Anak bongsu saya akan berumur 3 tahun pada bulan Jun tahun ini. Kadang-kadang saya masih mengendong dia dan apabila orang melihat ini mereka selalu bertanya:
“Anak dah besar nih! Masih nak gendong ke?”
“Kamu ni terlalu besar untuk digendong sayang…”
“Anak you kuat lekat ek?”
Pernah terlimpas difikiran tak yang mungkin saya yang teria-ia menikmati setiap saat dengan anak bongsu saya? Sebelum ini, masa kami hanya beranak seorang, tugas harian di rumah masih mudah diuruskan. Sekarang beranak dua, rumah pun dah macam kandang.
Kalau masalah ini dapat diselesaikan tanpa halangan dengan mengendong anak saya, “why not kan?”. Semua kerja rumah siap. Makanan siap masak. Saya boleh meluangkan masa dengan kedua-dua anak saya pada masa yang sama. Semua orang pun happy.
Kebaikan mengendong anak
Untuk Keselamatan
Kalau di bawa berjalan-jalan, tak payahlah saya nak kecoh memastikan dia selamat dari aliran trafik. Tak yah lah nak risau orang yang tidak dikenali akan mengacau anak kamu kerana dia mendakap kat dada dalam wrap atau carrier.
Nak keluar sorang-sorang ke pasar malam yang berhampiran? Orang ramai? Nak pergi dari lokasi A ke B dengan cepat? Tiada masalah. Saya tidak perlu bimbang orang dewasa akan terlanggar anak saya. Saya tidak akan kehilangan dia di khalayak ramai kerana dia selamat dalam carrier.
Mungkin ada yang akan berkata,”Pakailah stroller tu. Kan dah beli?”
Kebebasan
Saya masih ingat lagi cuti keluarga kami ke Legoland tahun lepas. Semua selasai dalam satu hari – anak yang sulung puas bermain. Kalau tunggu anak bongsu berjalan jangan harap satu hari cukup. Selain itu, tidak semua tempat di Malaysia menyediakan kemudahan untuk ibubapa yang membawa stroller. Tangga dan eskalator, hanya beberapa contoh halangan.
Di setiap pusat membeli-belah yang sesak, jarang ada orang yang akan memberi laluan kepada ibu bapa yang membawa stroller. Semua malas nak naik eskalator, semua nak naik lif. Ibubapa yang tiada pilihan lain terpaksa bawa stroller naik eskalator pulak. Saya pasti anda juga tahu cara ini memang tidak selamat langsung.
Mengeratkan Hubungan
Sebahagian daripada perbualan kecil-kecilan bersama anak bongsu saya berlaku semasa digendong. Dia akan menyentuh muka saya dan dengan jari penunjuk kecil, dia akan arahkan perhatian saya kepada apa sahaja yang telah menarik minatnya. Kami akan membincang tentang apa sahaja, biarpun cuaca atau bunga yang kita jumpa semasa berjalan-jalan di taman pagi tadi. Saya tidak akan lupakan semua detik-detik manis seperti ini.
Kadang-kadang perbuatan sederhana seperti memeluk anak tersayang, terutamanya selepas sehari stress bekerja, boleh menyenangkan hati.
Cerai Susu Ibu
Kedekatan dan ikatan emosi inilah yang menjadikan proses bercerai susu badan fasa yang mencabar. Tiba masa menyusu, kena banyakkan memujuk dan menenangkan anak. Peluk dan usap dengan penuh kasih sayang, dan cuba alih perhatian ke benda yang mereka suka, tetapi adakalanya lemah tangan mendukung anak untuk masa yang lama.
Sekurang-kurangnya dengan adanya alat gendong atau wrap, kita boleh terus memberi kasih sayang tanpa rasa letih atau melepaskan tugas-tugas harian kita.
Anak Cepat Membesar
Tiba hari anak dah besar, dia tidak akan mahu didukung lagi. Dalam masa yang singkat anak kecil anda akan membesar menjadi kanak-kanak prasekolah. Saya tahu ada kanak-kanak prasekolah yang masih digendong ibubapa mereka, tetapi bahu saya memang tak larat.
Sebenarnya, masa mengedong anak ni, masa yang singkat sahaja dan bukan untuk selamanya. Setiap pengalaman ber- babywearing akan mencapai penghujungnya (pasti semua suami akan mengeluh rasa lega kerana isteri berhenti bershopping wrap atau carrier cantik-cantik).
Tetapi inilah sebab utama mengapa saya masih mengendong anak saya. Selagi bahu dapat memikul beratnya, saya akan terus mengendong anak saya.