Setiap ibu bapa tentunya ada cara tersendiri dalam mengasuh anak anak mereka agar menjadi insan yang disegani bila dewasa kelak.
Kadang-kadang corak asuhan yang diajarkan oleh orang tua mungkin tidak secocok untuk diterapkan kepada anak-anak khususnya di zaman sekarang.
Jadi untuk membantu para ibu ayah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, berikut ini kami kongsikan pola asuhan yang betul mengikut peredaran zaman sekarang.
Pola mengasuh anak anak 2020
#1. Permissive parenting
Ibu bapa dengan pola asuhan ini dianggap sangat peka dengan perkembangan anak-anak namun ia kelihatan lebih tegas dalam mendidik anak supaya lebih berdisiplin.
Namun begitu, ibu boleh mengambil sisi positif dalam corak asuhan keibubapaan permissive ini dan menolak segala asuhan yang negatif.
#2. Attachment parenting
Ibu bapa yang membangun dengan hubungan emosional yang baik sering kali menggunakan corak keibubapaan ini. Malah, ibu juga tidak gemar menghukum anak jika melakukan sesuatu kesalahan.
Malah, anda boleh menggantikan hukuman itu dengan sesuatu yang lebih baik misalnya berbincang bersama mereka dan menjelaskan hal tersebut yang perlu diuruskan.
#3. Positive parenting
Sama dengan gaya keibubapaan attachment parenting, positive parenting juga lebih suka berbincang dengan anak untuk mendapatkan win win solution bagi kedua-dua belah pihak.
Apa yang membezakannya adalah positive parenting lebih suka memberikan saranan positif kemudian membiarkan anak memilih mana yang terbaik bagi dirinya.
Gaya keibubapaan ini sangat secocok untuk diterapkan pada anak-anak di masa kini.
#4. Narcistic parenting
Tanpa sedar ada ibu bapa yang cenderung dengan gaya narcistic. Di mana mereka mendorong hal positif pada anak namun ia dilakukan secara berlebihan.
Sedangkan jika berlebihan ia cenderung membuatkan karakter anak menjadi sombong dan belagak bagus.
Untuk seimbangkannya, ibu dan ayah harus mengingatkan mereka supaya belajar untuk merendah diri dan beramah mesra.
#5. Nurturant parenting
Untuk gaya keibubapaan yang satu ini, orang tua cenderung untuk membiarkan anaknya bereksplorasi namun tetap berada dalam pengawasan ibu bapanya.
Ini penting supaya dapat mengingatkan anak tentang pengetahuan mereka pada masa sekarang.
Dengan cara ini sekaligus dapat mengajar anak mereka rasa tanggungjawab tentang hal yang mereka ingin lakukan.
#6. Hypnos parenting
Hypnos parenting pada dasarnya bertujuan untuk memberikan nilai-nilai positif pada anak. Dengan dorongan tersebut dapat membimbing anak dengan baik tanpa wujudnya sebarang paksaan.
Penerapan gaya asuhan ini akan membuatkan mereka lebih terbuka untuk berkongsi apa saja dengan ibu.
Jadi ibu tak perlu lagi risau jika anda selalu menyorokkan rahsia mereka kerana kelak dia sendiri yang akan menceritakannya kepada anda. Jadi, tak perlu risau lagi!
#7. Dolphin parenting
Pola yang satu ini bermaksud mengarahkan anak untuk kebebasan, bertanggungjawab, mengembangkan potensi kreatif yang ada pada diri mereka dan membiarkan mereka bersosialisasi secara terbuka sehingga cenderung untuk mudah beradaptasi.
Inilah antara gaya asuhan yang sesuai untuk anak-anak di zaman sekarang. Apapun, jangan berikan tekanan dan paksaan kepada anak-anak kerana ia hanya mendatangkan masalah di kemudian hari.
Semoga kita menjadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak kita agar mereka dapat membesar dalam sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Pop Mama
Baca juga
https://my.theasianparent.comgaya-asuhan-ibu-bapa