Mengapa video kanak-kanak berjaya memasang zip jaketnya ini sungguh bermakna

"Orang tidak tahu bertapa susahnya anak kami harus bekerja untuk mencapai kerja-kerja ini secara konsisten," tulis Farmer.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

8 Mac lalu, Mandy Farmer yang merupakan seorang ibu dan blogger telah memuat naik sebuah video anaknya yang berusia 6 tahun berjaya memasang zip jaketnya di Facebook. Kemudian, kapsyen video tersebut, dia menerangkan mengapa video ini memberi makna yang besar.

“Anda tahu bukan yang bagaimana kami keluarga austism tidak pernah mengambil kesempatan dengan apa-apa? Inilah maksud kami,” tulis beliau.

Beliau menceritakan yang skil motor halus anaknya ketinggalan berbanding kanak-kanak seusianya. Dia tidak dapat menulis atau melukis dan bergelut untuk menyudahkan kerja penjagaan diri seperti membuka pakej, memakai baju atau makan sendiri menggunakan garfu.

“Orang tidak tahu bertapa susahnya anak kami harus bekerja untuk mencapai kerja-kerja ini secara konsisten,” tulis Farmer. “Terdapat banyak ahli terapi yang boleh membantu tetapi tidak ramai yang mempunyai akses kepada ahli-ahli terapi itu.

“Dia telah mengikuti program ini selama sebulan dan sekarang  boleh memasang zip jaketnya sendiri, tetapi saya mahu anda sedar bertapa banyak usaha yang masih diperlukan.”

“Para pembuat polisi, sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat insurans yang enggan melabur ke dalam terapi-terapi ini sebenarnya telah menghadkan individu-individu menakjubkan ini dari menjadi diri mereka yang paling boleh berdikari,” tulis beliau lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

“Ia sungguh mengujakan untuk melihat dia mencapai semua pencapaian ini, walaupun ia dicapai pada masa yang berlainan dari rakan sebayanya.”

Foto ehsan From Motherhood by Mandy Farmer

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Farmer juga gembira kerana videonya telah meningkatkan kesedaran tentang sudut ini. “Saya berharap penguatkuasa akan melihat ini dan sedar apabila mereka memotong bantuan pendidikan, bantuan intervensi awal dan bantuan medikal, inilah orang-orang yang akan mereka lukai – mereka yang mempunyai potensi jika diberikan alat yang betul untuk mencapai potensi itu,” katanya.

“Saya harap syarikat-syarikat insurans melihat ini dan sedar yang apabila mereka menolak anak autistik atau anak yang mempunyai dyspraxia atau terapi cerebral palsy, inilah proses yang akan tergendala,” sambungnya.

“Saya harap ahli terapi dan pendidik istimewa akan melihat ia dan berbangga kerana berjaya membuat perubahan di dalam hidup individu autistik.

“Dan saya berharap kanak-kanak lain dengan keperluan istimewa akan terdorong dan tahu yang pencapaian akan tiba mengikut masa mereka dan dengan usaha keras, yang mustahil adalah tidak mustahil.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Foto ehsan From Motherhood by Mandy Farmer

Former kemudian mengakhiri postnya dengan memberitahu yang pencapaian ini ialah hasil dari memberi kanak-kanak keperluan istimewa peluang untuk mencapai potensi yang lebih tinggi.

Ikuti media sosial milik Former, “From Motherhood by Mandy Farmer,” untuk belajar lebih banyak tentang realiti membesarkan anak autism.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu, apa itu autism.

Autism

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Autism, atau gangguan spektrum autism, merujuk pada pelbagai jenis kategori keadaan seperti cabaran dengan kemahiran sosial, tingkah laku repetitif, percakapan dan komunikasi nonverbal, malah ada juga yang mempunyai keistimewaan dan kekuatan yang unik.

Kita tahu sekarang terdapat banyak jenis austim dan berpunca dari pelbagai kombinasi pengaruh genetik dan persekitaran.

Individu dengan autism tidak semestinya kelihatan berbeza, tetapi, mungkin akan kekurangan dari segi percakapan, kelakuan, pembelajaran dan cara mereka melihat dunia sekeliling mereka.

Terma spektrum yang digunakan untuk menunjukan variasi yang sangat luas dalam cabaran dan kekuatan setiap individu autism.

Austim akan menunjukkan tanda-tanda yang ketara sekitar usia dua dan tiga tahun. Di dalam beberapa kes, ia boleh didiagnos seawal 18 bulan. Sesetengah penangguhan pertumbuhan yang berkaitan dengan autism dapat dikenali dan dikesan lebih awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Menurut CDC Amerika Syarikat (Julai 2016), kelaziman gangguan spektrum autism ialah pada kadar 1 di dalam 68 kanak-kanak, 4.5 lebih biasa dikalangan lelaki, dan terjadi apa setiap bangsa, etnik dan kumpulan sosioekonomi.

Autism dapat dibantu dengan lebih banyak jika dapat dikesan lebih awal. Kita tidak boleh menidakkan hak mereka didunia kita. Mereka adalah manusia seperti kita cuma, lebih istimewa.

Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai autism atau mengenali mereka yang memerlukan bantuan seperti ini, hubungi organisasi bukan berkeuntungan, Early Autism Project.

Sumber: Autism Speaks, The Huffington post

Written by

Aqma