Ramai pasangan yang teringin untuk mengandung anak lelaki. Walaupun pada dasarnya, jantina bayi tidak ditentukan oleh kromosom ibu, namun anda masih boleh meningkatkan peluang mengandung anak lelaki seperti banyakkan makan pisang dan mencuba posisi seks tertentu.
Bagaimana Mengandung Anak Lelaki Terjadi?
Setiap sperma mengandungi kromosom X atau Y. Ini yang akan memainkan peranan dalam membentuk jantina.
Jika kromosom Y yang dibawa sperma berjaya menjadi benih, ia akan membentuk jantina lelaki. Manakala kromosom X pula akan membentuk jantina perempuan.
Sperma yang membawa kromosom Y merupakan perenang yang pantas, lebih kecil dan lebih lemah. Ini membuatkan sperma tidak tahan lama di dalam cecair yang lebih bersifat alkali.
Manakala sperma pembawa kromosom X berukuran lebih besar dan bergerak perlahan. Sperma X lebih kuat dan lebih tahan lama di bahagian yang beralkali seperti vagina dan pangkal rahim.
Benarkah Orgasme Wanita Mempengaruhi Peluang Mengandung Anak Lelaki?
Tapi lain pula kata kajian ini!
Terdapat teori yang mengatakan orgasme wanita meningkatkan pH di dalam vagina, lalu memberi pengaruh kepada sperma pembawa kromosom Y dan meningkatkan peluang mengandung anak lelaki.
Apa kata doktor tentang teori mengandung anak lelaki ini?
Menurut Dr Frizar Irmansyah, Ketua Perkumpulan Obstetri dan Ginekologi Indonesia Jaya, teori ini ada benarnya! Namun jantina bayi bukanlah 100% ditentukan apabila wanita mengalami orgasme.
Beliau menambah, orgasme yang dialami wanita membuatkan vagina lebih bersifat alkali sekaligus menjadikan sperma pembawa kromosom Y lebih tahan lama. Malah, peluang untuk berjaya menjadi benih juga lebih tinggi.
Namun ada juga pendapat yang menyatakan sebaliknya. Pakar Seksologi dan pensyarah di Fakulti Kedoktoran Universiti Tarumanegra menyatakan,
“Sehingga kini, kajian perubatan masih tidak membuktikan jantina bayi dapat ditentukan dengan siapa yang mendapat orgasme dahulu.”
Beliau menambah, semasa orgasme terjadi, hormon endorfin akan dilepaskan dan menghasilkan rasa tenang. Tetapi ia sama sekali tidak mempengaruhi proses genetik yang menentukan jantina bayi.
Cara Mendapatkan Bayi Lelaki Selain Orgasme Wanita
Oleh kerana tidak terdapat bukti yang menyokong orgasme wanita menjamin peluang mengandung anak lelaki, Dr Frizar memberi tips untuk vagina menjadi lebih beralkali.
Vagina yang lebih beralkali membuatkan sperma pembawa kromosom Y lebih tahan lama malah lebih kuat untuk berenang ke sel telur!
Caranya adalah dengan membilas bahagian sulit dengan campuran air dan baking soda sebelum bersama suami. Selain itu, makan makanan yang tinggi potasium seperti pisang, dan paling penting berhubungan seksual pada hari subur anda!
Semoga maklumat ini bermanfaat, selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.