7 Sebab Mengapa Anda Perlu Peluk Anak Ketika Mereka Mengamuk

Risau anak akan jadi manja jika anda sering memeluknya ketika mereka marah tanpa sebab? Anda sebenarnya salah! Pelukan amat penting untuk kanak-kanak kerana...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buntu betul bila terpaksa menghadap situasi anak mengamuk, marah dan buat perangai tanpa sebab. Semua cara telah dicuba untuk menenangkan mereka.

Sekejap merajuk, sekejap marah-marah, sekejap inginkan perhatian. Kalau sudah besar, mereka bijak “menghempas pintu” untuk tunjuk pada kita yang mereka “marah”.

Boleh mencabar kesabaran nak melayan kerenah mereka ini!

Pergi peluknya mungkin perkara terakhir saya akan lakukan! Tapi, rupanya saya salah. Pelukan mampu memberi kesan yang mendalam pada tumbesaran kanak-kanak.

Sebab itu ibu bapa digalakkan untuk memeluk anak, walaupun ketika mereka marah dan mengamuk. Nasihat ini dikongsikan bekas guru tadika, Kate Pickle dalam laman webnya.

Jadi mengapa pelukan itu penting? Berikut adalah sebabnya:

1. Mereka belajar dengan lebih baik melalui kasih sayang, bukan dari hukuman

Anda mungkin fikir dengan marah dan memukul, mereka akan lebih mendengar kata. Tapi anda salah! Kanak-kanak akan lebih mudah faham jika ia ditunjukkan dengan kasih sayang.

Kajian membuktikan kanak-kanak dengan ibu bapa yang sering memberi kasih sayang juga lebih bijak dan memiliki otak yang lebih besar, berbanding kanak-kanak dengan ibu bapa yang sering menghukum.

Jadi, dengan pelukan anda — mereka mungkin akan lebih terbuka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Mereka mungkin mengamuk kerana ingin bantuan

Kadang-kala, mereka tak dapat meluahkan perasan sebenar yang mereka rasa dengan cara yang lebih sesuai. Atau mereka terganggu dan tertekan.

Jika anda berhenti marah dan memeluk mereka, mungkin mereka akan terbuka untuk bercakap tentang hal sebenar. Anda pun tak lagi bimbang!

3. Mereka juga menghukum diri sendiri dan anggap anda tak akan maafkan mereka

Kanak-kanak akan terbuka untuk menghukum diri sendiri jika mereka melakukan kesalahan. Mereka mudah merasa diri tidak disayangi kerana mereka telah melakukan kesalahan. Sebab itu mereka akan “buat perangai”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan, jika anda membalas perbuatan mereka dengan kemarahan, mereka akan lebih tertekan! Sebab itu anda perlu menenangkan mereka.

Dengan pelukan, mereka akan mengerti buat kesalahan bukan bermaksud mereka jahat dan tak disayangi.

4. Satu cara terbaik untuk membina hubungan rapat dengan anak-anak

Anda mungkin sibuk seharian di tempat kerja. Atau anak anda jarang bercakap apatah lagi bersembang secara terbuka dengan anda. Hubungan kalian makin renggang. Percayalah… pelukan adalah langkah terbaik untuk membina hubungan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Pelukan bermaksud sayang

Orang dewasa boleh mengeksprasikan sayang dalam pelbagai cara. Tapi bukan kanak-kanak.

Jika anda sering memeluk mereka, walaupun ketika mereka buat kesalahan dan merajuk, mereka akan faham maksud “anda menyayangi mereka”. Dan mereka tidak akan teragak-agak untuk membalas kasih sayang itu. Hal ini kerana peluk bermaksud sayang bagi mereka.

Jika anda terlepas marah, segera minta maaf dan beri pelukan. Mereka akan faham anda tidak sengaja.

6. Pelukan memberi kegembiran

Sentukan fizikal boleh mengeluarkan hormon tertentu dalam otak yang menggalakkan kegembiraan dan merendahkan tekanan.

7. Kerana rasa sayang kita pada anak-anak tidak terbatas

Ini sebab yang paling penting. Walaupun kita tak suka dengan perangai mereka, tapi kita sayang mereka sepenuhnya. Tiada kasih sayang yang melebihi kasih sayang ibu bapa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ibu bapa semua, usah risau anak anda akan jadi manja hanya kerana anda peluk mereka yang tengah marah. Anggapan itu salah! Malah, pelukan mampu merapatkan hubungan dan menunjukkan kasih sayang sebenar pada anak-anak.

Jom peluk anak anda sekarang! Mereka hanya inginkan kasih sayang anda.

Sumber rujukan: Picklebums.com dan Medical Daily

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris