Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Anak kecil haruslah di didik dengan sabar kerana mereka adalah amanah dari Tuhan.
Ya, kadangkala, ragamnya sudah pasti boleh membuatkan ibu bapa hilang sabar.
Jika pada usia 4-5 tahun anak masih meragam, ibu bapa haruslah faham kerana mereka berada dalam proses belajar.
Mereka perlukan lebih masa untuk mula berkelakuan elok. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah bertenang.
Tegas tidak semestinya menjerit dan melepaskan geram kepadanya. Katakan kepadanya dengan lembut yang anda tidak suka mereka berperangai begitu.
1. Tidak perlu menjerit
Ajarlah anak dengan lemah lembut tetapi tegas. Jika anak menjerit mahukan sesuatu, ambil tangan dan letak pada bibirnya.
Jika anak suka menjerit, bawanya ke taman permainan supaya mereka boleh menjerit sesuka hati.
Kalau mereka menendang dan menjerit kerana hendak membeli mainan, suruh mereka berjanji supaya tidak berkelakuan buruk sebelum memasuki kedai mainan.
Biar mereka faham yang “Kita tidak plan untuk beli mainan di kedai ini, dan kita hanya ke sini untuk beli barangan lain atau melihat-lihat sahaja.”
2. Cuba bertegas dengan anak
Tidak bermaksud tidak. Tiada kompromi untuk mereka. Mereka akan cuba mengerti peraturan yang ibu bapa telah tetapkan.
Jika anak kecil makan bersepah, cuba letakkanya di kerusi bayi untuk mengajarnya makan setempat.
Kerusi bayi juga berguna jika anak kuat menendang. Tepuk lembut kakinya dan ajar mereka untuk bercakap dengan baik jika mahukan sesuatu.
3. Jika mahu memujuk anak untuk pergi ke bilik air
Tanyakan kepadanya samada dia mahu ke tidak. Jika anak anda mahu, kotakan janji anda dan temannya ke bilik air.
Selain daripada berkeras, lakukan sesuatu yang menarik di bilik air seperti bermain buih sabun, tetapi dengan pengawasan yang rapi daripada anda dan penjaga.
Mereka pasti menyukainya!
4. Ajar mereka untuk membuat keputusan
Jika anak anda diajar untuk membuat keputusan, anda sudah mendidik mereka untuk menjadi seseorang yang tahu akan keinginannya sendiri dan anak anda tahu yang ibu bapanya menghormati perasaan dan keputusannya.
Ketahuilah, ragam anak anda akan mula berkurang dalam usia 4 sehingga memasuki sekolah rendah.
Pada usia ini, anak anda aan lebih mudah untuk dibimbing dan dikawal. Ingat tu, kesabaran merupakan kunci utama dalam mendidik anak-anak!
Rencana dipetik dari Mama Peduli