Mengapa Anda Patut Risau Jika Anak Anda Kurang Bermain?

Bermain ada banyak manfaatnya buat anak-anak kita. Kita bukan bercakap tentang sekadar perkembangan pelajaran mereka, bahkan perkembangan EQ, kognitif, pemikiran logik dan kreativiti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat banyak kajian telah membuktikan bahawa bermain itu penting untuk tumbesaran anak-anak.

Kita bukan bercakap tentang sekadar perkembangan pelajaran mereka tetapi perkembangan EQ, kognitif, pemikiran logik dan kreativiti.

Malah dengan bermain, kanak-kanak dapat mengukuhkan lagi skill berkomunikasi mereka.

Walaubagaimanapun, terdapat statistik yang menunjukkan kanak-kanak sekarang kurang bermain! Dan ibu bapa harus risau tentang perubahan ini.

6 faktor kanak-kanak zaman sekarang kurang bermain

Menurut laporan dari Genius of Play yang bertajuk The State of Play in America, berikut merupakan enam faktor kurangnya kanak-kanak bermain di Amerika (saya pasti kita boleh kaitkan dengan anak-anak kita di Malaysia):

  1. Jadual yang terlalu padat dan berstruktur.
  2. Terlalu banyak aktiviti kokurikulum tambahan.
  3. Waktu skrin yang berlebihan.
  4. Kurangnya masa rehat di sekolah.
  5. Budaya ibu bapa yang sering bersaing.
  6. Sokongan ibu bapa terhadap aktiviti bermain.

Walaubagaimanapun, kita masih dapat melihat anak-anak bermain semasa ibu bapa mereka sedang sibuk dengan perkara lain.

Contohnya bermain di koridor hospital semasa menunggu giliran berjumpa doktor, di bilik menunggu sementara ibu bapa sibuk dengan kerja, atau semasa menunggu tibanya waktu aktiviti seterusnya bermula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka masih bermain, akan tetapi, mereka tidak dapat waktu bermain yang berkualiti. Waktu bersama kawan-kawan dengan penuh interaksi.

Seperti masa anda kecil-kecil, selepas pulang dari sekolah bermain bersama-sama kawan-kawan berjam-jam lamanya.  

Waktu bermain inilah yang membantu mereka mengembangkan lagi skill kognitif, komunikasi dan sosio-emosional.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya bermain kejar-kejar boleh membuatkan mereka berkomunikasi bersama kumpulan, malah ada yang menjadi ketua dan ada sesi menerima arahan. Ini semua sebenarnya membantu perkembangan mereka.

Apa yang boleh anda lakukan sebagai ibu bapa untuk membantu mereka? 

  1. Biarkan jadual mereka kosong dan tidak terlalu berstruktur. Beri mereka peluang untuk rasa bosan.
  2. Berikan mereka permainan yang tidak kompleks supaya mereka ada ruang untuk menjadi kreatif dan berfikir.
  3. Ikut anak anda bermain dan berikan mereka peluang berkomunikasi cara mereka sendiri.
  4. Bermain di luar.
  5. Tetapkan had terhadap waktu skrin.
  6. Biarkan anak cuba menyelesaikan masalah sendiri atau mencari idea sendiri.

Berikan anak-anak peluang menguruskan masa mereka juga. Mereka perlu bermain dengan bebas untuk belajar, meneroka dan lebih berdikari.

Kurangkan aktiviti tambahan yang boleh membebankan mereka dan beri mereka masa terluang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
Ibu bapa tidak semestinya harus sentiasa bermain bersama anak-anak. Mereka juga boleh memerhati dari jauh dan lihat sendiri bagaimana anak-anak menjadi kreatif dengan masa bermain mereka.
 
Ia sesuatu yang mereka tidak dapat dari belajar di dalam kelas-kelas.
 
Inilah yang dimaksudkan dengan ‘less is more’. Tidak semestinya terlalu banyak itu bagus. Anda boleh cuba dan lihat sendiri perubahan yang akan di alami mereka! 🙂
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma