Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Jika mahu pendidikan dan masa depan anak anda terjamin, pilihlah cara menabung yang betul dan konsisten.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi ibu bapa memang bukan tugas mudah. Mereka berdepan cabaran yang getir dalam mendidik dan membesarkan anak-anak ke arah masa depan yang gemilang.  

Selain perlu memastikan anak dibesarkan dengan baik, perlu juga dipastikan anak-anak diberikan pendidikan secukupnya sejak dari awal usia

Matlamatnya tidak lain tidak bukan sudah pasti mahu anak mempunyai permulaan yang terbaik dalam kehidupan dan kerjaya masa hadapan mereka.

Masa depan anak yang gemilang bermula dengan perancangan awal ibu bapa

Justeru, tiada yang lebih baik daripada mengutamakan pendidikan mereka sejak dari awal usia.

Walau bagaimanapun, kos pendidikan terutama pengajian tinggi dan universiti yang semakin mahal dan meningkat dengan cepat di seluruh dunia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada ibu bapa.

Kos pendidikan semakin mahal

Kredit: Shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam pada ibu bapa berusaha untuk memastikan taraf pendidikan anak-anak supaya berada pada tahap terbaik, mereka perlu berhempas pulas menjana pendapatan keluarga untuk pelbagai keperluan. Ia sudah pasti menyebabkan masa bersama anak-anak dan keluarga terlalu terhad dan mungkin ada yang tiada langsung masa bersama.

Namun, mereka tiada pilihan kerana kos pendidikan terlalu tinggi dari sehari ke sehari. Jadi, apakah cara terbaik bagi mengatasi permasalahan ini?

Yang terbaik adalah ibu bapa perlu memulakan simpanan untuk pendidikan dan masa depan anak-anak sejak daripada awal. 

Ia bagi mendepani kos pengajian yang meningkat saban tahun tanpa ada tanda untuk turun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedikit atau banyak pendapatan anda, harus diingat, kos pendidikan anak-anak perlu dimasukkan dalam perancangan belanjawan keluarga. Malah adalah lebih baik jika ia dijadikan perkara penting yang wajib diutamakan.

Menabunglah dengan betul dan konsisten

Walau bagaimanapun kedudukan kewangan anda, tabiat dan amalan menabung memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi. 

Namun, dalam zaman serba mencabar dengan segalanya memerlukan wang ringgit, tidak dapat dinafikan ada yang terpaksa hidup tanpa simpanan kerana tidak boleh kekal konsisten untuk menyimpan. 

Jadi, jika anda mahu tabungan pendidikan anak anda terjamin antara cara yang terbaik adalah menabunglah dengan agensi kewangan yang sah supaya tabungan anda konsisten.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Etiqa Madani adalah pelan pendidikan takaful yang melindungi & meringankan beban kos pendidikan

Etiqa Madani merupakan pelan pendidikan takaful yang melindungi dan meringankan beban kos pendidikan.

Dengan tawaran Fast & Easy anda tidak perlu lagi risau kerana melalui Etiqa Madani pasti anda akan dapat menabung secara konsisten untuk jaminan pendidikan anak-anak di masa depan. 

Antara manfaat utama pelan pendidikan takaful ini termasuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bayaran matang – Pada akhir tempoh sijil, manfaat berikut akan dibayar bayaran tunai sebanyak 130% daripada jumlah yang dilindungi dan potensi bayaran tunai pelaburan terkumpul.
  2. Bayaran education cash – Bayaran tunai sebanyak 10% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar dua (2) kali sebelum sijil matang.
  3. Bayaran education celebration – Bayaran tunai sebanyak RM500 akan dibayar apabila anak anda menamatkan sama ada pengajian sekolah rendah / setaraf atau pengajian sekolah menengah / setaraf.
  4. Pelbagai pilihan tempoh pembayaran sumbangan – Fleksibiliti untuk memilih tempoh pelan pembayaran sumbangan selama 8, 15 atau 20 tahun.
  5. Pelbagai pilihan tempoh umur matang – Fleksibiliti untuk memilih umur matang 15, 21 atau 25 tahun.
  6. Perlindungan kematian dan HUMK – Bayaran untuk perlindungan kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).

Etiqa Madani adalah pelan takaful yang patuh syariah dan ia tersedia untuk anak-anak yang berumur 14 hari hingga 15 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai Etiqa Madani, ibu bapa boleh hubungi 1300 13 8888 atau layari https://www.etiqa.com.my/v2/insurans-takaful-pendidikan/madani hari ini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan