Tips MENGANDUNG CEPAT Lepas Haid, Check Warna Keputihan, Kalau Jernih Anda Tengah Subur!

undefined

Jangan stres ya, rezeki memiliki zuriat tidak sama. Apa yang penting usaha anda. Kami kongsikan tips mengandung cepat lepas period untuk anda cuba.

Nak raya ni ada satu perkara yang jadi kerisauan wanita. Soalan bila nak mengandung akan jadi soalan popular bila jumpa sanak saudara nanti. Walaupun pandemik, pasti ada juga kunjung mengunjung dalam daerah yang sama kan? Kali ini, kami kongsikan tips mengandung cepat.

Tidak semestinya anda amalkan sekarang, raya ni terus mengandung kan? Cuma sekurang-kurangnya anda sudah cuba yang terbaik untuk mendapatkan zuriat.

Apa yang penting, perkara paling selalu diingatkan kepada mereka yang sedang cuba untuk mengandung adalah cuba sehabis baik untuk menjauhi stres kerana ia adalah salah satu penghalang paling besar anda untuk mendapatkan zuriat.

Bila stres, apa saja yang anda buat pasti tak kena. 

Mengandung cepat selepas period dengan cara ini

Mengandung cepat

Kredit: womenriver

Jangan jadikan perkara kehamilan sebagai sekadar penutup mulut kepada orang yang sering bertanya. Lebih teruk lagi, dijadikan perlumbaan; lagi cepat hamil selepas kahwin lebih bagus.

#1. Catat tarikh menstruasi

Perkara yang amat penting yang perlu dilakukan setiap wanita. Selain memudahkan pengiraan jumlah kitaran hari haid, jangkaan haid seterusnya boleh dianggarkan. 

Apabila telah berkahwin, jumlah kitaran hari haid boleh dijadikan anggaran kepada tarikh subur. Malahan tempoh yang tepat amat membantu untuk mengesan sekiranya terdapat penyakit lain dalam tubuh anda.

Wanita yang memiliki kitaran normal haid sekitar dari 28 hingga 30 hari, memiliki hari kesuburan pada hari ke-11 hingga hari ke -21 yang dikira dari hari pertama setelah ‘period’.

Peluang meninggikan kebarangkalian jenis jantina anak juga bergantung rapat dengan kitaran menstruasi anda. Oleh itu, sila mulakan mencatat segera! Terdapat banyak aplikasi telefon pencatat kitaran haid dan penganggar hari subur untuk anda manfaatkan.

#2. Makan pil asid folik

Mengandung cepat

Ini antara salah satu tips cepat hamil yang sangat penting. Antara fungsi utama asid folik adalah untuk membantu pembentukan sel darah merah, menggalakkan pertumbuhan segera sel dan untuk pembentukan otak janin. Dos yang ditetapkan untuk diambil sebelum mengandung adalah kira-kira 400mg dan ketika mengandung, ia boleh naik hingga 600 hingga 800mg.

Menyediakan badan dengan asid folik, sebulan sebelum mengandung dikatakan dapat mengurangkan penyakit spina bifida sebanyak 70%. Spina bifida adalah penyakit tulang belakang dan saraf yang boleh mengakibatkan lumpuh bahagian bawah badan dan kadangkala sekurangnya hanya merencatkan proses pembelajaran.

#3. Posisi seks

Tips cepat hamil yang ramai ambil tidak kisah ialah tentang teknik. Teknik dan posisi hubungan mestilah dipelajari dan diterokai oleh kedua-dua pihak, kerana kerjasama itu penting! Jika masih tidak memiliki anak, sekurang-kurangnya anda masih memiliki pasangan yang mencintai anda. Hargai segala nikmat selagi ia masih ada.

Posisi hubungan badan yang baik juga boleh membantu pergerakan sperma ke arah telur wanita. Selain itu,kajian membuktikan bilangan sperma seorang lelaki adalah lebih banyak pada waktu pagi, namun anda masih disarankan untuk mengadakan hubungan badan pada waktu malam supaya anda kekal dalam posisi baring selama yang mungkin.

#4. Peranan suami sangat penting

Seluar dalam yang terlalu ketat dan suhu yang panas dari suhu badan boleh merenjat penghasilan sperma. Amalan meletakkan laptop di pangkuan juga boleh menyebabkan radiasi haba kepada kulit dan tubuh.

Ia dikhuatiri boleh menghalang usaha anda memiliki anak secepat mungkin. Seluar pilihan kekanda haruslah bersifat longgar dan berkain lembut demi keselesaan. Anda boleh menghadiahkan beberapa helai boxer iaitu seluar dalam berbentuk pendek kepada suami.

Semakin kerap lelaki normal melakukan ejakulasi saban hari, semakin kurang bilangan sperma di dalam air mani mereka. Mereka sebaiknya menunggu sehingga hari subur anda hampir tiba demi menghasilkan air mani dengan kepekatan yang tinggi.

#5. Kenali mukus vagina, keputihan

Mengandung cepat

Kredit: sehatq

Cairan vagina yang keluar perlulah anda kenali jenisnya supaya anda dapat kenali bila telur anda akan diovulasikan. Jenisnya terdiri daripada empat iaitu, yang pertama bersifat kering, kedua, sedikit lembap dan berwarna keruh, diikuti cairan jenis ketiga; pekat dan putih dan terakhir sekali, jernih dan melekit seperti putih telur.

Cairan jenis pertama adalah sangat kurang subur dan cairan yang keempat adalah ketika anda sangat subur. Cara mendapatkan cairan mukus adalah dengan menggunakan tisu kering dan merasai kepekatannya menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.

Semoga tips cepat mengandung ini dapat membantu anda yang sedang cuba dapatkan zuriat. Jangan lupa banyak berdoa ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pantangplus

Baca juga: 6 makanan sunnah untuk ibu mengandung serta khasiatnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!