Kanak-kanak ini menggunakan wang sakunya untuk menyelamatkan dua ekor anjing

Membiaya haiwan di sana bermakna anjing-anjing itu akan dapat dimandikan, dipasang cip mikro, vaksin, ubat pencegah kutu dan juga ubat cacing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jaxton Betschart, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun telah menunjukan contoh yang sungguh indah, berbuat baik pada semua makhluk Tuhan. Dan dia melakukan ini semua dengan menggunakan wang saku miliknya.

Bagi kebanyakan kanak-kanak seusia Jaxton, wang saku dikumpul untuk membeli gula-gula perisa baru atau gajet terkini. Namun, Jaxton telah membuatkan ibunya bangga apabila dia membuat keputusan untuk mendermakan wang saku simpanannya.

Selepas Elyse, ibu Jaxton membawanya ke Pusat Perlindungan Haiwan Charleston. Jaxton membuat keputusan untuk membayar yuran pengambilan haiwan belaan untuk dua ekor anjing pit bull.

 

Foto ehsan shareably

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada mulanya, Jaxton ingin membela Tank, anjing pit bull yang berwarna kelabu gelap. Tetapi, disebabkan syarat ketat di kawasan perumahan tentera, mereka tidak boleh membelanya.

Selepas menerangkan kepada Jaxton mengapa mereka tidak boleh membela Tank, Elyse memberitahu yang dia masih boleh membantu anjing itu mendapat rumah.

Melalui program pembiayaan, Jaxton menjadi penjaga kedua anjing itu dengan membayar yuran pengambilan haiwan belaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membiaya haiwan di sana bermakna anjing-anjing itu akan dapat dimandulkan, dipasang cip mikro, vaksin, ubat pencegah kutu dan juga ubat cacing. 

Foto ehsan shareably

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas salah seorang pekerja di Pusat Perlindungan Charleston berkongsi cerita hebat tentang Jaxton, ramai orang mula memberi respon.

Mereka ingin tahu bagaimana mereka boleh membantu haiwan-haiwan itu mencari rumah. Terima kasih kepada Jaxton, kini rumah perlindungan itu dibanjiri pembiayaan dan beberapa pengambilan haiwan peliharaan.

Kebaikan membiarkan kanak-kanak berinteraksi dengan haiwan

Sebagai ibu bapa, memang kita akan risau tentang keselamatan dan kesihatan anak kita apabila berinteraksi dengan haiwan. Adakah mereka bersih, adakah mereka sihat, adakah anak anda pandai bermain dengan haiwan tersebut? Tetapi, sebenarnya, banyak kebaikannya jika anda membiarkan anak anda berinteraksi dengan haiwan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kasih sayang sesama makhluk
    Mereka akan belajar yang menyayangi tidak terhad kepada manusia sahaja. Jika dari kecil sudah belajar menyayangi haiwan, kita dapat mengurangkan bilangan orang yang bertindak kejam terhadap haiwan.
  2. Tanggungjawab
    Sebenarnya, salah satu cara untuk mengajar anak kecil mengenal erti tanggungjawab ialah dengan memberi mereka haiwan peliharaan atau mengajar mereka menjaga haiwan. Mereka akan sedar yang haiwan perlu makan, boleh jatuh sakit dan perlu bermain seperti mereka.
  3. Lebih aktif
    Bermain dengan haiwan sama ada di rumah mahupun di 'petting zoo' memang memenatkan. Tetapi ianya bagus untuk anak-anak anda. Mereka akan lebih aktif dan dapat mengeluarkan tenaga dengan 'kawan' baru.
  4. Kesihatan
    Terdapat satu kajian di dalam jurnal pediatrik (Journal of Pediatrics) menunjukkan yang kanak-kanak yang membesar sering berinteraksi dengan haiwan lebih jarang sakit. Mereka mempunyai respon sistem imun yang lebih baik serta 31% kurang dijangkiti jangkitan saluran pernafasan berbanding kanak-kanak yang tidak membesar berdekatan dengan haiwan. 
  5. Lebih gembira dan berkeyakinan
    Pernah dengar kata-kata "kanak-kanak gembira, ibu gembira"? Anak anda pasti lebih gembira dapat bermain dengan haiwan, mereka comel dan mempunyai pelbagai ragam. Malah, anak anda akan lebih yakin dapat mendekati mahkluk lain. 

Tidak semestinya haiwan peliharaan. Ada pelbagai cara anda boleh membiarkan anak anda mendekati haiwan. Terdapat banyak 'petting zoo' sekarang yang membenarkan kanak-kanak bermain dengan haiwan. Malah bagi anak-anak yang lebih berusia, bolehlah mengajak mereka menjadi sukarelawan di zoo.

Sumber: shareably, WTE

Penulis

Aqma