Kanak-Kanak 3 Tahun MAUT Selepas Doktor Cabut 2 Batang Gigi

Gara-gara tersalah prosedur semasa menghantar anak ke klinik gigi, suami dan isteri ini kehilangan anak mereka akibat doktor mencabut gigi anaknya tanpa sebab dan langsung tidak memberitahu terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang tak dinafikan memang ada di kalangan kanak-kanak yang takut kalau nampak jururawat pergigian datang ke sekolah. Kemudian dapat tahu pula gigi berlubang dan perlu mencabut gigi mesti budak-budak ni akan ketakutan dan ada juga yang memberi pelbagai alasan.

Namun sebenarnya ada baiknya jika jururawat pergigian selalu datang ke sekolah untuk mencabut gigi dan melakukan pemeriksaan berkala yang semuanya demi kesihatan pergigian anak.

Sekaligus anak boleh mendapat penjagaan gigi yang lebih baik di masa hadapan mereka.

Namun bagaimana pula kalau disebabkan mencabut gigi di klinik sampai menjadi mimpi ngeri bagi satu keluarga ini.

Doktor mencabut gigi anak sampai maut

Ini terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun yang meninggal dunia selepas mendapat prosedur yang salah sewaktu melakukan pemeriksaan gigi di California,Ameriksa Syarikat.

Buat pengetahuan anda, budak perempuan ini tidak mempunyai sebarang masalah terhadap kesihatannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut cerita daripada sumber yang dipercayai, ibu bapa Daleyza membawanya berjumpa doktor secara rutin supaya dia dapat penjagaan kesihatan gigi yang baik.

Namun begitu, seperti kanak-kanak yang lain, Daleyza turut memiliki karies pada bahagian giginya.

Kemudian setibanya di klinik gigi tersebut, Daleyza diminta masuk ke ruang pemeriksaan. Namun, petugas klinik melarang ibu bapanya menemani anaknya dan meminta mereka menunggu saja di luar.

Kemudian, salah seorang kakitangan di klinik itu memberitahu bahawa mereka mencabut gigi anaknya. Malah, geraham Daleyza turut dipasangkan braces agar nampak lebih cantik giginya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malahan, doktor turut memberikan suntikan anestasi kepada anaknya itu.

Ibu bapanya masih menunggu di luar namun secara tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulans yang mendekati klinik tersebut.

Melalui seorang kakitangan, ibunya diberitahu bahawa ambulans itu datang kerana membawa seorang anak yang harus segera dibawa ke wad kecemasan hospital.

Namun, ibubapanya tidak menyangka ambulans itu membawa anak mereka malah turut berasa bingung, sedih dan terkejut.

Dalam pada itu,staf klinik gigi itu secara berterusan menenangkan mereka berdua dan mengatakan degupan jantung anaknya berhenti buat seketika namun semuanya dalam keadaan yang terkawal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan tidak puas hati dengan jawapan yang diterima daripada staf perubatan itu, ibunya mendesak untuk melihat anaknya dari dalam kereta ambulans. Namun, dia dilarang oleh petugas hospital.

Semasa itu, dia terlihat anaknya masih tidak sedarkan diri kerana pengaruh ubat bius yang diberikan dari klinik berkenaan. Malah, doktor gigi turut menjelaskan lebih lanjut keadaan anaknya itu.

Namun, dalam perjalanan menuju ke hospital, anak perempuannya itu telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Apa yang menyedihkan, semuanya berlaku begitu pantas malah dia turut tidak dapat bersama di sisi anaknya semasa di hujung hayatnya.

Ibu bapa berkenaan meminta penjelasan daripada pihak klinik gigi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak mahu duduk berdiam diri, ibu bapa kanak-kanak malang itu meminta pihak klinik agar memberikan penjelasan tentang prosedur yang mereka lakukan sehingga anaknya meninggal dunia.

Menurut keterangan pertama, anaknya ada alergi terhadap beberapa jenis ubat bius yang digunakan oleh pihak klinik tersebut.

Menurut pihak klinik, Daleyza sebenarnya hanya ingin melakukan pemeriksaan gigi biasa namun pihak mereka mengakui telah mencabut dua batang gigi kanak-kanak itu dan memberikan suntikan ubat bius.

Disebabkan peristiwa buruk itu, klinik berkenaan diarahkan tutup untuk sementara kerana adanya kes kematian malah beberapa orang doktor dan jururawat turut menerima ancaman bunuh!

Walaubagaimanapun, ibunya tetap akan menuntut keadilan di atas apa yang berlaku supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Diharap ibu bapa yang lain turut mengambil insiden ini sebagai pengajaran yang berguna dan tidak sesekali membiarkan anak dirawat tanpa persetujuan daripada anda. Apapun minta doktor terangkan terlebih dahulu tentang prosedur rawatan serta risiko yang mungkin boleh berlaku," katanya.

Tanda-tanda gigi berlubang pada anak

#1. Gigi berlubang pada anak boleh dikenalpasti apabila terdapatnya lesi putih pada permukaan gigi.

#2. Terdapat perubahan warna pada struktur gigi hingga ia menjadi keperangan atau kehitaman.

#3. Anak mengadu sakit atau ngilu selepas makan sesuatu makanan atau minuman yang sejuk mahupun panas.

Sumber : Penulis asal Syahar Banu. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga