Mengandung Selepas Gugur Akan Menjadikan Kandungan Lebih Kuat: Kajian

Mengandung selepas gugur akan menjadikan kandungan lebih kuat menurut kajian, adakah benar? Berapa lama pula masa yang diambil untuk selamat hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu kumpulan pengkaji dari University of Aberdeen, UK  mendapati wanita lebih cenderung untuk mendapatkan kehamilan yang berjaya jika mereka hamil dalam tempoh enam bulan selepas keguguran. Nampaknya, mengandung selepas gugur bakal membawa berita baik kepada anda suami isteri!

Ramai wanita tertanya-tanya, bila waktu subur dan waktu tepat untuk mengandung selepas gugur? Di sini ada jawapannya!

Nasihat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) adalah wanita perlu menunggu selama enam bulan selepas keguguran sebelum cuba untuk hamil sekali lagi.

Tetapi, kajian ini mendapati jika anda hamil dalam tempoh enam bulan selepas keguguran, anda akan berisiko lebih tinggi untuk keguguran atau kelahiran pramatang!

“Bertentangan dengan garis panduan WHO, mencadangkan sekurang-kurangnya enam bulan selepas keguguran, analisis kami menunjukkan kurang daripada enam bulan adalah yang terbaik,” Dr. Sohinee Bhattacharya berkata kepada The Telegraph.

Battacharya mengatakan pasangan tidak perlu melambatkan kehamilan atas nasihat perubatan, tetapi harus cuba untuk hamil lagi “sebaik sahaja mereka rasa bersedia dari segi mental dan fizikal”, dia memberitahu BBC.

Mengapa mengandung selepas gugur lebih berjaya?

Para pengkaji masih belum mendapatkan jawapan yang jelas mengapa kehamilan selepas keguguran lebih berjaya, tetapi Bhattacharya memberikan beberapa pandangan:

“Salah satu penjelasannya adalah seseorang yang baru sahaja mengalami keguguran mungkin telah menjaga kesihatan diri mereka dengan lebih baik, lebih bermotivasi dan mungkin juga lebih subur. Tetapi, itu hanya spekulasi pada ketika ini.”

Pasangan boleh mencuba lagi apabila mereka rasa bersedia untuk berbuat demikian

“Kajian ini adalah amat penting,” Ruth Bender Atik, pengarah kebangsaan Persatuan Keguguran memberitahu BBC.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Punca & Tanda Keguguran Yang Anda Perlu Tahu

“Ia menggalakkan pasangan yang ingin mencuba untuk hamil selepas keguguran, dan juga meyakinkan pasangan yang bimbang bahawa mereka mungkin mengandung terlalu awal selepas keguguran sebelumnya. Paling penting, ia mengesahkan bahawa pasangan boleh memilih untuk mencuba lagi apabila mereka rasa bersedia untuk berbuat demikian. “

Kajian ini menunjukkan bahawa cubaan untuk hamil tidak lama selepas keguguran adalah selamat.

Tetapi, Janine Elson daripada Royal College of Obstetricians menggesa pasangan untuk berbuat demikian hanya apabila kedua-dua mereka berasa bersedia dari segi fizikal dan emosi.

“Kaunseling perlu ditawarkan untuk membantu menguruskan tekanan psikologi,” kata Elson.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Wanita perlu memastikan bahawa kesakitan dan pendarahan mereka telah berhenti dan mereka telah mengambil asid folik sebelum meneruskan aktiviti seksual.”

Berat badan yang seimbang

Di sini ditegaskan, selain faktor pemakanan dan pengambilan supplemen, amalan gaya hidup bakal ibu dan juga berat badan mempengaruhi kesihatan janin. Sekiranya bakal ibu kekurangan berat badan atau mempunyai berat badan berlebihan, ibu mengandung dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk rujukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berat badan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kesihatan janin terjejas kerana hormon yang tidak seimbang. Jika bakal ibu di sini peminat kopi, anda mestilah kurangkan pengambilan kopi atau elakkan pengambilan kopi kerana risiko untuk janin gugur adalah tinggi jika meminum kopi.

Faktor-faktor lain seperti pendedahan kepada racun perosak, logam berat dan juga bahan pelarut adalah penyebab lain yang boleh mengakibatkan keguguran.

Mengamalkan senaman

Ibu yang sedang pernah mengalami keguguran haruslah tidur dalam bilik yang gelap kerana tidur dalam bilik yang terang boleh menjejaskan pembentukan hormon yang diperlukan untuk ibu hamil, iaitu hormon melatonin dan juga hormon progesteron.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elakkan stress, dan cuba mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga gaya hidup yang sihat, kerana emosi ibu yang hamil akan mempengaruhi kesihatan janin.

Sememangnya proses kehamilan amat stress, dan ibu hamil mestilah amalkan pemakanan yang seimbang serta gaya hidup sihat, untuk menjamin kehidupan yang terurus.

Untuk elakkan stress, ibu hamil boleh mengamalkan senaman ringan seperti berjalan di taman untuk mengurangkan stress.

Ibu harus pasrah dan redha

Jika ibu hamil telah mengalami keguguran, ia sememangnya tekanan buat mereka untuk menghadapi kehilangan anak tercinta. Sememangnya, ibu yang pernah mengalami keguguran haruslah mendapat sokongan daripada suami, keluarga, dan juga kawan untuk meneruskan hidup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda bersedih terlalu lama akan menjadi tidak normal jika dibiarkan berlarutan sepanjang masa. Si ibu haruslah pasrah dan redha kerana ia adalah sebahagian daripada ujian yang telah ditetapkan tuhan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia