Mendodoikan anak adalah respon semula jadi yang kita lakukan untuk menenangkan si kecil. Tapi adakah anda tahu kepentingan mendodoi bayi? Apa yang terjadi kepada anda dan anak anda ketika anda mendodoikannya?
Mendodoi bayi: Ia merapatkan ibu dan anak
Laura Cirelli dari Universiti Toronto Mississauga baru-baru ini mempersembahkan kajiannya tentang nyanyian ibu.
Dia menerangkan yang muzik boleh memberi implikasi meluas terhadap tingkah laku. Dia berkata “Otak bayi boleh mengesan “track auditory” dengan cara ramalan untuk memahami muzik.”
Bagaimana Laura Cirelli mula mengkaji tentang kepentingan mendodoi anak
Sebagai pelajar sarjana muda, Laura bekerja di pusat penjagaan kanak-kanak pada musim panas. Semasa berada di taman, seorang budak berusia 2 tahun meminta pertolongannya untuk turun dari gelongsor.
Dia memerhatikan yang selepas seorang kanak-kanak melihat apa yang mereka lakukan, mereka memandang satu sama lain dan mula beratur menunggu giliran mereka.
Insiden ini membawa Laura untuk menemui lebih banyak perkara tentang bagaimana kelakuan sosial berkembang di usia yang sangat muda. Sebagai seorang pemain piano dan ballerina, dia merasakan yang muzik adalah cara terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang otak sosial.
Laura dan rakannya menyelidik bagaimana ibu menukar cara nyanyian mereka pada anaknya, bergantung kepadsa situasi yang mereka mahukan, sama ada tune yang tenang atau ceria.
Ibu-ibu yang terlibat dalam kajian ini menyanyi lagu “Twinkle Twinkle Little Star” pada anak mereka. Bayi duduk di kerusi tinggi menghadap ibu mereka. Ibu-ibu tersebut menyanyi lagi berulang kali diselang-selikan dengan tune tenang dan tune ceria.
Mendodoi bayi: Apa hasil kajian?
Respon rangsangan terhadap bayi dan ibu juga diambil kira. Ia diukur melalui keadaan kulit dan perangai. Laura menerangkan, apabila ibu teruja atau stress, tahap rangsangan meningkat manakala apabila tengan, ia menurun.
Ini adalah beberapa perkara yang pengkaji dapat dari kajian ini:
- Semasa nyanyian ceria, tahap rangsangan ibu meningkat berbanding nyanyian tenang.
- Tahap rangsangan semakin menurun untuk ibu dan anak apabila lagu menjadi lebih dan lebih tenang.
- Semasa ibu menyanyi dengan ceria, tahap rangsangan anak stabil dan menunjukkan mereka memberi tumpuan pada ibu mereka dan meningkatkan emosi positif semasa menyanyi.
Menurut Laura, hasil kajian ini mendapati yang tahap psikologi dan tingkahlaku bertukar untuk ibu dan anak mengikat cara nyanyian.
Muzik merupakan alat untuk menyatukan orang dan ini bermula dari bayi. Jadi gunakan masa ini untuk mendodoi anak dan merapatkan ikatan dengan lebih kuat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan : theAsianparent Singapore
Baca juga: