Gara-Gara Kurang Tidur Jaga Bayi, Ibu Ini Terlanggar Pengasuh & Bayi Di Dalam Kereta Sorong

Sebagai ibu, jika anda kurang tidur, anda mungkin meletakkan nyawa anak anda dan orang lain dalam bahaya. Dapatkan tips bagaimana menangani situasi kurang tidur kerana menjaga bayi di dalam artikel kali ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Setiap ibu bapa baru pastinya akan mempunyai masalah kurang tidurt. Antara tanda kurang tidur adalah ibu-ibu sering nampak keletihan dan tidak bermaya malah mudah tertidur (micro sleep) walaupun sedang memandu. 

Ia memang agak normal, namun cukup membahayakan buat ibu-ibu yang sering ke sana ke sini. Malah ia boleh membahayakan orang sekeliling. Apa puncanya?

Ok, sekarang baby dah tidur. Bolehlah aku buat kerja-kerja rumah sikit”

Ana mula mengemas rumah yang sudah tiga minggu seperti tongkang pecah itu kerana dia terlalu sibuk menguruskan anak pertamanya yang baru lahir itu. Walaupun badannya terasa letih, dipaksa juga kaki tangannya mengemas dan membersihkan mana-mana yang patut di dalam rumahnya itu.

“Rumah dah kemas, bolehlah aku tidur sekejap sementara baby belum bangun tu”

Waaaaaaa! Baru sahaja Ana ingin melelapkan mata, anaknya pula bangun.

“Aduh, aku baru saja nak berehat…”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Kebanyakan wanita yang baru pertama kali menjadi ibu pasti pernah mengalami situasi seperti di atas. Atau mungkin lebih teruk daripada itu!

Tanda kurang tidur: jadi terlalu mengantuk, terlanggar pengasuh dan bayi

Di California, seorang ibu berusia 35 tahun yang baru melahirkan anak telah melanggar seorang pengasuh yang sedang menyorong seorang bayi berusia 13 bulan di dalam kereta sorong, hingga menyebabkan pengasuh itu terbunuh dan bayi itu mengalami kecederaan teruk.

Bayi tersebut retak tengkoraknya, patah tulang dan tulang rusuk serta luka di bahagian limpa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Semua ini berlaku gara-gara ibu yang baru melahirkan itu tidak cukup tidur!

Namun yang menariknya, setelah semua ‘kemusnahan’ yang berlaku itu, wanita tersebut hanya dikenakan penjara 48 jam atau 2 hari. Itu pun setelah rayuan dibuat oleh waris pengasuh dan bayi itu yang meminta supaya hakim memenjarakannya. Hukuman asal tidak termasuk hukum penjara.

Selain itu, wanita tersebut turut akan dipantau secara eloktronik selama 180 hari.

Mengatasi keletihan untuk ibu-ibu baru 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Jangan jadi mangsa dan jangan jadikan orang lain sebagai mangsa

Hanya orang yang pernah melalui pengalaman menjadi ibu sahaja yang akan faham betapa ‘huru-haranya’ hidup kita jika tidak cukup tidur dek kerana menguruskan anak. Terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali menjadi ibu. Tip-tip di bawah ini diharap dapat membantu ibu-ibu baru agar berjaya mengatur kehidupan baru anda bersama si kecil dengan lebih efisyen.

#1. Bertenang Tanggungjawab anda kini telah bertambah dengan kehadiran si kecil. Pada waktu yang kritikal inilah anda sepatutnya bertenang dan tidak meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi terhadap diri sendiri. Fokus pada membina keintiman bersama bayi anda daripada memikirkan hal-hal rumah atau mungkin juga hal-hal kerja.

#2. Tinggalkan nostalgia lama Semua ibu pasti bersetuju jika dikatakan yang hidup anda akan berubah dalam sekelip mata sebaik sahaja bayi anda dilahirkan. Usah lagi mengenangkan kehidupan masa lalu anda di mana anda boleh tidur selama mana anda suka dan pada bila-bila masa yang anda suka. Selagi anda membandingkan keseronokan hidup bujang anda dengan kehidupan anda sebagai ibu sekarang ini, selagi itu anda akan stress dan lebih sukar untuk anda menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

#3. Manjakan diri anda

Mungkin bunyinya agak mengarut tetapi itulah yang anda perlu lakukan bagi mengekalkan diri anda di dalam perspektif yang betul. Ambil masa 10 minit berendam di dalam mandian suam, atau 15 minit untuk senaman ringkas, berehat, atau mungkin sahaja pergi ke spa atau membuat rawatan muka. Menguruskan anak kecil memang memenatkan. Oleh itu sesekali anda perlu juga mengecas semula ‘bateri’ anda yang sudah lemah itu dengan memanjakan diri anda. Mengarut? Cuba dulu baru tahu…

#3. Minta bantuan orang lain Anda hanya ada sepasang tangan. Jika anda boleh dapatkan 2,3 atau lebih lagi pasang tangan untuk melakukan tugas-tugas di rumah, apa salahnya. Minta bantuan suami, ibu, mertua, adik-beradik atau mungkin juga jiran bagi menyelesaikan tugas-tugas yang tidak mampu anda lakukan tetapi perlu dilaksanakan.

BERKAIT: Sleep, baby sleep

#4. Tidur banyak-banyak Hakikatnya, anda akan lebih kerap tidak cukup tidur daripada dapat tidur banyak-banyak. Namun, ada beberapa cara untuk anda dapatkan kembali tidur yang kekurangan itu. Tidur apabila bayi anda tidur. Jangan sibukkan diri dengan kerja rumah pada masa ini. Kerja-kerja rumah boleh tunggu tetapi bayi yang menangis tidak! Sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, cuba dapatkan satu malam di mana anda boleh tidur tanpa gangguan sepanjang malam dan masuk tidur awal. Jika anda menyusukan bayi, tidur berdekatan dengan bayi anda supaya anda boleh menyusukannya dengan segera apabila dia terjaga di tengah malam tanpa anda perlu berjalan dalam keadaan mengantuk sekiranya bayi diletakkan di bilik berasingan.

Jadikan pengalaman pertama anda sebagai ibu suatu pengalaman indah dan bukannya igauan ngeri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Sumber: Cafe Mom, iVillage

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menjadi Ibu Buat Pertama Kali Bukan Mudah, Ini 10 Kesilapan Yang Sering Dilakukan

Written by

Faradibah Sudari