Kejam! Kanak-kanak 6 Tahun Mati Kelaparan, Dikurung 16 jam Setiap Hari Dalam Almari

Seorang kanak-kanak lelaki mati kelaparan akibat dikurung ibu bapanya di dalam almari kerana mencuri makanan ketika kedua-duanya sedang tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun baru berusia enam tahun, seorang kanak-kanak lelaki mati kelaparan akibat dikurung ibu bapanya di dalam almari kerana mencuri makanan ketika kedua-duanya sedang tidur.

Kanak-kanak berkenaan, Deshaun Martinez dari Arizona bukan saja dikurung malah dibiarkan kelaparan sehingga mati.

Pada usia yang terlalu muda yang mana kanak-kanak itu sepatutnya dikasihi tetapi dia dikurung dengan kejam sehingga menyebabkan kematiannya.

Mencuri makanan ketika ibu bapa sedang tidur 

Polis bergegas ke rumah keluarga itu selepas mendapat panggilan mengenai Deshaun yang sudah tidak sedarkan diri.

Hasil soal siasat polis ke atas ibu bapa mangsa, Elizabeth Archibeque dan Anthony Martinez mendapati Deshaun dan abangnya dikurung kerana hukuman mencuri makanan ketika ibu bapanya sedang tidur. 

Mayat Deshaun ditemui dalam keadaan kurus kering dan ibu bapanya memberitahu polis bahawa ia disebabkan keadaan kesihatannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dikurung dalam almari 16 jam setiap hari, dicatu makan

Setelah disoal siasat, ibu bapanya memberitahu polis bahawa Deshaun dan abangnya dikurung selama 16 jam setiap hari di dalam almari dengan diberi makanan yang sedikit.

Pemeriksa perubatan, Lawrence Czarnecki memberitahu bahawa ‘kanak-kanak itu berada dalam keadaan kelaparan yang tidak dapat bertahan untuk hidup’ dan dalam keadaan berat badan yang jauh mendadak untuk umurnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mangsa memberitahu polis Deshaun telah diberi makan dengan banyak namun tidak menunjukkan kenaikan berat badan. Bapa mangsa pula memberitahu, mereka menunggu kupon makanan untuk membeli makanan lebih berkhasiat untuk menambah berat badan Deshaun. 

Czarnecki menyatakan penyebab kematian kanak-kanak itu adalah kerana kelaparan dan menganggapnya sebagai satu pembunuhan.

Ia mengambil kira keadaan berat badan kanak-kanak itu dengan kerangka yang hampir tiada lemak di badan. 

Kulitnya juga nampak tenggelam sehingga ke rongga badan selain menimbulkan lingkaran hitam yang jelas kelihatan di bahagian matanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bedah siasat mendapati kesan luka, lebam di seluruh badan

Keputusan bedah siasat ke atas mayat Deshaun mendapati berat badannya hanya sekitar 8.16 kilogram (kg). 

Selain itu, menurut laporan bedah siasat, sejarah perubatan Deshaun menunjukkan dia mengalami masalah berat badan dan pernah dimasukkan ke hospital ketika berusia dua minggu kerana sepsis dan jangkitan saluran kencing.

Bedah siasat juga mendapati terdapat kesan luka dan lebam di seluruh badan Deshaun tetapi tidak membahayakan nyawanya 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa kanak-kanak itu termasuk neneknya Ann Martinez didakwa melakukan pembunuhan darjah pertama, menculik dan mendera Deshaun di Flagstaff, Arizona.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. 

Kes kanak-kanak dibiar mati kelaparan sering berlaku

Bulan lalu, di Brisbane, Australia seorang kanak-kanak perempuan diserang tikus selepas dibiar mati kelaparan dalam katilnya. 

Menurut laporan media tempatan, muka kanak-kanak itu luka teruk digigit tikus manakala badannya hampir mereput di atas katil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak itu yang juga menghidap sindrom down dibiarkan mati kelaparan tanpa bantuan sesiapa. Malah bapanya tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun dia sudah mati beberapa hari. 

Polis turut menemui kesan lecur pada kulit kanak-kanak malang itu. 

Pada Mac lalu, di Amerika Syarikat seorang bayi berusia tiga bulan menangis kelaparan dan akhirnya ditemui mati dikelilingi botol berisi susu kerana ibunya hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa. 

Bayi itu didapati mempunyai luka terbakar dan lebam malah kekurangan zat makanan dan dehidrasi. 

Pada November tahun lalu, di Florida, Amerika Syarikat seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan ‘vegetarian’ tidak memberikannya makanan selain buah- buahan dan sayur-sayuran.

Berat kanak-kanak itu dilaporkan hanya tujuh kilogram iaitu purata berat bayi berusia tujuh bulan. Hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati selepas mengalami komplikasi berkaitan dengan kekurangan zat makanan.

Ibunya memberitahu polis bahawa keluarganya adalah ‘vegetarian’ dan hanya memakan buah mentah dan sayur-sayuran. Pada hari kejadian, dia memaklumkan hanya menyusukan anaknya tanpa memberikan makanan pejal selama seminggu.

Pada Februari 2018, di Arizona sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera empat anak angkat mereka dengan mengunci dan tidak memberi makan serta minum kepada mereka.

Pasangan itu ditahan selepas selepas salah seorang kanak-kanak itu berjaya meloloskan diri dengan memecahkan tingkap kediaman mereka di Tucson, Arizona.

Sumber : mstar, themalaysiaonline, Sinar Harian, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkenapa-ibu-bapa-bunuh-anak

Penulis

Lala Annuar