Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler

Ibu bapa percaya bahawa cara terbaik untuk mengajar anak-anak dalam pengurusan kewangan adalah melalui pengalaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami dan saya percaya akan pepatah, “Pengalaman adalah guru terbaik”. Ketika mengajar anak untuk menguruskan wang, kami guna teori yang sama.

Tidak hairan kerana persona keibubapaan kami berpadanan dengan ciri-ciri Freestyler (ingin tahu apa persona anda? Cuba kuiz di sini). Freestyler adalah mereka yang percaya bahawa pengalaman peribadi adalah cara terbaik untuk mengajar anak menguruskan wang. Jadi kami menghantar dua anak lelaki kami, yang berusa 8 dan 5 tahun untuk membeli belah di kedai alat tulis. Begini pengalaman mereka.

Senario

Kami berikan mereka $5 setiap seorang dan memberitahu mereka boleh membeli apa sahaja mengikut keinginan. Kami tidak menyediakan apa-apa senarai, dan hanya menunggu mereka di luar kedai agar mereka dapat mengejutkan kami.

Ini sebenarnya pengalaman kedua untuk anak sulung kami. Ketika dia berusia 4 tahun, kami lakukan perkara yang sama, namun dia melakukannya bersendirian. Kami ingin lihat sama ada dia masih ingat apa yang dipelajari dari pengalaman masa lalu.

Rasional kami? Mudah. Sebagai Freestyler, kami percaya pembelajaran terjadi secara semula jadi melalui percubaan dan kesilapan. Jika mereka lakukan kesilapan, biarkan sahaja; mereka akan belajar daripadanya. Kami percaya bahawa sentiasa menyuruh atau mikro-mengurus mereka lebih kesan buruk daripada baik; tiada pengganti pengalaman dunia sebenar yang lebih sesuai untuk ajar anak-anak tentang pengurusan wang.

Bagaimana Ia Terungkap

Pada mulanya, rasa seronok, terutamanya oleh anak saya yang lebih kecil, dapat dirasakan. Dia berjalan di dalam kedai dengan mata yang berkelipan, ingin membeli apa sahaja yang boleh. Dia keliru $5 dengan $50, dan anggap dia boleh membeli apa sahaja yang dilabel nombor 5. Lebih menarik apabila si abang sebenarnya yang memberi panduan dan mereka bekerja bersama-sama (buat kali pertama).

Menganalisis Kuasa Perbelanjaan Mereka

Anak sulung kami menjelaskan secara rambang kepada adiknya sejauh mana nilai $5. Dia memberi contoh daripada pengalaman membeli belah sebelum ini, dan bagaimana si bapa menunjukkan apa yang di luar jangkauan wang yang ada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia kemudian merangkumkan bahawa patung mainan lembut dan elektronik, dan melabelkan item itu sebagai mustahil. Sebelum mereka melangkah lebih jauh, si abang juga mengajar adik tentang proses penyingkiran, yang mana kami anggap ia menarik.

Perancangan Adalah Kunci

Kala si adik berlari kerana teruja, ada satu ketika, si abang berhentikannya dan berkata, “Apa kata kita fikir terlebih dahulu apa yang kita ingin beli di sini?”

Si adik menjawab dengan mengatakan dia ingin melihat apa yang ada terlebih dahulu. Mereka mengambil masa untuk berjalan di dalam kedai, sebelum mereka berdiri di sebuah sudut, dengan dahi berkerut, dalam satu perbincangan serius.

Apabila mereka menceritakan kembali kepada saya, saya amat terkejut. Kedua-dua anak saya memahami perbezaan antara keperluan dan keinginan sendiri! Jika kami merancang aktiviti ini sekali lagi dan memberitahu mereka terlebih dahulu, kami pasti berminat untuk lihat jika mereka menyediakan satu senarai semak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengawal Kehendak

Apabila mereka mengisi bakul mereka dengan pelbagai barang, mereka terjumpa satu sudut kosong di dalam kedai dan melihat kembali pilihan mereka. Agak mengejutkan apabila si adik berkata, “Ibu sentiasa memenuhi troli di pasaraya kemudian meletak kembali barang di rak, ayuh lakukan perkara sama.”

Jelas mereka tidak boleh membeli semua benda, jadi mereka mula mengasingkan barang yang mereka benar-benar inginkan.

Menggunakan Wang Sebaiknya

Si abang menggunakan analisis yang dikongsi oleh bapa ketika membeli belah di sebuah kedai gula-gula sebelum ini. Dia ujar kepada si adik bahawa jika mereka terjumpa barang yang berada dalam set atau bungkusan, mereka boleh membeli lebih dengan harga yang murah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan Kosongkan Dompet

Apabila mereka hampir tetap dengan keinginan mereka, mereka memeriksa dengan lebih lanjut. Mereka berdua bersetuju untuk membawa duit syiling pulang agar dapat menyimpan dalam tabung di rumah.

Si abang belajar pengajaran penting ini melalui menyimpan duit elaun sekolah dan membeli barang pada hujung tahun, menggunakan duit simpanannya. Melihat si abang, adik juga memahami bahawa sedikit baki wang perlu disimpan.

Kami lega tabiat menyimpan sudah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Kami lebih lega apabila mereka tidak meminta daripada kami untuk ‘tambah’ wang kerana kami telah memberitahu mereka terlebih dahulu.

Fikirkan Orang Lain

Apabila mereka keluar dari kedai, mereka semua tersenyum sambil bermain dengan duit baki, namun mereka cepat-cepat masuk kembali ke dalam kedai. Kami sedikit bingung namun rupanya mereka mengumpul duit lebih itu untuk membeli barang buat adik perempuan mereka.

Mereka keluar dari kedai kali kedua dengan penuh kemenangan, sambil memegang tali rambut warna merah jambu, dan menunjukkan kepada kami baki duit syiling mereka! Mereka berhenti, berfikir sendiri dan membeli apa yang benar-benar diingini (termasuk sesuatu untuk adik perempuan – sesuatu yang kami sendiri tidak fikirkan), dan masih ada baki! Misi tercapai! Itulah kemuncak hari kami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara keseluruhan, ia satu pengalaman menarik. Kami berpuas hati dengan si abang yang masih ingat akan pengalaman membeli belah lalu dan dia membimbing si adik dengan pembelajaran tersebut.

Kami benar-benar percaya bahawa anak-anak kami mula memahami konsep apa wang dapat beli melalui pengalaman mereka sendiri selain pemerhatian mereka terhadap perbelanjaan kami – sama dengan apa yang kami perjuangkan sebagai Freestyler.

Saya tidak pasti sekiranya kami telah menjalankan tugas yang baik bagi mengajar anak menguruskan wang atau gaya kami gagal. Namun daripada apa yang diperhatikan, saya rasa kami akan memulakan perjalanan pendidikan kewangan dengan anak-anak dengan baik, dan kami tidak sabar untuk mencipta lebih banyak pengalaman baru buat mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Anis Hanini