Mandi malam atau mandi pada waktu pagi… yang mana penting? Adakah sains dapat menerangkan mana yang penting? Ha… jangan terkejut ya. Kini, sains sendiri sudah membuktikan kepentingan mandi malam.
Tiada lagi mitos-mitos yang mungkin akan tersebar tentang keburukan mandi malam selepas ini, ya?
Kepentingan mandi malam menurut sains
Menurut ahli dermatologi New York Dr, Samer Jaber, membasuh badan dan muka pada waktu malam adalah penting untuk kesihatan kulit anda. Jika anda keluar sehari suntuk bekerja dan berpeluh, anda semestinya perlu mandi sebelum masuk tidur.
Kajian dari Universiti Harvard juga menunjukkan yang mandi pada waktu malam boleh membantu anda untuk tidur. Menukar ritual mandi kepada waktu malam boleh membantu anda yang sukar tidur dengan menurunkan tahap kortisol, hormon stress di dalam sistem badan.
Ia juga menstabilkan suhu badan dan memudahkan anda untuk melelapkan mata.
Christopher Winter, MD dia Akademi Ubat Tidur Amerika menerangkan, “Kesejukan selepas anda mandi merupakan suntikan tidur semula jadi. Ia cara yang terbaik untuk menipu badan anda yang sudah sampai masa untuk tidur.”