Menangani kehilangan...

Kehilangan anak bererti kehilangan sebahagian daripada diri kita sendiri. Namun, walaupun pedih, kita harus bina kekuatan untuk teruskan kehidupan. Ikuti panduan menyelenggara situasi sebegini dalam aritkel kali ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana menangani kehilangan anak

Tiada kata yang dapat meredakan kesedihan seorang ibu apabila kehilangan anak sekecil Putri Nitta Taqiah, 4 tahun. Sikecil ini menghidap kanser hati pada usianya belumpun mencapai 2 tahun. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17 Mac yang lalu setelah menjalani rawatan selama 28 bulan.

Ibunya, Puan Rodhrah Yati Mohd., seorang ibu tunggal telah berhenti bekerja untuk menjaga beliau bersama kakak sulungnya, Putri Tazqiah, 14 yang bercuti sekolah selama setahun.

RELATED: Body of William Yau found

Menghadapi kehilangan anak

Kematian adalah hakikat kehidupan, tetapi adakah ia membuatkan kita bersedia menghadapi kehilangan insan tersayang yang telah dikandung selama 9 bulan?

Perasaan keliru, tidak percaya, menafikan kematian, kesedihan yang melampau, rasa bersalah dan marah kerana gagal menjadi pelindung kepada anak, takut untuk berseorangan, mempersoal kehidupan yang tidak adil dan kesunyian yang keterlaluan akan datang dan pergi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

RELATED: Mum thought sex killed her baby

Tidak salah kita merasai kesemua perasaan ini. Namun, sedaya mungkin, hindari daripada terus hanyut dan bina kekuatan bagi meneruskan kehidupan.

1. Luahkan perasaan dan emosi
Menahan diri daripada merasai kepelbagaian perasaan hanya memanjangkan kesedihan dalaman dan mengundang masalah emosi dan kesihatan. Luahkannya dengan menangis dan bercakap tentangnya kepada orang lain. Islam, seperti agama lain, sama sekali tidak melarang manusia berasa sedih atas kehilangan, hanya saja ia meletakkan had bagaimana harus kita meluahkan perasaan itu.

2. Bina rangkaian sokongan
Dalam kesedihan, meminta dan menerima sokongan daripada orang lain menjadi sukar. Namun, penting untuk kita mendapatkan galakkan, pengiktirafan perasaan dan bantuan untuk terus kehadapan. Kita akan mahu mengasingkan diri dan merasakan tidak ada sesiapa yang memahami kesedihan ini. Mungkin benar tetapi berhati-hati dengan tipudaya shaitan. Ia akan menganjurkan kita untuk bersendirian dikala susah dan berbisik dengan bisikan negatif dikala kita lemah.

Temuilah rakan-rakan atau golongan agamawan yang dapat mengingatkan kita untuk bersabar. Dapatkan sokongan daripada keluarga. Seringkali mereka ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana. Jadi, beritahu meraka apa yang diperlukan – biarpun sekadar tempat meluah perasaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sertai kumpulan sokongan – mereka yang berpengalaman serupa. Mereka lebih memahami dan kita mudah untuk menerima nasihat kerana tahu mereka pernah berada dalam situasi sama. Berbincanglah dengan pakar. Mereka dapat membantu menangani kesedihan yang melampau dan mengatasi masalah dalam kesedihan sebegini.

3. Mulakan sebuah jurnal
Terapi jurnal adalah tindakan menulis buah fikiran dan perasaan. Ia membantu pertimbangan dan kepercayaan terhadap diri sendiri serta satu cara meluahkan perasaan marah, kecewa dan rasa bersalah. Kebaikannya sebagai satu proses penyembuhan termasuk meringankan bebanan serta menyelenggara perasaan, mendapatkan perspektif diri, mencetuskan memori yang indah bersama anak, menyelesaikan konflik dalaman dan membantu kesihatan fizikal dengan mengurangkan bebanan perasaan.

Hindari jurnal sebagai koleksi pemikiran negatif. Fokus kepada penulisan kata-kata perangsang dan maknanya kepada kita, perasaan kita ketika itu, luahan kata-kata dan do’a kepada Allah, dan perkara yang kita hargai dalam hidup.

4. Menulis surat
Menulis surat buat anak yang sudah pergi membantu mengenalpasti secara emosi dimana dia berada sekarang. Ia dapat membantu perubahan pemikiran, membolehkan kita meneruskan hidup dan membina hubungan dengan destinasi kehidupan iaitu Syurga yang abadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Menjaga diri
Dengan mengambil berat kesihatan fizikal, kita mampu berdepan dengan tekanan dan perubahan. Amalkan perkara berikut:

Rehat secukupnya – tidur dapat mencergaskan semula badan dan membantu berfikir dengan rasional. Imbangi tidur dengan berinteraksi dengan orang lain dan meluangkan masa di luar.

Senaman – membantu mengurangkan tekanan dan ketegangan. Tarik nafas panjang dan lakukan regangan apabila berasa tegang. Berjalan cepat atau berlari-lari anak selama 20 minit setiap dua hari. Luangkan masa dalam gym untuk mengubah persekitaran.

Pemakanan – makan dengan sihat, seimbang dan pelbagai bagi mendapatkan vitamin, mineral dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi secara efektif. Kerap minum air dengan banyak. Makan 5 buah atau sayuran sehari. Elakkan makan makanan manis dan berlemak.

6. Perasaan kita hak kita
Tidak ada sesiapa yang dapat memberitahu bila kita harus teruskan hidup dan bila kita harus melupakannya. Beri masa untuk kita rasai apa yang harus dirasa tanpa malu dan merasa dihakimi. Perasaan marah, ingin menangis, ingin ketawa dan mencari momen menceriakan adalah perkara biasa dan dapat diterima.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Merancang aktiviti hari-hari penting
Hari-hari penting seperti hari lahir dan hari perayaan biasanya menjadi pencetus perasaan sedih. Rancang bagaimana kita akan menghadapinya tanpa anak sebagai langkah persediaan. Minta bantuan keluarga dalam merancang aktiviti untuk hari-hari sebegini.

8. Berbuat baik kepada orang lain
Berbuat baik dan membantu mereka yang kurang bernasib baik dapat meletakkan kesedihan pada perspektif yang betul. Mendengar luahan dan membantu mereka mendapatkan ketengangan bukan saja mencetus rasa syukur malahan membantu kita menerima takdir sendiri dengan lebih positif. Hanya dengan empati, keindahan perhubungan sesama manusia dapat direalisasi.

Rujukan:

Coping with grief and loss
Sorrow to Serenity
Grieving a child: Ways Parents Can Cope
Grieving the Loss of a Child

“I wanted to carry my princess for the last time”

Bagaimana anda menangani kehilangan? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah 🙂

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan