Memupuk sikap menghargai pada anak-anak

Oleh kerana itulah pentingnya kita sebagai ibu bapa mencorakan identiti anak-anak sedari mereka kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Oleh kerana itulah pentingnya kita sebagai ibu bapa mencorakan identiti anak-anak sedari mereka kecil. Begitu juga dalam mengajar mereka agar lebih menghargai.

Tidak semua orang tahu menghargai apa yang mereka perolehi. Kerana itu, kita harus mendidik mereka dari kecil untuk lebih menghargai.

Berikut adalah ringkasan perkongsian dari Parent, Huffington Post dan Parenting tentang tips memupuk sifat lebih menghargai dalam diri anak-anak:

1. Tidak semua mendapat apa yang mereka dapat

Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka mungkin akan lambat memahami apa yang anda cuba sampaikan tetapi kita harus terangkan secara berterusan dan boleh menunjukkan contoh.

Contohnya, mengajar mereka untuk menderma kepada yang memerlukan. Selain dapat menunjukkan kepada mereka yang masih ada yang kurang bernasib baik, secara tidak langsung dapat juga mengajar mereka agar lebih memberi.

2. Kata-kata penghargaan

Bertegas yang mereke perlu mengucapkan kata-kata penghargaan apabila menerima atau mempunyai sesuatu. Contohnya terima kasih apabila menerima hadiah atau bersyukur dapat makanan malam yang lengkap.

Membaca doa sebelum dan selepas makan juga merupakan salah satu cara penghargaan kerana mempunyai rezeki untuk makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Membantu mendapatkan sesuatu

Cara ini, selain dapat mengajar mereka agar lebih menghargai, dapat juga mengeratkan hubungan kita dengan mereka.

Bagaimana? Contohnya jika mereka mahukan manisan seperti biskut, ajak mereka bersama-sama membuat biskut. Mereka pasti akan lebih menghargai biskut tersebut.

4. Untuk mendapat sesuatu harus memberi sesuatu

Ajarkan yang mereka tidak boleh memilik semua benda. Untuk memiliki, harus memberi. Contohnya jika mereka mahukan anak patung yang baru, minta mereka berikan anak patung yang lama kepada kawan atau saudara yang lain. Lebih banyak memberi dapat mengajar kanak-kanak untuk lebih menghargai apa yang mereka ada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Menghargai setiap ahli keluarga anda

Semuanya bermula dari kita. Tunjukkan yang kita menghargai setiap perbuatan kecil pasangan dan anak kita. Mereka akan rasa sangat dihargai dan cuba menunjukkan penghargaan yang sama juga buat kita.

Contohnya, hanya dengan mengambilkan secawan air tetapi kita masih mengucapkan terima kasih kepada pasangan kita, anak-anak juga akan mengikut nanti.

Sikap anak-anak bermula dari kita, Kerana kita yang akan membantu membentuk mereka. Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca artikel ini 🙂

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma