Membentuk tabiat pemakanan sihat pada kanak-kanak adalah penting untuk memastikan perkembangan dan kesihatan yang baik. Pendedahan kepada makanan berkhasiat sejak usia kecil boleh membentuk tabiat pemakanan yang baik pada kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, ia pastinya bukan sesuatu yang mudah kerana rata-rata anak kecil pada hari ini amat terdedah dengan makanan kurang sihat dan berproses.
Menurut laporan Berita Harian, lebih 70 peratus kanak-kanak di empat negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia mengalami kekurangan nutrisi atau malnutrisi, terutama kalsium dan vitamin D dalam diet seimbang sehingga boleh membantutkan tumbesaran serta perkembangan mereka.
Cara Memupuk Tabiat Pemakanan Sihat Sejak Anak Masih Kecil
Memupuk tabiat pemakanan sihat sejak anak masih kecil adalah penting untuk membina asas kesihatan yang baik sepanjang hayat.
- Libatkan Anak dalam Penyediaan Makanan: Ajak anak-anak untuk terlibat dalam membeli-belah dan persediaan makanan. Mereka mungkin lebih berminat untuk mencuba makanan yang mereka sediakan.
- Makan Bersama-sama Dengan Keluarga: Terdapat kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kerap makan bersama keluarga memiliki risiko rendah terhadap pemakanan tidak sihat atau masalah berat badan.
- Elak Jadikan Makanan Sebagai Ganjaran atau Hukuman: Hindari menggunakan makanan sebagai ganjaran atau hukuman. Ini dapat membentuk hubungan emosional yang tidak sihat dengan makanan.
- Jadualkan Makan dan Snek: Kanak-kanak perlu makan setiap tiga hingga empat jam iaitu tiga kali makan, dua makanan ringan, dan air secukupnya.
- Pastikan Anak Kekal Terhidrat: Kanak-kanak cenderung mengalami dehidrasi kerana kadar metabolisme mereka lebih tinggi daripada orang dewasa. Air yang mencukupi dapat membantu mengekalkan fungsi badan yang optimum, melancarkan proses penghadaman dan mengoptimumkan fungsi organ seperti buah pinggang.
Horlicks Sebagai Alternatif Minuman Berkhasiat
Minuman malt berkhasiat, Horlicks menjadi alternatif minuman berkhasiat sempurna yang dapat membantu mengurangkan kebimbangan ibu ayah tentang kesihatan, pertumbuhan & perkembangan anak-anak.
Sebab Ibu Perlu Beri Memilih Minuman Horlicks Untuk Anak 6-12 Tahun
Bukan itu sahaja, fasa middle childhood turut membawa perubahan fizikal, kognitif, sosial dan emosi yang ketara. Justeru ibu ayah perlu memberikan perhatian tambahan dalam memahami keperluan kanak-kanak, termasuk pertumbuhannya.
Berikut beberapa sebab mengapa ibu perlu memilih minuman Horlicks bagi menyokong perkembangan kanak-kanak:
#1. Rasa Malt Yang Sedap
Ramai ibu mengakui rasa minuman Horlicks begitu sedap dan unik, menjadikannya minuman kegemaran kanak-kanak yang sentiasa diingati.
Ibu boleh berikan minuman berkhasiat ini tanpa ragu-ragu pada anak berusia 6 hingga 12 tahun.
Mommy Nur Maisarah bersetuju bahawa minuman Horlicks memiliki rasa yang sedap kerana ia diperbuat daripada susu, barli malt dan gandum. Anaknya, Leesa tidak akan menolak apabila diberikan minuman Horlicks. Setiap hari pasti Leesa akan minta untuk menikmati segelas minuman berkhasiat ini.
#2. Menyokong Perkembangan Kanak-Kanak
Horlicks mengandungi nutrien dan vitamin penting yang dipercayai dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak oleh berjuta-juta ibu di seluruh dunia.
Mommy Wan Nor Ainie mengakui dia berasa risau apabila anak perempuannya tidak memperoleh nutrisi yang mencukupi. Minuman Horlicks menjadi penyelamat kerana ia mengandungi 19 nutrien penting yang dapat menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
- Zink dan Protein membantu menyokong kesihatan keseluruhan dan pertumbuhan anak-anak anda.
- Khasiat Kalsium, Vitamin D dan Magnesium membawa kepada pemeliharaan tulang yang kuat.
- Nutrien utama seperti Niacin, Vitamin B1 dan Vitamin B2 menyokong pembebasan tenaga.
- Vitamin B12, Zat Besi dan Asid Folik menyokong pembentukan sel darah merah.
- Vitamin A menyokong fungsi mata yang baik.
#3. Penyelesaian Bagi Anak Memilih Makan
Picky eater merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan atau tabiat memilih atau menolak makanan tertentu.
Situasi ini amat relevan bagi kebanyakan ibu apabila anak-anak mula memilih makanan disukainya sahaja dan lebih berminat pada makanan kurang berkhasiat.
‘’Anak-anak saya, Nayli dan Faiq kadang-kadang pemilih makanan dan hanya memilih makanan yang kurang berkhasiat. Ia membuatkan saya bimbang mereka tidak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Itulah sebabnya saya memilih Horlicks sebagai penyelesaian, ia mengandungi 19 nutrien penting termasuk Zink, Kalsium, Zat Besi, vitamin dan mineral yang membekalkan nutrisi penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan anak-anak saya.’’
‘’Minuman Horlicks memudahkan saya untuk memasukkannya ke dalam rutin harian mereka tanpa sebarang kekecohan, memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan tanpa perlu bersusah payah.’’ kongsinya.
#4. Minuman Populor Zaman Kanak-Kanak
Selama hampir 150 tahun berada di pasaran, minuman Horlicks rasa malt masih menjadi kesukaan ramai. Ia dikenali dan digemari masyarakat di seluruh dunia.
Mommy Koh Chia Yen bersetuju bahawa Horlicks menjadi minuman kegemaran zaman kanak-kanaknya. Dan kini, ia masih dinikmati seisi keluarga.
‘’Anak perempuan saya semakin cerewet dengan makanannya sejak kebelakangan ini dan saya bimbang jika tubuhnya tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Oleh itu, saya mendapatkannya minuman kegemaran zaman kanak-kanak saya, Horlicks!’’ kongsinya.
#5. Tanpa Pewarna, Perisa, Pemanis Atau Pengawet
Horlicks menjadi minuman makanan kesihatan berkhasiat sempurna yang boleh membantu mengurangkan kebimbangan para ibu mengenai kesihatan, pertumbuhan & perkembangan anak-anak mereka.
Lebih menarik minuman ini dipercayai oleh berjuta-juta ibu di seluruh dunia kerana ia diperbuat tanpa pewarna, perisa, pemanis atau pengawet tiruan.
Mommy Sienny Yong bersetuju bahawa secawan Horlicks melengkapi bonding bersama dengan anak tanpa sebarang kerisauan terhadap pewarna tiruan, perisa, pemanis atau pengawet.
Berikan anak anda Horlicks hari ini! Dapatkannya sekarang di Shopee.
Mengapa Perlu Memupuk Tabiat Pemakanan Sihat Di Rumah
Ketua Penyiasat untuk SEANUTS II di Malaysia, Prof Dr Poh Bee Koon menjelaskan pemakanan sihat adalah berkaitan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian.
Sekiranya kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi diperlukan, mereka tidak dapat membesar dan berkembang dengan baik.
Faedah Makanan Dan Minuman Berkhasiat Terhadap Proses Perkembangan Si Manja
- Pertumbuhan Fizikal yang Optimum: Makanan yang kaya dengan protein, kalsium, vitamin D, dan zat besi membantu menyokong pertumbuhan tulang, otot, dan sistem imun kanak-kanak.
- Perkembangan Otak yang Sihat: Asid lemak omega-3, khususnya DHA, yang terdapat dalam ikan berlemak dan beberapa jenis bijirin, amat penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf kanak-kanak.
- Meningkatkan Sistem Imun: Vitamin dan mineral tertentu seperti vitamin C, vitamin A, dan zinc membantu meningkatkan keupayaan sistem imun kanak-kanak untuk melawan jangkitan dan penyakit.
- Kesihatan Mata dan Kulit: Nutrien seperti vitamin A, vitamin E, dan zat besi membantu dalam menjaga kesihatan mata dan kulit kanak-kanak.
- Kemampuan Kognitif dan Pembelajaran: Pemakanan yang baik memainkan peranan dalam pembangunan kemahiran kognitif dan kebolehan pembelajaran kanak-kanak, membolehkan mereka berkembang dengan baik di sekolah dan dalam kehidupan harian.