Mengapa ibu bapa dan guru selalu bertelagah berkenaan dengan hal anak di sekolah

Seringkali, kita dengar berita tentang perselisihan faham antara ibu bapa dan guru guru. Ibu bapa berharapan tinggi dengan guru guru, dan guru guru pula, tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak pernah libatkan diri dengan aktiviti anak

Kebanyakan ibu bapa payah untuk libatkan diri dengan aktiviti sekolah anak-anak. Alasan yang hanya diberikan ialah sibuk dengan kerja di pejabat sehingga tidak dapat luangkan masa dengan anak.

Tanggungjawab mendidik anak-anak bukan terletak di bahu guru seorang, tetapi juga dibahu ibu bapa. Ibu bapa haruslah memberi sokongan moral terhadap anak-anak jika mereka berjaya melaakukan yang terbaik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Dengan cara ini, anak-anak lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik di masa akan datang. Jangan terlalu mengharapkan guru dalam soal mendidik anak-anak.

Jangan berkira pasal duit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa harus faham, sesetengah sekolah tidak cukup peruntukkan dan belanjawan tahunan. Yuran sekolah, belanjawan PIBG, sukaneka, menghias sekolah dan sebagainya memerlukan sokongan kewangan daripada Ibu bapa.

Dengan itu haruslah bekerjasama dalam memastikan kebajikan anak-anak dan sekolah terjaga,bukan sahaja menyumbang wang ihsan PIBG jika tidak dapat hadir mesyuarat. Perlu diingatkan bahawa kos untuk sekolah di bandar besar berbanding sekolah di kampung mahupun pinggir bandar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sila ambil tahu hal kebajikan sekolah anak-anak

Ibu bapa harus faham, kadangkala kebajikan di sekolah tidak terjaga kerana karenah birokrasi PPD(Pejabat Pelajaran Daerah). Ibu bapa begitu senang menuding jari terhadap kerajaan (am) dan sekolah (khususnya).

Seringkali, kemudahan di sekolah tidak terjaga kerana masalah birokrasi di PPD. Untuk membaik pulih fasiliti sekolah, pihak sekolah perlu menunggu kelulusan PPD untuk mendapatkan peruntukan daripda Jabatan pelajaran negeri. Apatah lagi untuk mencantikkan sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, peranan PIBG amat besar dalam menjaga kebajikan sekolah dan pelajar. Jika peruntukan sekolah lambat, selain menyumbang di dalm derma PIBG, silalah hadir dan sebulat suara mendesak PPD agar meluluskan peruntukan. Sekolah selesa, guru bahagia bekerja, anak-anak pun seronok menuntut ilmu.

Penulis

Michelle Goh