Kanak-Kanak Ini Menangis Keluar Air Mata Darah, Dipercayai Punca Radiasi Gajet

Seorang budak kecil menangis darah kerana penggunaan telefon bimbit yang berlebihan? Betul ke? Jom baca kisah anak ini dari perkongsian ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 12 September 2018 lalu, seorang ibu berkongsi pengalaman menakutkan apabila melihat anaknya menangis darah atau bahasa saintifiknya haemolacria.

Menangis darah ini disyaki berpunca kerana penggunaan gajet yang kerap dan mendapat radiasi.

Ini adalah perkongsian cerita penuh kisah anak Fitri Resita Dewi yang dikongsikan di Facebook miliknya. Moga kita mengambil pengajaran dari kisah ini.

Anak menangis darah: Apa yang berlaku sebenarnya?

"Beberapa hari lalu, saya baca satu berita mengenai ini dan saya ingatkan ia hanyalah satu penipuan... tapi ia benar-benar berlaku pada anak saya sebentar tadi! Tsaqib (anak saya) mengeluarkan air mata merah... seperti darah. Saya terkejut. Ini semua salah saya, saya biarkan Tsaqib bermain dengan telefon bimbit tanpa memikirkan kesan radiasi. Pada awalnya, matanya merah - bengkak. Dia telah mengalami keadaan ini selama tiga hari. Kini saya dah berhenti beri anak saya menonton Youtube melalui telefon bimbit. Untuk para ibu yang mempunyai anak yang ketagih dengan gajet teknologi, tolong jangan jadi mangsa seterusnya."

Kes anak menagis darah atau haemolacria ini telah mendapat perhatian ramai, terutamanya dari golongan ibu bapa. Mereka risau jika anak-anak mereka mendapat kesan yang sama dari radiasi telefon.

Beberapa hari kemudian, Fitri telah mengemaskini pos-nya dengan berita terbaru. Anaknya telah menerima rawatan dari pakar mata.

"Keputusannya tak teruk sangat. Hanya ada selaput yang menghalang pori-pori matanya - yang menyebabkan dia mengeluarkan air mata darah. Matanya sudah dibersihkan dan dirawat semalam.

Menangis darah: Bagaimana radiasi telefon boleh menyebabkan haemolacria?

Untuk menjawab soalan ini, theAsianparent telah menghubungi Dr. Meta Hanindita, seorang pakar kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Tak betul. Radiasi telefon bimbit bukan punca air mata berdarah.

Sebenarnya, mata merah boleh menyebabkan air mata keluar seperti darah. Ada banyak sebab kenapa ia boleh terjadi, tapi bukan dari radiasi telefon bimbit." 

Pakar kanak-kanak ini yang suka mendidik ibu bapa melalui penulisannya di blog dan Instagram. Namun, beliau turut menambah beberapa peringatan:

Walaupun menangis darah bukan berpunca dari radiasi telefon bimbit, ibu bapa tetap perlu berhati-hati untuk memberikan anak menggunakan gajet.

Detik Health juga pernah mengeluarkan artikel yang berkaitan air mata berdarah dan penggunaan gajet.

Dr. Ariani Safira Nurul Akbar dari Pusat Mata Jakarta mengatakan, penggunaan gajet yang berlebihan boleh menyebabkan mata menjadi kering, lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika mata menjadi kering, ia akan menjadi gatal dan membuatkan kanak-kanak tersebut menggosok matanya.

"Jadi, mata anak anda boleh menjadi kering dan gatal akibat penggunaan gajet terlalu lama dan menyebabkan air mata darah," dia menerangkan kepada Detik News.

Seperti Dr. Meta, pakar mata yang sering dikenali sebagai Dr. Fira juga memberikan peringatan kepada ibu bapa untuk mengurangkan penggunaan telefon bimbit pada anak-anak. Perkara yang sama juga perlu dilakukan dengan televisyen.

Ketika artikel ini diterbitkan, Fitri Resita Dewi telah mengesahkan yang sakit mata anaknya bukan berpunca dari radiasi telefon bimbit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia telah menulis ini di Facebook-nya...

"Syukur, dia telah beransur pulih - hanya bengkak sedikit di mata kiri. Anak saya masih bertenaga, berlari ke sana ke mari. Rupa-rupanya ibunya yang terlebih risau dan panik. Saya ingatkan ia disebabkan oleh penggunaan gajet, kerana apabila saya berjumpa dengan doktor pertama, dia mengatakan, "Adakah anak anda sering menonton rancangan di telefon bimbit? Tolong jangan berikan padanya lagi mulai sekarang, puan. Ia sangat menyedihkan kerana anak puan masih kecil - radiasi sangat bahaya pada kanak-kanak. Ya, saya membalas. Saya terkejut. Saya teringat berita yang saya baca di Facebook mengenai seorang budak yang terkena radiasi - matanya berdarah tanpa henti dan saya menjadi paranoia. Jadi jika anak saya terkena radiasi telefon bimbit, ia masuk akal kerana dia tak berhenti menonton Youtube dan menontonnya sehingga berjam-jam.

Semasa dia sedang dirawat, saya tak berikan telefon bimbit langsung. Perkara ini telah membuatkan saya risau. Semalam air matanya berdarah semula. Apabila dia bangun, matanya bengkak berwarna ungu seperti dalam gambar.

Apabila kami membawanya ke pakar mata. Doktor mengatakan ia mungkin dari virus mungkin dari saluran darah kecil yang menyebabkan selaput mata yang menghalang pori-pori matanya dan menyebabkan kecederaan dan pendarahan. Ia sama sekali bikan salah gajet.

Walaupun kejadian ini bukan disebabkan oleh radiasi telefon bimbit, ini tak bermakna anak anda boleh menggunakan telefon tanpa had. Pengalaman Fitri sudah tentu menjadi pengajaran kepada kita semua.

Anda dah tetapkan penggunaan masa skrin anak anda?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Adisty Titania dan diterjemah semula dengan izin dari theAsianparent Indonesia

Baca juga: Anak Kecil Ini Terkena Sawan Kerana Asyik Main iPad! Ibu Bapa Kena Peka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar