Ibu 'Sporting' Biar Anak Tidur Dengan Abang Angkat? Parents, Didik Anak Remaja Anda Berpada-Pada

Nak berkawan dan "sporting" dengan anak, kena ada had juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mendidik anak remaja khususnya pada zaman sekarang ternyata bukan perkara mudah. Perubahan emosi pada usia ini sememangnya rapuh, menyebabkan ibu bapa perlu lebih berhati-hati agar tidak tersalah langkah.

Ada sesetengah ibu bapa yang bertindak ingin menjadi ‘rakan’ kepada anak remaja mereka. Cara tersebut mungkin boleh menampung keperluan emosi mereka — namun bolehkah cara tersebut mendidik anak menjadi lebih baik?

Mendidik Anak Remaja: “Abang Angkat Teman Tidur, Mama Pula Sporting”

Satu paparan screenshot viral baru-baru ini menunjukkan betapa teruknya keruntuhan akhlak yang berlaku pada zaman ini.

Yang menyedihkan, perbuatan tersebut yang ternyata salah seolah-olah disokong oleh si ibu yang kononnya ‘sporting.’!

Foto tersebut menunjukkan dua orang remaja, seorang lelaki dan seorang perempuan berada di dalam sebuah bilik, di atas katil berdua-duaan. Lelaki tersebut tidak memakai baju dan dikatakan ‘teman tidur’ pula. 

“Malam ni abang angkat yang poyo ni temankan tidur. Thanks Abang Ezam…thanks mama yang sporting.”

Ternyata ramai yang tidak bersetuju dengan cara si ibu ini mengendalikan anak remajanya, yang menggalakkan aktiviti maksiat. Tambahan lagi, si remaja perempuan pula bangga menayangkan foto tersebut macam tiada apa yang salah pada perbuatannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aduh, apa nak jadi ni…

5 Tips Mengendalikan Anak Remaja Yang Sukar

Tidak mudah apabila anda menghadapi remaja dalam hidup, terutamanya yang gemar memberontak. Apa yang boleh anda lakukan dalam menghadapi remaja yang mencabar?

Berikut adalah 5 kunci untuk berjaya menangani remaja. Tidak semua tip di bawah mungkin dikenakan untuk situasi tertentu anda, jadi hanya gunakan apa yang berkaitan ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1 Kawal Emosi 

Peraturan pertama adalah anda hendaklah sentiasa tenang. Walaupun anda rasa dicabar, jalan terbaik adalah berfikir dengan baik, dan elakkan dari menggunakan emosi dan mengamuk kepada anak.

Jika anda rasa dikecewakan anak remaja, tarik nafas sedalam mungkin dan kira sampai sepuluh. Selalunya mood akan lebih terkawal dan anda boleh berfikir secara rasional.

Kalau anda mengamuk, nanti mereka akan merasakan yang emosi anda boleh dikawal oleh perbuatan mereka. Tunjukkan kepada mereka yang anda masih mempunyai kuasa terhadap diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Tetapkan Had Yang Jelas

Kebanyakan remaja ingin berdikari dan membuat keputusan sendiri, jadi pasti ada yang mencabar anda untuk menguji tahap kuasa mereka. Dalam situasi ini, sangat penting untuk ibu bapa menetapkan sempadan yang jelas dan khusus bagi mendapatkan kerjasama yang baik.

Tetapkan sempadan yang adil, berpatutan dan boleh digunakan berulang kali. Jika anak remaja anda masih memberontak tidak mahu melakukannya, katakan padanya yang kali ini anda akan lebih bertegas! (dan pastikan anda melakukannya)

#3 Dalam Situasi Tertentu, Gunakan Jenaka

Dalam keadaan apabila anak remaja bersikap negatif, tunjukkan empati dengan tidak bertindak balas. Balas dengan senyuman dan bukannya mengerutkan kening atau marah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katakan kepada diri sendiri dengan beberapa humor: “Haih dia buat lagi…” dan jangan bertindak terhadapnya, sebaliknya teruskan dengan urusan anda.

Apabila seorang remaja mula membuat hal, cuba pendekatan lain seperti tidak marah, berasa jengkel, atau cemas, tetapi berikan diri anda beberapa jarak, tarik nafas panjang dan lepaskan.

#4 Beri Peluang Untuk Mereka Meluah Perasaan

Sesetengah remaja memberontak kerana mereka tidak percaya orang dewasa mendengar dan memahami mereka. Apabila anda melihat remaja kecewa atau di bawah tekanan, tawarkan diri untuk mendengar luahannya.

Gunakan ayat seperti, “Ibu ayah di sini untuk mendengar jika awak mahu bercakap, okay?” Biar dia tahu yang anda sentiasa ada untuk mendengar, tetapi jangan mendesak pula ya.

Sebelum menawarkan nasihat, tanyakan kepadanya jika dia bersedia mendengarnya. Sebagai contoh, katakan “Adakah anda mahu mendengar apa pendapat ibu tentang ini? Jika tidak, tidak mengapa. Ibu masih di sini untuk mendengar. “

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Jika Lebih Dari Seorang, Fokus Pada ‘Ketua’

Sekrianya perlu berhadapan dengan lebih dari seorang remaja, anda tidak perlu bercakap dengan setiap satu antara mereka. Sebaliknya, bercakaplah dengan seorang sahaja yang boleh mempengaruhi mereka yang lain.

Semoga anak-anak kita semua membesar menjadi insan yang disenangi dan tahu batas pergaulan.

Bolehkah naik motor di awal kehamilan?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: psychologytoday

Baca juga:

https://my.theasianparent.commengandung-anak-luar-nikah

Penulis

Beto Rahman