Untuk memudahkan pencarian anda dalam memilih sekolah rendah untuk anak anda, kami berikan 7 maklumat berguna untuk anda sebelum anda memilih sekolah yang sesuai untuk anak.
1. Jarak sekolah rendah dari rumah
Lagi dekat jarak rumah ke sekolah bermakna lagi cepat masa untuk menghantar anak dan mengurangkan kos pengangkutan. Jarak yang dekat sangat berguna!
Ini bermakna anak anda tidak akan penat apabila dia sampai ke sekolah, anda pun tidak stress kerana anda tak perlu menghadapi jam asalkan sekolah anak anda jaraknya dekat. Anda juga mempunyai lebih masa untuk melakukan perkara lain.
Jarak yang dekat dengan sekolah juga memboehkan anda untuk menjalin hubungan yang rapat dengan sekolah. Jadi, mudah untuk anda bekerjasama dalam membesar dan mendidik anak anda.
2. Bahasa ibunda sekolah rendah
Ambil tahu dari pengurusan sekolah bahasa apa yang mereka gunakan.
Semua sekolah akan mengajar anak anda Bahasa Melayu dan Inggeris. Tapi jika anda mahukan anak anda belajar bahasa ketiga seperti Bahasa Cina atau Tamil, anda boleh menimbangkan samaada anak anda patut masuk ke sekolah jenis atau tidak.
3. Minat anak anda
Ibu bapa sudah tentu orang yang paling layak menentukan sekolah untuk anak anda, tapi anda perlu juga pertimbangkan minat anak anda seperti sukan, seni persembahan, muzik atau teknologi apabila memilih sekola rendah.
Apabila anak anda berusia 6 tahun, anda akan faham minat anak anda. Adakah anak anda secara semula jadinya meminati seni atau muzik atau sukakan nombor atau sains?
4. Sekolah rendah yang mendapat anugerah cemerlang dari Kementerian Pendidikan
Kementerian mengkaji dan mengiktiraf usaha sekolah dalam memperbaiki pengurusan dan teknik mengajar. Anda boleh ambil tahu melalui internet jika sekolah-sekolah tersebut mempunyai penghargaan seperti itu.
5. Sekolah rendah kerajaan atau swasta
Sekolah kerajaan
Sekolah ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sekolah swasta
Sekolah-sekolah ini menerima dana dari sektor-sektor swasta dan yuran yang mahal.
Perbezaan sekolah swasta dan kerajaan, adalah mungkin kelas yang lebih besar dari sekolah kerajaan atau kelas yang berpenghawa dingin.
6. Identiti sekolah
Setiap sekolah mempunyai kekuatan yang tersendiri, jadi anda patut ambil tahu tentang ini sebelum membuat keputusan:
- Visi dan misi sekolah
- Budaya sekolah
- Kumpulan sokongan ibu bapa
7. Sekolah rendah campur atau sejenis
Sesetengah ibu bapa mengambil kira kepentingan menghantar anak ke sekolah campur atau sejenis. Kebanyakan ibu bapa yang memilih sekolah sejenis selalunya berfikir yang murid-murid dilayan dengan adil.
Sementara itu, sekolah campur lebih mudah untuk ibu bapa yang mempunyai anak lelaki dan perempuan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!