Kita selalu dinasihatkan untuk memastikan anak kita berada dekat dengan kita apabila keluar berjalan-jalan di mana sahaja.
Satu kes culik telah berlaku di Sarikei, Sarawak, minggu lepas, di mana anak perempuan tauke gerai makan di King Kopitiam Sarikei, telah diheret oleh seorang lelaki yang memakai motosikal.
Kejadian tersebut telah dirakam oleh CCTV dan dimuat naik oleh Francis Ngu Hown Hua di laman Facebook.
Kanak-kanak itu telah menggigit tangan suspek, ketika mereka berdekatan dengan terminal bas dan berjaya melepaskan diri. Gigitan itu telah menyebabkan suspek terlepas genggaman dan kanak-kanak tersebut berjaya melompat dari motosikal suspek.
Dengan mengetahui langkah-langkah dasar untuk mempertahankan diri, kanak-kanak akan mempunyai peluang untuk melepaskan diri dari diculik.
Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh diajar agar mereka tahu apa yang harus dilakukan jika berada dalam keadaan itu.
Langkah Pertama: guna minda dan deria anda
Salah satu cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa serangan adalah untuk mempercayai naluri anda. Ibu bapa boleh mengajar kanak-kanak yang lebih besar untuk sentiasa peka dengan persekitaran mereka.
Sebagai contoh, jika kanak-kanak itu bersendirian dan berasa seperti dia sedang diperhatikan, ikut gerak hati tersebut. Cari tempat yang mempunyai banyak orang dan minta pertolongan.
Tak kira di taman, di sekolah, ataupun di pusat membeli belah, langkah pertama dan yang terbaik adalah untuk mengelakkan diri dari keadaan yang merbahayakan sebelum ia berlaku.
Langkah ke-2: guna suara yang kuat, lantang dan serius
Jika anda dicengkam dari belakang, dan kedua-dua belah tangan anda terperangkap:
- Gunakan suara yang kuat dan jerit, “TIDAK!” dan “TOLONG!”
- Gunakan kaki anda untuk cangkuk bahagian belakang kaki lelaki itu. Ini akan mencegah dan untuk membuatkan ia lebih sukar bagi penculik untuk bergerak.
- Gunakan mana-mana tangan yang bebas dan pukul orang itu dengan kuat sambil menjerit meminta pertolongan.
Langkah ke-3: guna gigi anda untuk mempertahankan diri
Jika penculik atau pemangsa itu menutup mulut anda, gunakan gigi dan gigit tangan orang tersebut dengan kuat. Apabila berjaya lepaskan diri, lari dari pemangsa ke arah orang ramai, dan terus menjerit meminta tolong.
Langkah ke-4: pukul bahagian-bahagian utama badan yang boleh menyebabkan kecederaan paling teruk
- sepak atau pukul bahagian kemaluan pemangsa
- pukul atau tumbuk bahagian depan leher pemangsa
- pukul, cucuk atau calar mata pemangsa dengan jari. Mata adalah kawasan yang paling sensitif untuk semua orang. Jika mata pemangsa cedera, dia mungkin akan binggung seketika. Ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melepaskan diri dan seperti langkah ke-3 tadi, lari ke arah orang ramai sambil jerit meminta tolong.
Peringatan
Walaupun langkah-langkah ini untuk tujuan mempertahankan diri, sentiasa ingatkan anak untuk memastikan keselamatan diri dahulu dan jangan bertindak meleluru.
Langkah-langkah ini juga hanya boleh digunakan semasa kecemasan dan tidak patut digunakan untuk kekerasan atau untuk menunjuk samseng.
Sumber: SOS4Kids