Mahu Si Dia Lemas Dalam Dakapan, Ini 6 Teknik Ciuman Leher Yang Buat Pasangan Lebih Ghairah!

Dalam melakukan hubungan badan, tentu anda akan lakukan ciuman mesra di leher supaya keghairahan untuk melanjutkan aksi seterusnya bagaikan tidak dapat bersabar lagi!

Boleh dikatakan setiap pasangan yang ingin membuat hubungan badan akan melakukan aksi mencium leher terlebih dahulu, kan?

Hal ini kerana, mencium leher dikatakan dapat menambahkan rasa gelora dan ghairah untuk melakukan aksi keintiman yang seterusnya.

Bahkan, ciuman pada leher adalah jenis ciuman yang sering digunakan untuk permulaan foreplay.

Apatah lagi, mencium leher ini boleh dilakukan dengan cara mesra, lembut atau rakus. Semuanya bergantung pada kemahuan anda semasa itu.

Meskipun itu, masih ramai melakukan ciuman leher dengan teknik yang salah. Aish, tak rasa rugi ke?

Macam mana nak tengok cara yang salah? Lihat sama ada pasangan menolak atau tidak, jika ia berlaku itu menandakan dia tak selesa dengan cara ciuman anda!

Mencium leher adalah aksi yang cukup hebat dan mempesona!

Sebenarnya ciuman pada leher ini adalah perbuatan sensual yang sangat menghairahkan pasangan anda apabila bibir menurun pada kawasan leher.

Bahkan, ciuman memang sering kali dilakukan pada kawasan yang senstif pada tubuh pasangan namun leher adalah kawasan yang paling syok dan menghairahkan!

Hal ini kerana, leher mempunyai reseptor deria yang sangat senstif hingga memudahkan seseorang untuk berasa terangsang bagi melakukan hubungan seks.

Ditambah pula dengan bibir yang basah dan nafas yang mendegus di sekitar leher turut menambahkan keasyikan asmara lantas membuatkan pasangan rasa terbuai dan lemas.

Teknik mencium leher dengan betul

Berikut ini adalah langkah untuk melakukan ciuman leher dengan cara yang betul.

Ini kerana cara yang salah boleh menyebabkan pasangan menolak untuk hubungan seks atau berasa geli lantas tak suka dicium pada bahagian itu.

#1. Menyentuh leher pasangan

Perkara pertama yang perlu diingat adalah jangan terus cium leher pasangan tapi lakukan dahulu menggunakan tangan atau jari jemari anda.

Kemudian usap lehernya dengan sangat lembut terutama di kawasan yang anda ingin lekapkan ciuman.

Lantas si dia akan bersedia untuk menerima ciuman pada kawasan berkenaan.

Wah sungguh mengasyikkan!

#2. Mula dengan cara perlahan-lahan

Setelah itu, dekatkan pelahan-lahan bibir anda di kawasan tersebut tapi ingat ya jangan terus cium! Sabarlah dulu.

Kemudian, hembus leher pasangan dengan nafas anda supaya dirinya rasa teruja dan bergelora untuk menerima ciuman daripada insan yang dicintai.

#3. Basahkan bibir terlebih dahulu

Kredit: Fimela.com

Ha...sebelum cium ingat tau basahkan bibir yang kering dengan lidah terlebih dahulu.

Tapi janganlah terlalu basah sangat, sampai pasangan rasa jijik pula untuk menerima ciuman anda.

Tapi cukuplah sekadar basah supaya dapat mengelak bibir dari kering.

#4. Merapatkan bibir

Dah basahkan bibir? Selepas itu, rapatkan bibir dan berikan ciuman mesra anda untuk pertama kali.

Apapun jangan terlalu lama dan lakukan dengan cara yang paling lembut.

Ia bertujuan sebagai isyarat untuk anda bermain-main di kawasan leher dengan bibir.

#5. Jarakkan bibir

Bila melihat si dia tersenyum dan seolah menanti ciuman yang seterusnya, jarakkan sedikit bibir dan teruskan ciuman anda.

Jika lihat si dia sudah lemas, mula gerakkan bibir ke kawasan leher dan jangan tertumpu di satu tempat sahaja.

#6. Menghembus lembut

Selepas itu, hembus lembut nafas di sekitar lehernya semasa anda masih asyik mencium.

Lakukan cara ini di seluruh kawasan leher pasangan hingga si dia lemas dan sungguh asyik dengan godaan itu.

Cara membuat ciuman leher yang paling hebat!

 

  • Peka terhadap bahasa tubuh pasangan terutama bila dia mengiringkan lehernya, itu tanda si dia bersedia untuk menerima ciuman leher daripada pasangannya.
  • Semasa mencium leher pasangan, gunakan seluruh tubuh anda dengan cara merapatkan badan ke tubuhnya dan membelai rambut si dia. Tentu dia sangat bernafsu semasa ini.
  • Sekiranya melihat pasangan lemas dan asyik melayan aksi itu, anda boleh gunakan lidah untuk menjilat leher si dia tapi janganlah  over sangat! Cukuplah sekadar buat si dia menggeliat kesedapan.
  • Akhir sekali, hisap leher pasangan atau dikenali sebagai  love bite sebagai tanda bukti cinta seorang suami kepada isterinya.

Justeru, sudah tahu cara yang betul untuk mencium leher pasangan? Apa kata gunakan teknik tersebut pada malam ini nanti, selamat berasmara!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Info Seks Melayu 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga