Ramai pasangan mendapati yang ianya agak mudah untuk hamil pertama kali, tetapi terpaksa “berjuang” ketika cuba untuk hamil anak kedua.
Malah, kebanyakan pasangan yang mendapatkan rawatan di klinik kesuburan adalah pasangan yang sudah pun menjadi ibu bapa.
Sebenarnya, ia adalah perkara yang agak kerap terjadi, dan ia dipanggil “ketidaksuburan tahap kedua“, atau secondary infertility.
Selalunya, pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil kali kedua akan tertanya-tanya.
Contohnya, bagaimana ini boleh berlaku? Apa yang boleh dilakukan untuk hamil lagi?
Untuk menjawab persoalan ini dan hal-hal lain tentang kemandulan sekunder, pakar kesuburan Dr. Roland Chieng, Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Virtus Singapura, ada berkongsi kepakarannya.
Dr. Roland telah banyak membantu pasangan yang ingin hamil. Kepakarannya termasuklah isu ketidaksuburan lelaki, mikrosurgery pembiakan, pemeliharaan kesuburan, obstetrik dan ginekologi.
Bagaimana kemandulan sekunder berbeza daripada cuba untuk hamil pada kali pertama?
Walaupun ia adalah sesuatu yang sukar untuk difahami, sesetengah wanita akan mengalami masalah ketidaksuburan selepas anak mereka dilahirkan!
Boleh dikatakan, menurut Chieng, keadaan kesihatan yang tidak dialami oleh seseorang wanita ketika dia mula-mula mengandung dapat mempengaruhi kemampuannya untuk hamil lagi.
Bagaimana kemandulan kedua berlaku?
Kemandulan tahap kedua boleh berlaku apabila sesuatu pasangan itu mencuba untuk hamil bayi kedua, tetapi tidak berjaya selepas setahun (atau lebih!).
Keguguran beberapa kali, kegagalan untuk hamil atau gagal menjaga kehamilan sehingga bersalin adalah antara kesulitan yang sering dihadapi oleh pasangan yang mengalami masalah ini.
Ia boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Peningkatan usia, kerana potensi kesuburan wanita akan turun dengan usia yang semakin meningkat dan mengurangkan peluangnya untuk hamil.
- Peningkatan berat badan yang menjejaskan ovulasi dan kehamilan
- Hubungan seks yang kurang atau jarang, apabila kesuburan sudah rendah
Bilakah anda patut mendapatkan bantuan perubatan?
Pemeriksaan dan rawatan boleh dibuat jika anda merasakan anda menghadapi masalah seperti haid yang jarang, jangkitan pelvik (lebih-lebih lagi jika anda pernah mengalaminya sebelum ini) atau operasi pelvik.
Dalam kes pihak suami pula, mungkin dia mengalami masalah sperma berkualiti rendah atau tahap hormon seks lelaki yang rendah.
Adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada doktor jika anda telah mencuba:
- Untuk satu tahun dan anda berumur kurang dari 35 tahun
- Selama enam bulan dan anda berusia lebih dari 35 tahun
Faktor gaya hidup yang menyumbang kepada kemandulan sekunder:
Gaya hidup setiap pasangan akan berubah setelah mempunyai anak. Hubungan seks mungkin kurang berbanding sebelum ini.
Ini memudaratkan lagi keadaan kesuburan yang sudah sedia rendah. Sebelum ini, untuk kehamilan pertama, masalah ini mungkin telah diatasi dengan persetubuhan yang kerap.
Sesetengah wanita juga cenderung mempunyai berat badan yang lebih tinggi selepas bayi pertama mereka.
Sekiranya berat badan seorang wanita berlebihan, kesuburan hormon mereka akan terjejas.
Peningkatan umur kemungkinan menjadi penghalang
Wanita harus sedar akan kesan umur ke atas kesuburan.
Kebanyakan doktor menasihatkan wanita untuk mencuba anak kedua secepat mungkin, terutamanya jika telah berusia 35 tahun atau lebih tua.
Faktor umur juga memberi kesan terhadap kualiti sperma lelaki juga. Anda haruslah berjumpa dengan doktor sekiranya terdapat kesukaran.
Faktor penting yang perlu dipertimbangkan ialah kekerapan seksual.
Secara amnya, kekerapan seksual akan menurun apabila usia perempuan meningkat dan terutamanya jika pasangan itu mempunyai anak lain.
Oleh itu, kebanyakan doktor menasihatkan pasangan untuk melakukan hubungan seks lebih kerap apabila mencuba untuk anak kedua.
Mengekalkan berat badan yang sihat melalui diet yang sihat dan senaman adalah amat penting untuk mengoptimumkan peluang untuk hamil.
Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Singapore.
Baca juga:
10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Setiap Bakal Ibu Perlu Ambik Serius