Wahai Ibu Ayah, Ketahui Bahaya Tabiat Mencium Bibir Bayi, Ini Sebabnya

Kebanyakan orang berasa geram melihat kecomelan bayi sehingga mencium bibir dan wajahnya berkali-kali. Namun tahukah anda perbuatan ini amat membahayakan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keterujaan menerima kehadiran orang baru dalam keluarga membuatkan ibu ayah sering gembira dan menunjukkan kasih sayang dengan pelbagai cara. Antara salah satu yang dilakukan secara spontan adalah mencium bibir bayi baru lahir.

Namun tidak hanya ibu, sebenarnya ahli keluarga atau tetamu yang datang juga melakukan perbuatan sama dengan alasan berasa geram melihat kecomelan bayi anda. 

Baca juga: Bayi Kurang Sihat & Mudah Sakit- Ini Sebab Orang Luar Tak Boleh Sesuka Hati Menciumnya!

Bahaya mencium bibir bayi yang berusia bawah 3 bulan

credit to sources

Baru-baru ini seorang doktor kesihatan, Ahmad Luqman Bukhari, telah memuat naik beberapa perkongsian yang menegur perbuatan sesetengah ibu ayah mencium bibir bayi baru lahir sehingga mendatangkan kesan bahaya terhadap diri si manja.

Banyak je tempat lain sebenarnya kita boleh cium, tetapi tolonglah jangan cium pada mulut bayi sebab tabiat ini mungkin menjadi punca si manja pergi buat selama-lamanya.

Ada satu kes ini terjadi pada bayi berusia baru 18 hari. Dalam masa 2 jam sahaja selepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, ibunya perasan bayi sudah mula lembik dan tidak mahu menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa lagi, kelam kabut terus ke hospital. Sampai sahaja di sana, doktor periksa dan mendapati sistem pernafasannya mengalami masalah dan sebahagian organ badan sudah gagal berfungsi.

Memang kesian sangat. Apabila disiasat, barulah tahu rupanya si kecil berkenaan mengalami jangkitan virus Herpes yang tersebar melalui ciuman bibir.

Tidak salah kalau anda suka sangat dengan budak kecil atau sayang benar dekat anak. Kadang dia punya cute sampai orang sekeliling rasa ingin cubit-cubit pipi tembamnya. Nak cium-cium dan tidak mahu lepaskan kerana suka dengan bau bayi.

Namun sekiranya kita sengaja mencium mulut bayi, banyak kuman yang terdapat pada bahagian ini dan berisiko untuk berpindah ke tubuh si comel itu. Pada kita ini, jangkitan seperti virus RSV, penyakit kaki, tangan dan mulut serta Herpes HSV-1.

Malangnya kalau terjangkit pada bayi baru lahir atau masih kecil, tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan adalah bila organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips mengelakkan perkara tidak diingini berlaku

Jadi sahabat-sahabat yang ada anak kecil kenalah beringat sikit ya:

#1. Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh bayi dan paling penting elakkan cium mulut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#2. Jangan terima pelawat yang tidak sihat terutamanya kalau ada yang mengalami masalah selesema, demam, batuk ataupun sakit badan. Yang baru beberapa hari sembuh juga kenalah berhati-hati juga.

#3. Halang perokok dari mendekati bayi anda kerana habuk rokok yang melekat pada tangan, pakaian atau badan boleh membuatkan saluran pernafasan si manja meradang dan sesak nafas.

#4. Kerap mencuci semua permainan bayi menggunakan air dan sabun.

#5. Bayi berusia bawah 3 bulan antara yang paling berisiko kerana sistem ketahan tubuh badan mereka sangat rendah. Sebab itulah sebolehnya ibu ayah perlu mengelakkan dari bawa si manja ke tempat yang berisiko atau ramai orang seperti pusat membeli-belah, restoran ataupun ekspo.

Tempat ciuman dan gos0kan yang digalakkan ibu ayah melakukannya pada anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Kepala

Setelah anak semakin meningkat usia, ibu ayah digalakkan untuk mencium di bahagian kepala. Ia dipanggil sebagai ciuman kebanggaan. Apabila anda berasa bangga melihat pencapaian anak seperti boleh berjalan sendiri, memakai baju dan membezakan setiap jenis warna, cepat-cepatlah cium bahagian tengah kepala mereka.

#2. Dahi

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak melakukan sesuatu yang buat ibu ayah rasa redha dan ikhlas pada mereka, dahi adalah tempat terbaik untuk anda cium.

#3. Pipi

Ciuman di pipi adalah bukti rindu. Apabila mengambil anak dari tadika atau sekolah, tempat yang terbaik untuk anda menciumnya adalah pipi.

#4. Tangan

Cium di tangan adalah apabila anda rasa kasih sangat pada anak. Ia adalah sungguh istimewa, sebab itulah kena ajarkan si manja mencium tangan ibu ayah bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri.

Di samping itu, anda juga menggosokkan dua tempat ini pada anak:

  • Gosok di belakang leher sekiranya anak kecil anda kelihatan tidak tenteram atau risau.
  • Gosok di dada pula sangat mujarab bagi mengurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok, ibu ayah boleh berselawat atau membaca surah pendek seperti al-fatihah atau Taha.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari, Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia