Mengapa Ibu Bapa Perlu Vaksin Anak Sejak Kecil Lagi?

Tak dinafikan yang ramai ibu ayah tertanya sebab perlu vaksin anak. Kalau nak tahu jawapannya, ini dia sebabnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu persoalan yang mungkin timbul dalam minda ibu bapa baru ialah, “Mengapa kita perlu vaksin anak-anak sejak kecil?” (Selain sejuta soalan lain yang kita fikirkan sebagai ibu bapa baru…)

Jadi jika soalan ini pernah terlintas dalam fikiran, ini pastinya kerana naluri keibubapaan anda terdetik dan anda ingin melindungi anak-anak daripada semua ancaman dan bahaya. Ini termasuk ancaman yang timbul kerana penyakit dan masalah kesihatan.

Jika anda tertanya-tanya mengapa kita perlu memberi vaksin pada anak-anak daripada usia muda, artikel ini boleh menjawab pelbagai persoalan anda.

Mengapa pentingnya vaksin anak-anak sejak kecil lagi?

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Vaksin amat penting kerana bayi mempunyai sistem imun yang lemah. Oleh itu, dengan memberi vaksin kepada anak-anak mengikut jadual program imunisasi, anda dapat melindungi bayi anda daripada penyakit-penyakit yang boleh membawa maut1. Contohnya:

  • Tuberkulosis (TB atau batuk kering) – Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan serius seperti meningitis dan merebak kepada organ lain2.
  • Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat3.
  • Pertusis (batuk kokol) – Boleh menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak4.
  • Tetanus – Keracunan bakteria yang boleh menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang5.
  • Haemophilus influenza jenis B (Hib) – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan neuritis (meningitis)6.
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada hati dan meningkatkan risiko individu mendapat kanser hati pada masa hadapan6.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan kelumpuhan malah kematian6.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah, jangkitan pada otak (ensefalitis) and paru-paru (pneumonia)7.
  • Beguk – Virus ini boleh menyebabkan meningitis viral dan inflamasi testis (orkitis)8.
  • Rubella – Virus ini boleh menyebabkan demam, ruam, loya dan konjunkivitis ringgan9
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit teruk seperti meningitis atau jangkitan yang lebih ringan seperti sinusitis atau jangkitan telinga6.
  • Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk dan dehidrasi6.
  • Human Papillomavirus (HPV) – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat pada alat kelamin6.
  • Varicella (Cacar air) – Virus ini boleh menyebabkan ruam lepuh berisi cecair dan demam, virus ini juga boleh menyebabkan kayap (shingles) kepada orang dewasa jika virus aktif semula10.
  • Influenza – Virus ini boleh menyebabkan wabak penyakit selsema atau musim selesema11.
  • Meningococcal – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan maut lapisan otak, saraf tunjang (meningitis) dan aliran darah12
  • Hepatitis A – Virus ini boleh menyebabkan  jangkitan jangka pendek pada hati13.

Memahami Jenis-Jenis Vaksin Ada Yang Berbeza14

Jika anda masih keliru tentang vaksin dan bagaimana ia melindungi anak-anak anda, kami boleh jelaskan secara ringkas. Ini antara beberapa vaksin sedia ada dan fungsi-fungsinya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1: Vaksin hidup dilemahkan

Vaksin hidup dibuat daripada bakteria atau virus yang lemah, tetapi masih boleh mencetus badan untuk mencipta tindak balas membina imun yang sama seperti jangkitan semula jadi14.

#2: Vaksin tidak aktif (Vaksin terbunuh)

Vaksin yang dibuat daripada bakteria atau virus pembawa penyakit yang dinyahaktif semasa proses membuat vaksin14.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3: Vaksin toksoid

Vaksin toksoid dibuat daripada toksin yang lemah, yang kemudiannya dipanggil toksoid. Badan kita akan mempelajari cara melawan toksin semula jadi selepas didedahkan kepada vaksin yang mengandungi toksoid14.

#4: Vaksin Subunit

Vaksin ini dibuat daripada bahagian tertentu virus atau bakteria, yang dipanggil subunit (anggap ia versi yang lebih kecil), menggunakan hanya antigen penting dan bukan keseluruhan kuman untuk melatih tubuh melawan jangkitan ini14.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5: Vaksin mRNA

Vaksin mRNA mengajar sel-sel kita cara menghasilkan protein. Ia mencetuskan tindak balas imun apabila tubuh kita menyedari bahawa protein ini tidak tergolong dalam badan dan oleh itu ia menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan15.

Jika Anda Tidak Vaksin Anak, Apakah Risiko-Risikonya?

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

#1: Anak berisiko dijangkiti penyakit berjangkit yang menyebabkan kematian16

Kanak-kanak yang tidak menerima imunisasi lengkap tepat pada masanya lebih berisiko terdedah kepada pelbagai penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin yang disenaraikan di atas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan pula, kanak-kanak juga mudah terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan lain yang mungkin timbul akibat dijangkiti penyakit berjangkit. Sebagai contoh, jika mereka dijangkiti campak, komplikasi seperti cirit-birit, radang paru-paru, atau ensefalitis juga muncul7.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat, kebanyakan anak-anak yang tidak divaksin lebih cenderung untuk dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan kematian17.

#2: Ahli keluarga lain juga boleh terdedah dengan penyakit16

Apabila anda mengambil langkah yang betul dalam melindungi keluarga, seperti memastikan rumah bersih, memakai topeng muka semasa sakit dan memastikan semua mematuhi jadual imuninasi, semua orang mendapat manfaat daripada langkah ini.

Walau bagaimanapun, apabila salah seorang ahli keluarga anda terdedah kepada penyakit, ini sekaligus meletakkan keluarga dalam risiko.

Kita menghabiskan sebahagian besar masa kita bersama orang yang tercinta namun pada masa yang sama, kita juga keluar dan terdedah kepada persekitaran luar yang mungkin penuh dengan virus dan bakteria. Kita juga membawa pulang virus tanpa disedari dan secara tidak langsung mendedahkan virus ini kepada ahli keluarga dan ini boleh membawa maut kepada anak yang belum divaksin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang dewasa juga boleh berjangkit dan mengalami gejala ringan dengan komplikasi yang meragut nyawa; sebagai contoh wanita hamil yang dijangkiti virus rubella berisiko tinggi untuk melahirkan anak dengan penyakit Congenital Rubella Syndrome (CRS) atau lebih tragis, jangkitan ini mengakibatkan kematian janin9.

#3: Anda juga mendedahkan komuniti anda pada risiko16

Komuniti termasuk rakan jagaan anak kecil anda, ataupun teman-teman yang sedang hamil mahupun ibu bapa anda yang sudah berusia. Komuniti juga termasuk teman-teman yoga kegemaran anda ataupun guru renang dan rakan-rakan sekelas anak anda. Ataupun mereka juruwang kegemaran anda di pasar raya berdekatan atau jiran yang berkongsi lif dengan anda.

Komuniti terdiri daripada orang yang kita berinteraksi setiap hari. Jadi jika anda membawa virus atau penyakit, ia boleh menyebabkan wabak komuniti jika semua orang tidak divaksin. Polio, yang tidak dikesan di Malaysia selama lebih 27 tahun, muncul kembali pada Disember 2019 kerana ada beberapa kanak-kanak yang tidak divaksinasi. Tetapi dengan kempen vaksinasi polio yang dilaksanakan, wabak itu dapat dibendung16. Hari ini, vaksin polio masih diberikan kepada kanak-kanak dan dimasukkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan19.

Seperti yang telah kita lihat sepanjang pandemik COVID-19, mengambil langkah drastik seperti sekatan pergerakan global, penjarakan sosial dan pemakaian topeng telah membantu mengekang penularan penyakit dalam kalangan komuniti20. Tetapi dengan pengenalan vaksin, kita dapat melihat kes menjadi kurang teruk. Walau bagaimanapun, memandangkan kebanyakan bayi dan anak-anak kecil masih tidak dapat menerima vaksin untuk penyakit tertentu itu, mereka masih terdedah21

Sama seperti kita tidak mahu jiran kita menularkan COVID-19 kepada anak-anak kita, kita juga tidak mahu anak-anak kita menjadi punca penyakit lain yang boleh dicegah dengan vaksin juga.

#4: Mencegah lebih barik daripada mengubati (dan ia juga mungkin lebih murah)16

Penyakit bukan sahaja memberi kesan langsung kepada individu dan keluarga mereka tetapi juga memberi kesan kewangan yang besar kepada masyarakat secara keseluruhan. Ia mungkin memerlukan pelan rawatan yang mahal dan memakan masa yang biasanya berlaku dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

Sebagai contoh, difteria memerlukan rawatan segera di hospital yang mempunyai kapasiti untuk merawat penyakit ini dan komplikasinya. Pesakit diletakkan di dalam bilik pengasingan dan memerlukan ubat khas16,22. Namun hospital kini berkapasiti penuh akibat COVID-19, jadi ini bukanlah risiko yang patut ibu bapa lakukan.

Jika kita memetik harga, memberikan anak vaksin berkemungkinan akan menelan belanja beberapa ribu Ringgit sepanjang hayat mereka (perlu mengambil kira vaksin yang disyorkan di klinik swasta, kos pengangkutan ke klinik dan mungkin beberapa kos perundingan), namun penginapan satu malam di hospital swasta pastinya lebih mahal.

#5: Kesan jangka panjang kualiti hidup anak dan keluarga16

Tahukah anda ada sesetengah penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebenarnya boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup? Sebagai contoh, dalam kes yang jarang berlaku, campak boleh mengakibatkan buta16,23.

Ibu dan ayah, anda mempunyai peluang untuk melindungi anak-anak daripada penurunan kualiti hidup. Jadi apa lagi yang anda boleh lakukan untuk melindungi anak-anak hari ini?

Perlindungan Lain Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Selain Memvaksin Anak-anak

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Selain mengajar anak-anak tabiat pemakanan dan aktiviti yang sihat, anda juga boleh mengajar mereka beberapa tabiat asas kesihatan dan keselamatan. Contohnya seperti:

  • Basuh tangan anda setiap kali anda menggunakan tandas, selepas menghembus hidung, dan sebelum anda makan.
  • Jangan berkongsi topi, sikat, berus gigi atau barangan peribadi lain dengan kanak-kanak lain.
  • Tutup mulut apabila batuk atau bersin.
  • Jangan sentuh air liur, darah, air kencing, najis atau cecair yang tidak diketahui.

Bila & Bagaimana Untuk Dapatkan Rawatan?

Ibu dan ayah, perkara pertama yang anda perlu lakukan sebaik sahaja anda hamil ialah memilih pakar pediatrik yang anda boleh percayai beberapa dekad akan datang. Ramai ibu bapa bergantung kepada pakar pediatrik mereka untuk menawarkan nasihat terbaik buat kesihatan anak-anak.

Biasanya, doktor ini akan mengenali anak anda dengan baik dan sudah mengenali sejarah perubatan dan kesihatan mereka. Digalakkan juga untuk kekal dengan doktor yang sama kerana mereka akan menyimpan rekod vaksinasi dan akan memberi nasihat untuk vaksinasi yang akan datang.

Jika anda tidak berjumpa pakar pediatrik baru-baru ini, kami mencadangkan untuk menetapkan temu janji untuk berbincang pelan perlindungan kesihatan anak secepat yang mungkin!

