Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

Seorang suami sanggup menabung duit syiling selama 2 tahun demi membelikan hadiah hari jadi yang menawan untuk isteri tercinta. Terharu sungguh baca kisah ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hadiah hari jadi untuk isteri tercinta

Semua wanita akan gembira apabila suami mereka membelikan hadiah. 

Saya berpendapat setiap isteri masih ingin menghidupkan semula rasa romantik - memandangkan negara kita ramai peminat K-drama.

Macam mana perasaan anda jika lelaki seperti dalam drama Korea ini benar-benar wujud?

Seorang lelaki bernama Wang yang berasal dari Taiwan baru-baru ini telah merancang selama 2 tahun untuk membeli hadiah hari jadi isterinya.

Walaupun dia bukan orang kaya, dia bertekad untuk menabung dan membeli hadiah yang istimewa.

Menabung untuk beli hadiah di kedai emas Mahua Jewellery

Sumber gambar: Facebook

Pemilik kedai barang kemas Mahua terkejut apabila Wang muncul di depan pintu mereka beberapa hari yang lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah Wang yang dikongsi di Facebook, telah tular dan mendapat perhatian netizens yang kagum dengan dedikasi dan juga cara uniknya menjimatkan wang. Old school betul.

"Sudah agak lambat pada waktu malam ketika pelanggan ini datang ke kedai kami dan bertanya, 'Adakah anda menerima duit syiling? Saya mahu membeli beberapa barang kemas'. Apabila kami memberitahunya kami menerima duit syiling, dia terus masuk ke kedai sambil membawa tabung duit berbentuk seekor babi merah yang besar. Ia sangat berat dan pelanggan itu seolah-olah tidak larat untuk mengangkatnya. "

Tabung duit itu sangat penuh dan besar sehingga kelihatan seperti ia akan pecah pada bila-bila masa. 

Untuk mengeluarkan duit syiling daripadanya, Wang terpaksa menggunakan pisau untuk memotong bahagian atas.

Sumber gambar: Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Dia tuangkan semua duit syiling ke dalam dua bekas untuk dikira oleh 4 kakitangan kami."

Sumber gambar: Facebook

Sudah lama Wang ingin beli hadiah yang istimewa untuk isteri

Wang memberitahu mereka sudah lama dia ingin membeli hadiah hari jadi yang baik untuk isterinya, jadi dia telah membeli tabung ini untuk menjimatkan wang.

Setiap hari selama 2 tahun dia telah memasukkan duit syiling ke dalam tabung itu. Akhirnya, dia mempunyai duit yang cukup.

Sumber gambar: Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemilik kedai emas itu telah berkata ini adalah kali pertama mereka mengalami pengalaman yang begitu sentimental dan menyentuh perasaan.

Mereka semua betul-betul terharu dengan lelaki ini. Mereka telah membantunya memilih kalung emas dan gelang yang cantik sebagai hadiah hari jadi isterinya.

Apabila dia meninggalkan kedai dengan gembira, kakitangan kami berkata, 'Bertuah isterinya berkahwin dengan orang yang betul. Dia seorang lelaki yang baik dan sangat romantik."

Sumber gambar: Facebook

Awwwww....

Wang telah mengucapkan terima kasih kepada pemilik kedai dan berkata, 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Terima kasih atas bantuan anda pada hari itu. Isteri saya sangat suka hadiahnya dan kelihatan sangat cantik apabila memakainya. Kebanyakkan bank sudah tidak menerima duit syiling tetapi anda telah membantu saya memilih hadiah cantik dengan gembira. Terima kasih."

Sumber gambar: Facebook

Nak tahu jumlah duit yang dikumpul? TWD 31,400 iaitu lebih kurang RM 4,370!

Banyak tu! Demi cinta, gigih suami ini menabung. Suami kita bila lagi!!?

Sumber: World of Buzz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio