Memukul Anak: Video Tular Kanak-Kanak Kecil Didera Untuk Belajar

Telah tular video wanita memukul anaknya dengan teruk ketika dia sedang belajar membaca. Ia menimbulkan persoalan - adakah memukul satu disiplin yang betul?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak dipukul apabila dipaksa untuk belajar

Video seorang wanita memukul anaknya ketika dia sedang belajar membaca, telah tular di media sosial baru-baru ini.  

Cara kanak-kanak kecil itu dilayan telah mengejutkan ibu bapa di seluruh dunia, bahkan ia berjaya menangkap perhatian beberapa selebriti yang mengatakan video tersebut ‘sungguh menyakitkan hati‘.

Video ini bermula dengan seorang gadis berumur antara 4-5 tahun yang sedang menangis sambil membaca. 

Apabila tergagap-gagap ketika membaca nombor 1 hingga 5, anak kecil itu dimarah teruk oleh seorang wanita.

Rayuan kanak-kanak itu tidak diendahkan

Oleh kerana dia tahu dia akan dipukul, kanak-kanak itu merayu sambil mengatakan  “Pyaar se padhenge (Kami akan belajar dengan kasih sayang).”

Walau bagaimanapun, menjelang akhir video, dia gagal untuk menjawab soalan yang ditanya oleh wanita itu dan ditampar dengan kuat pada mukanya.

Video tersebut telah tular selepas dikongsi oleh Virat Kohli, kapten pasukan kriket kebangsaan India.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian video itu telah dikongsi oleh beberapa ibu bapa di India yang meluahkan rasa bimbang jika memukul anak adalah cara disiplin yang terbaik.

Anda boleh lihat video tersebut seperti di bawah:

www.instagram.com/p/BX9ovhvAsbe/?taken-by=virat.kohli

Bersama-sama dengan video itu Kohli telah berkata:

“Hakikatnya, kesakitan dan kemarahan kanak-kanak itu telah diabaikan disebabkan ego sendiri untuk mengajarnya membaca. Ini sangat mengejutkan dan menyedihkan. Seorang kanak-kanak tak belajar apabila diugut. Ini sungguh menyayat hati.”

Ibu bapa selebriti lain telah mengecam wanita yang memukul anak dalam video tersebut

Yuvraj Singh, pemain kriket India berkata –

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Inikah caranya untuk membesarkan anak? Ini tingkah laku yang benar-benar memalukan dan membimbangkan! Anda sepatutnya memberi kasih sayang dan belas kasihan untuk kebaikan mereka! Ini perbuatan yang tidak boleh diterima.”

Shikhar Dhawan pula telah menulis dalam Twitter,

“Saya meminta ibu bapa supaya bersabar dengan anak setiap masa. Setiap anak akan belajar mengikut kemampuannya sendiri. Tolong jangan memukul dan memaki mereka.”

Walaupun kebanyakan ibu bapa di India masih percaya bahawa hukuman dera dan memukul anak adalah satu-satunya cara untuk mendisiplinkan anak, tapi selepas munculnya video ini, ada yang mula tertanya-tanya.

Pendapat pakar tentang hukuman dera atau memukul anak

Untuk mendapat pendapat pakar, kami telah melakukan temuduga dengan Dr Navya Singh, ahli psikologi klinikal dan pengasas bersama wayForward.co.in mengenai isu ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr itu, memukul bukan jalan penyelesaian untuk ibu bapa ataupun guru.

Orang sering memukul anak atau menggunakan hukuman dera untuk mengubah tingkah laku anak. Tapi, mengikut penyelidikan dalam bidang psikologi kanak-kanak, hukuman dera tidak akan mengubah tingkah laku yang tidak diingini.

Dr Singh berkata langkah yang lebih efektif adalah menerangkan akibat-akibat negatif tindakan anak, berbanding dengan menggunakan kekerasan atau cara menengking. 

Sebenarnya, apabila ibu bapa memukul anak, ia boleh menurunkan keyakinan mereka bahkan boleh menyebabkan anak bersikap agresif pada masa depan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ia hanya merendahkan keyakinan kanak-kanak, dan menyebabkan mereka berasa sedih, cemas, dan suka ingkar. Ibu bapa perlu faham bahawa anak mereka mungkin mempunyai alasan apabila menunjukkan tingkah laku yang negatif. Mungkin anak itu berasa kesepian, sedih, atau mungkin sedang menghadapi masalah di rumah mahupun dengan rakan sebaya,” jelas Dr Singh.

Jika kita memukul mereka, kita sebenarnya mengajar mereka bahawa ia adalah OK untuk memukul orang

Secara tidak langsung, kita juga mengajar mereka yang sifat agresif adalah satu cara untuk meluahkan perasaan. Akhirnya, kanak-kanak lain juga akan jadi mangsa sifat agresif ini.

Baca juga: Bagaimana mendisiplinkan anak tanpa perlu memukul; telah diuji sebanyak 5 kali

3 cara positif untuk mendisiplin anak tanpa memukul

Ibu bapa boleh mencuba 3 cara positif ini untuk mendisiplinkan anak-anak, tanpa mengambil tindakan untuk memukul:

  • Berkomunikasi: Bincang dengan anak tentang akibat tindakannya dan cuba fahami mengapa mereka bertindak begitu. 
  • Berikan ganjaran dan jangan menghukum: Jangan hanya selalu menghukum, sebaliknya berikan ganjaran apabila mereka melakukan sesuatu dengan betul.
  • Tenangkan diri: Ibu bapa perlu ingat penting untuk menenangkan diri sebelum berhadapan dengan anak kerana anda adalah contoh yang paling baik untuk mereka. Jika ibu bapa ingin menghentikan sifat agresif anak, maka ibu bapa kenalah melakukan yang sama.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combesarkan-anak-yang-bijak/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio