Kes Pertama Covid-19 Di Penang - Anak Dilarang Pergi Sekolah, Ibu Buntu Kena Minta Cuti

Penularan wabak Coronavirus semakin membimbangkan. Justeru semua pihak perlu berkorban dalam memberikan kerjasama untuk mencegah penyakit bahaya ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mencegah penyakit berjangkit jenis baharu bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan masa yang agak lama bagi mengembalikan keadaan seperti sedia kala.

Kebanyakan proses pembelajaran di sekolah dan prasekolah negeri Penang telah tergendala berikutan telah tercatatnya kes Coronavirus yang pertama.

Mencegah penyakit Covid-19

foto: news.detik

Sesetengah daripadanya memaklumkan kepada ibu ayah pada minit terakhir yang meminta anak-anak dari keluarga yang bekerja di Motorola Bayan Lepas ditinggalkan di rumah.

Sudah disahkan bahawa seorang daripada jurutera di Motorola telah mengalami positif Coronavirus pada hari Isnin yang lepas.

Terdapat juga sekolah telah mengambil langkah segera dengan tidak membenarkan para pelajar mempunyai saudara-mara yang bekerja di kilang yang sama.

Menurut salah seorang ibu, dia berasa cukup terkejut apabila diberitahu oleh anak perempuannya bahawa dia tidak boleh memasuki tadikanya seperti biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Abang saya memang bekerja di Motorola, tetapi tidak pasti bagaimana pihak tadika dapat mengetahui perkara ini,”

”Saya juga telah memaklumkan kepada mereka bahawa dia tidak tinggal dalam rumah yang sama bersama kami. Namun, sebagai langkah keselamatan anak tidak boleh menghadirkan diri ke sekolah,” ujarnya.

Dia turut mengatakan bahawa tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini sehingga terpaksa memohon cuti kecemasan bagi menjaga sendiri anak perempuannya di rumah.

”Saya ada berhubung dengan abang untuk beberapa kali dalam tempoh dua minggu ini, namun saya tidak tahu dia pernah berjumpa dengan salah seorang pesakit Covid-19,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasib kurang baik ini turut dirasai oleh ibu ayah yang bertugas sebagai pekerja sepenuh masa kerana  mempunyai komitmen terhadap tugasan di pejabat.

Segelintir ibu ayah turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan arahan yang tidak jelas dari pihak berkuasa tentang cara mencegah penyakit berjangkit ini.

”Kami tidak tahu jika ada sekolah memiliki kuasa untuk tidak menerima para pelajar. Jika ada polisi yang jelas, kami boleh berbincang dengan majikan untuk berkerja dari rumah bagi dua minggu akan datang,” ujar lelaki yang berusia 35 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: MomJunction

Menurut pegawai Jabatan Kesihatan Negeri, pada masa ini sekolah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pelajar datang ke sekolah. Hal ini kerana semua arahan mengenai perkara itu perlu mematuhi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan sedang bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan untuk menangani wabak tersebut.

“Pada masa ini, negara menghormati dan menyokong protokol dan SOP yang sedang diamalkan oleh Kementerian Kesihatan dalam menghadapi gejala Covid-19,”

“Ia tidak perlu bagi negeri ini untuk mewujudkan protokol baru memandangkan amalan Kementerian Kesihatan adalah berdasarkan garis panduan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Mencegah wabak Coronavirus di sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara yang paling menakutkan adalah virus ini tiada lagi penawar dan ubat. Banyak pihak yang bertanggungjawab dan World Health Organization (WHO) sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini.

Oleh hal demikian, ibu ayah perlu mempraktikkan terlebih dahulu langkah pencegahan penyakit terutamanya ketika anak-anak berada di luar rumah:

#1. Makan makanan yang dimasak

Langkah pertama adalah anda perlu memastikan bahan mentah dibasuh sebersih-bersihnya. Jika ibu menyediakan sarapan atau bekal anak-anak, pastikan makanan tersebut melalui proses memasak sepenuhnya tanpa ada bahagian  separuh mentah.

Sebenarnya salah satu punca wabak penyakit berjangkit ini adalah berpunca dari pengambilan makanan yang kurang masak sehingga ia menjejaskan kesihatan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Kerap mencuci tangan

Anak-anak yang semakin aktif akan bermain dan menerokai dunia. Sebagai langkah untuk mencegah penyebaran wabak Coronavirus, anda perlu sentiasa mengingatkan mereka untuk kerap mencuci tangan dengan betul.

Seterusnya, keringkan tangan menggunakan tisu, tuala bersih atau mesin pengering.

Jika anak-anak berada di luar rumah, pastikan hand sanitizer ada bersama mereka. Jangan tersalah beli pula! produk pencuci tangan yang berkesan adalah mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol bagi membasmi kuman.

#3. Elak bersalaman

foto: @nusaibahsallehuddin

Jika sebelum ini anda sentiasa mengajarkan anak-anak untuk menghormati orang yang lebih tua atau para guru dengan bersalam, tetapi buat masa ini ajarkan anak teknik yang lain.

Hal ini kerana Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, menyarankan agar orang ramai mengelakkan bersalaman secara saling bersentuhan tangan.

Sebaliknya menggunakan pendekatan ‘salam cara Malaysia’ sebagai langkah mengurangkan penularan novel Coronavirus. Ia dilakukan dengan meletakkan tangan ke bahagian dada sambil memberikan senyuman.

Bukan itu sahaja, elakkan anak-anak memegang eskalator, tombol pintu, butang lif atau haiwan peliharaan.

Sumber: The Star, Lunaria, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-kesihatan