MY-ROT-00235 Aug/2022

Rujukan:

  1. PORTAL MyHEALTH. Immunisation: Facts And Myths. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/immunisation-facts-myths/.  Last Accessed 24 August 2022. 
  2. Mayo Clinic. Tuberculosis. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tuberculosis/symptoms-causes/syc-20351250. Last Accessed 20 August 2022. 
  3. Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897. Last Accessed 20 August 2022.
  4. National Health Services Inform. Whooping cough. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/whooping-cough. Last Accessed 24 August 2022.
  5. Mayo Clinic. Tetanus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tetanus/symptoms-causes/syc-20351625. Last Accessed 20 August 2022.  
  6. UNICEF. Vaccines and the diseases they prevent. Available From: https://www.unicef.org/parenting/health/vaccines-and-diseases-they-prevent. Last Accessed 24 August 2022.
  7. Mayo Clinic. Measles. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857. Last Accessed 20 August 2022.
  8. National Health Services. Mumps – Complications. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/mumps/complications/. Last Accessed 24 August 2022.
  9. World Health Organization. Rubella. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rubella. Last Accessed 20 August 2022.
  10. PORTAL MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/.   Last Accessed 20 August 2022.  
  11. Centers for Disease Control and Prevention. Types of Influenza Viruses. Available From https://www.cdc.gov/flu/about/viruses/types.htm. Last Accessed 21 August 2022. 
  12. Centers for Disease Control and Prevention. Meningococcal Disease. Available From: https://www.cdc.gov/meningococcal/index.html#:~:text=Meningococcal%20disease%20refers%20to%20any,cord%20(meningitis)%20and%20bloodstream.. Last Accessed 24 August 2022.
  13. Centers for Disease Control and Prevention. What is hepatitis A – FAQ. Available From: https://www.cdc.gov/hepatitis/hav/afaq.htm#overview. Last Accessed 22 August 2022.   
  14. Centers for Disease Control and Prevention. Understanding How Vaccines Work. Available From: https://www.cdc.gov/vaccines/hcp/conversations/understanding-vacc-work.html. Last Accessed 20 August 2022.
  15. Centers for Disease Control and Prevention. Understanding mRNA COVID-19 Vaccines. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/mrna.html. Last Accessed 01 June 2022.
  16. UNICEF Indonesia. 7 consequences and risks of not getting your child routinely vaccinated. Available From: https://www.unicef.org/indonesia/stories/7-consequences-and-risks-not-getting-your-child-routinely-vaccinated. Last Accessed 19 August 2022.
  17. Centers for Disease Control and Prevention. Common Questions About Vaccines. Available From: https://www.cdc.gov/vaccines/parents/FAQs.html. Last Accessed 24 August 2022.
  18. World Health Organization. Following a successful mass vaccination campaign, the polio outbreak ends in Malaysia. Available From: https://www.who.int/malaysia/news/detail/27-09-2021-following-a-successful-mass-vaccination-campaign-the-polio-outbreak-ends-in-malaysia. Last Accessed 20 August 2022.
  19. Immunise4Life. The Malaysian National Immunisation Programme (NIP). Available  From: https://immunise4life.my/the-malaysian-national-immunisation-programme-nip/. Last Accessed 19 August 2022.
  20. Talic S, Shah S, Wild H, Gasevic D, Maharaj A, Ademi Z, et al. Effectiveness of public health measures in reducing the incidence of covid-19, SARS-COV-2 transmission, and covid-19 mortality: Systematic review and meta-analysis. The BMJ. British Medical Journal Publishing Group. 2021;375. 
  21. World Health Organization. Interim statement on covid-19 vaccination for children. Available From: https://www.who.int/news/item/11-08-2022-interim-statement-on-covid-19-vaccination-for-children. Last Accessed 20 August 2022. 
  22. Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/diagnosis-treatment/drc-20351903. Last Accessed 20 August 2022. 
  23. World Health Organization. Measles. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/measles. Last Accessed 20 August  2022.