Memilih Tarikh Untuk Bersalin: Ya Atau Tidak?

Memilih tarikh untuk bersalin semakin menjadi “trend” ibu bapa masa kini, terutamanya kaum Cina dan India yang suka memilih tarikh kelahiran anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaum Cina dan India berpendapat bahawa tarikh kelahiran sangatlah penting untuk anak tersebut.

Tarikh kelahiran melambangkan kejayaan dan keperibadian anak mereka dan tarikh tersebut sangat istimewa di masa hadapan seperti keserasian pasangan mereka dan juga tarikh yang paling baik untuk berkahwin atau berniaga.

Mari kita lihat apakah kebaikannya jika kita menetapkan tarikh bersalin lebih awal.

Kebaikan:

Salah satu kebaikan memilih tarikh untuk bersalin adalah anda sudah tahu dan menjangka bila ia akan berlaku. Tiada unsur kejutan.

Jadi anda dapat merancang dan menguruskan perkara-perkara yang anda perlu selesaikan sebelum anda memulakan cuti bersalin.

Dengan cara ini, anda tidak akan merasa risau dan tertekan, kelahiran bayi anda akan berjalan dengan lancar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kos kelahiran dan bilik selepas bersalin

Seperti kos hotel, kos kelahiran juga bergantung kepada hari kelahiran. Dari hari Isnin hingga Khamis, kos hospital tidak semahal sangat berbanding pada hari Jumaat hingga Ahad.

Kos hospital berbeza dari hari berkerja dan hujung minggu. Untuk pasangan yang mempunyai masalah kewangan, memilih tarikh kelahiran dari Isnin hingga Khamis boleh menjimatkan kos, walaupun sedikit.

Kadang-kadang, bilik tunggal di hospital adalah amat terhad. Jika anda sudah memilih tarikh untuk bersalin, anda boleh menempah satu bilik untuk anda terlebih dahulu.

Ini dapat memastikan yang anda akan ditempatkan di dalam bilik tunggal dan tidak perlu berkongsi bilik dengan ibu-ibu yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rancang terlebih dahulu

Memandangkan anda sudah memilih tarikh tertentu untuk bersalin, anda boleh merancang perjalanan atau aktiviti bersalin anda.

Contohnya, jika anda sudah mempunyai anak, anak-anak yang besar boleh dijaga oleh saudara. Ataupun anda boleh meminta ibu atau saudara datang lebih awal untuk menjaga anda semasa berpantang.

Dengan mengetahui tarikh apa yang anda pilih untuk bersalin, mereka dapat merancang perjalanan mereka dengan lebih awal.

Untuk ibu-ibu yang bekerja, kebaikannya adalah mereka dapat menyiapkan kerja-kerja di pejabat sebelum mereka memulakan cuti bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami disisi dan doktor pilihan anda

Dengan suami tersayang ada di sisi anda dan anda telah menempah doktor pilihan anda terlebih awal kerana sudah tahu tarikh bersalin, anda pasti akan berasa lebih tenang semasa proses kelahiran.

Suami dan doktor adalah dua orang yang mampu menenangkan anda. Terutamanya doktor pilihan anda yang dipercayai!

Kandungan sudah bersedia untuk bersalin

Ada juga kes di mana ibu-ibu tidak lagi dapat bertahan dengan kehamilannya yang panjang. Perut juga semakin lama semakin membesar.

Mungkin tarikh bersalin yang dianggarkan oleh doktor telah berlalu, namun bayi masih belum mahu keluar.

Untuk mengelakkan lebih banyak komplikasi terhadap ibu dan juga bayi, tarikh untuk bersalin perlu ditentukan sendiri. Perlu diingatkan, kandungan bayi perlu mencukupi usia dan saiznya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keburukan:

Caesarean ada risikonya

Kadang-kadang apa yang kita rancang tidak akan menjadi.

Anda mungkin sudah memilih untuk bersalin pada hari tertentu dan secara normal. Tetapi apakan daya, komplikasi menyebabkan anda terpaksa bersalin secara Caesarean. Ibu bapa perlu ingat bahawa Caesarean ada risikonya.

Bayi pramatang atau terlebih hari

Doktor boleh menganggar tarikh kelahiran bayi dan anda juga boleh memilih tarikh kelahiran bayi anda, namun, akhirnya, Tuhanlah penentu segalanya.

Kadangkala, bayi anda tidak sabar bertemu dengan anda dan akhirnya mereka dilahirkan pra-matang atau tidak cukup bulan.

Bayi pra-matang biasanya melalui banyak komplikasi seperti bantuan pernafasan kerana kematangan peparu mereka pada 38 minggu hanyalah 97 peratus sahaja. Kebanyakkan mereka memulakan hayat mereka di wad ICU.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadangkala, bayi juga enggan dilahirkan walaupun sudah cukup 40 minggu. Walaupun bayi sudah matang, bayi lebih bulan juga mempunyai risiko komplikasi.

Selain itu, terdapat komplikasi yang tidak dijangka seperti pendarahan atau bayi lemas dalam kandungan yang memerlukan pembedahan kecemasan secara Caesarean secepat mungkin untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Rujukan: Majalah PaMa

Penulis

Michelle Goh