okay, iaya memerlukan masa.
  • Merancang masa depan anak-anak anda. Jika anda mempunyai anak, adalah sangat penting untuk anda cuba dan menumpukan kepada mereka terlebih dahulu. Bercakap tentang siapa yang mendapat hak jagaan, dan bagaimana perjanjian anda dengan anak-anak anda nanti.
  • Berbincang dengan anak-anak anda mengenainya. Anda juga akan perlu bercakap mengenai perpisahan anda dengan anak-anak dan pastikan mereka faham yang ianya bukan salah mereka. Jujur dengan mereka, tetapi jangan menghina atau berkeras mengenai pasangan anda kepada mereka. Sentiasa pastikan anda masih menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Penulis

Aqma