Cara Mendidik Anak-Anak Tentang Erti Kemerdekaan & Perjuangan Dalam Hidup

lead image

Hari Kemerdekaan Malaysia hadir lagi. Saban tahun kita merayakannya, sama ada dengan cuti umum mahupun perarakan di Dataran Merdeka. Apa sebenarnya kemerdekaan dan bagaimana memupuk kecintaan pada negara dalam diri anak-anak?

Anda tahu tak apa itu erti kemerdekaan dan perjuangan? 

Ini kerana, Ayah pernah bercerita tentang bagaimana adik-beradiknya mati ketika Malaya dijajah Jepun. Juga berkongsi pengalaman tentang hidup yang terpaksa bersembunyi di hutan saban hari dengan hanya memakan ubi kayu bakar kerana takut ditemui dan dibunuh tentera Jepun.

Ketika ayah bercerita, dapat kami ‘lihat’ kesengsaraan mereka yang hidup ketika itu. 

Apa itu erti kemerdekaan 

Hari Kemerdekaan Malaysia

Ayah, guru besar dan Hari Kemerdekaan Malaysia

Guru besar sekolah menengah juga pernah bercerita kisahnya hidup di zaman Jepun. Akibat memakan ubi kayu setiap hari, jika badannya ditonjol dengan jari, kulit akan melengkung ke dalam dan kekal untuk satu jangkamasa sebelum kembali ke bentuk asal. Saat guru besar berkongsi kisahnya, dapat kami ‘lihat’ betapa nikmatnya satu kemerdekaan itu.

Ayah dan guru besar telah tiada. Tiada siapa yang dapat mengingatkan saya tentang kesengsaraan dan nikmat kemerdekaan lagi. Hinggakan terkadang saya mengambil tarikh 31 Ogos hanya sekadar cuti umum Hari Kemerdekaan Malaysia dan terkadang tarikh itu hanya dikenang sebagai hari berpesta di dataran merdeka.

Didiklah anak mencintai negara

Secara jujurnya, maksud sebenar Hari Kemerdekaan Malaysia mungkin tidak akan dapat dihayati oleh generasi kini. Itu tidak bermakna kita harus terus lupa dan alpa. Didiklah anak-anak mengasihi dan menyayangi negara yang pernah satu ketika dulu di atasnya, darah tok nenek dan moyang kita yang tumpah demi mempertahankannya. Untuk siapa, jika bukan untuk anak cucu dan keturunan mereka.

Kepada ibubapa di luar sana, ambillah peluang Hari Kemerdekaan Malaysia ini untuk memupuk semangat itu. Cubalah lima perkara ini yang boleh anda lakukan bersama anak-anak dan keluarga.

 

Rujukan:

Teaching our children to love their country

Apa yang anda sekeluarga lakukan demi menjaga dan mencintai negara ini? Kongsikannya dalam ruangan komen di bawah :)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner