Mari Didik Anak Lelaki dan Perempuan Kita Tanpa Sebarang Stereotaip

Ibu bapa hari ini lebih bersikap terbuka untuk membiarkan anak perempuan mereka untuk menjadi apa sahaja yang mereka mahu - seorang angkasawan, mahupun seorang ibu. Tetapi adakah anda perasan bahawa anak lelaki biasanya tidak mempunyai fleksibiliti yang sama?

Apakah itu stereotaip? Stereotaip adalah “tanggapan” atau “penilaian seseorang terhadap orang lain.”

Sejak beberapa tahun lalu, stereotaip di antara kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki telah banyak berubah.

Ibu bapa hari ini lebih bersikap terbuka untuk membiarkan anak perempuan mereka untuk menjadi apa sahaja yang mereka mahu - seorang angkasawan, mahupun seorang ibu.

Mereka juga tidak terlalu kisah kalau gadis mereka sedikit tomboyish atau sukakan kecantikan, ala princess.

Tetapi adakah anda perasan bahawa anak lelaki biasanya tidak mempunyai fleksibiliti yang sama?

Meskipun anak-anak perempuan kini diberi lebih banyak pilihan untuk memegang pelbagai jawatan yang setaraf dengan lelaki, dunia kanak-kanak lelaki masih terhad, kata ahli sains sosial.

Kanak-kanak lelaki tidak digalakkan untuk bermain, mengetahui atau mempelajari apa sahaja yang dianggap feminin.

Dari kecil, mereka diajar untuk bersikap keras dan tabah, dan untuk mengikut apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki normal yang lain.

Bolehkah kanak-kanak lelaki membesar dengan baik, yakin dan bebas untuk meneruskan impian mereka?

Menangis itu tidak salah

Sumber gambar : EverydayFamily

"Kajian menunjukkan bahawa jumlah tangisan kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama apabila mereka masih kecil. Tetapi sekitar umur 5 tahun, kanak-kanak lelaki menukarkan perasaan sedih kepada perasaan marah dan tiba-tiba mereka tidak menunjukkan perasaan lain, seperti kelemahan."

Itu kata Tony Porter, pengasas bersama A Call to Men, sebuah kumpulan pendidikan dan sokongan untuk lelaki.

Masalahnya?

"Anak perempuan dibenarkan untuk mempunyai perasaan seperti manusia, tetapi anak lelaki pula diajar untuk menjadi robot," katanya.

Sebagai ibu bapa kita perlu mengajar kedua-dua anak bahawa mereka mempunyai pelbagai emosi.

Anak lelaki perlu memahami perasaannya sendiri dan meluahkannya dengan betul: "Sebenarnya saya tidak marah", "saya takut", "hati saya sedih", atau "saya memerlukan bantuan."

Dia perlu tahu bahawa ia adalah OK untuk mengakui perasaan-perasaan ini dan ia tidak semestinya menunjukkan kelemahannya.

Biar anak mencari identiti mereka sendiri

Budak lelaki main dress-up. Sumber gambar: www.slate,com

Walaupun peranan kedua-dua jantina telah bergabung untuk orang dewasa, produk kanak-kanak pula semakin terbahagi mengikut jantina berbanding 50 tahun lalu.

Hari ini, kita selalu melihat patung princess yang memakai baju merah jambu dan permainan lori yang biru. Tetapi perbelahan ini tidak terhad pada mainan sahaja.

Cawan, berus gigi dan produk lain diberi warna tertentu untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan!

Bagi menggalakkan kanak-kanak untuk mencapai potensi sepenuhnya, mereka perlu mengikut hati dan minat mereka sendiri; tak kira tradisional mahupun tidak.

Ini bukan untuk membuat andaian bahawa semua kanak-kanak ingin melakukan perkara yang sama, tetapi untuk memastikan pilihan mereka tidak terhad disebabkan oleh stereotaip.

Ibu bapa patut tawarkan aktiviti terbuka, seperti bermain dengan blok atau playdoh, dan membiarkan anak lelaki untuk mencuba aktiviti seperti dress-up atau kelas seni, kata saintis sosial.

Kebanyakan ibu bapa tidak takut untuk menggalakkan anak perempuan untuk bermain bola sepak atau menjadi doktor.

Tetapi mereka akan berfikir dua kali sebelum meminta anak lelaki mereka untuk belajar tarian balet atau belajar untuk menjadi pereka fesyen: takut nanti pondan.

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang dianggap "feminin" masih disamakan dengan status yang lebih rendah.

Ajar mereka untuk menjaga diri mereka sendiri, orang lain, dan untuk berkerjasama

Budak lelaki yang mengemaskan bilik. Sumber gambar: autismsocietyofnc.wordpress.com

Ada ibu yang cuma mendidik anak perempuan, tetapi terlalu sayang anak lelaki.

Maka anak perempuan disuruh belajar dengan baik, menjaga adik dan membersihkan rumah, tetapi anak lelaki tak payah.

Kajian di Amerika menunjukkan gadis berumur 10 hingga 17 menghabiskan dua jam untuk membuat kerja rumah setiap minggu, berbanding remaja lelaki.

Tambahan pula, 15 peratus dari anak lelaki ini akan diberi ganjaran kerana membuat kerja rumah, menurut University di Michigan.

Ibu bapa perlu mengajar anak lelaki untuk memasak, bersih dan menjaga diri mereka sendiri - agar sama-sama cekap di rumah sama seperti harapan kita untuk anak perempuan yang bekerja di pejabat.

Ajar anak untuk bekerjasama, kerana tugas membersihkan rumah dan menjaga anak bukan tugas wanita sahaja.

Dengan kemahiran ini, anak lelaki boleh menjadi seorang suami dan bapa yang mempunyai hubungan yang erat dengan isteri dan anak.

Dia akan belajar untuk bersikap empati dan mengurangkan ciri-ciri agressif.

Sumber: NYTimes 

Penulis

Rosanna Chio