Menghadapi tekanan - samakah lelaki dan wanita?

Lelaki dan wanita masing-masing merasai tekanan, namun menangani tekanan adalah berbeza antara keduanya. Ketahui perbezaan ini dan mengapa ianya penting bagi pasangan suami isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Menghadapi tekanan – samakah lelaki dan wanita?

Zaki pulang dengan rasa kepenatan. Kertas kerja yang sepatutnya dihantar dua minggu lagi telah dipercepatkan kepada minggu hadapan. Dia perlu merehatkan minda sebelum memikirkan jalan terbaik.

“Aduh … penatnya hari ni.” Elina memulakan perbualan.

“Marilah duduk dengan abang. Kita tengok movie malam ni.” Zaki menyahut.

“Abang dengar tak apa saya cakap ni?”

“Ya, saya dengar awak penat. Awak ingat awak saja yang penat? ” Zaki mula naik suara.

“Abang memang tak memahami saya!” Ujar Elina seakan merajuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

“Eh sudahlah! Saya nak tidur!” Sahut Zaki sambil berlalu ke bilik tidur, meninggalkan Elina yang merasakan dirinya tidak dihargai.

BERKAIT: 6 cara mendapatkan penghargaan suami.

Punca perselisihan

Dr John Gray, penulis buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, ada menyebut, penyebab suami dan isteri bertelingkah dan berselisih faham apabila berhadapan dengan tekanan bukanlah kerana cara menangani tekanan yang berbeza. Yang menjadi masalah adalah kegagalan dalam memahami bagaimana pasangan menangani tekanan dengan cara yang berbeza.

Tanpa memahami bagaimana, suami atau isteri tidak tahu apa yang mereka sedang hadapi dan timbul salah tafsiran terhadap perbuatan pasangan. Akibatnya, mereka akan memberikan reaksi yang salah terhadap keperluan pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

BERKAIT: Keeping fights in your relationship fair.

Hormon oh hormon!

Bagi lelaki, hormon utama untuk berfungsi dengan normal adalah testosterone manakala oxytocin bagi wanita. Lelaki dan wanita mengeluarkan kedua-dua hormon ini pada tahap yang berbeza bagi testosterone dan sama bagi oxytocin. Disebabkan tubuh wanita juga mengeluarkan hormon estrogen, ia melipatgandakan kesan hormon oxytocin. Inilah punca perbezaan dalam cara lelaki dan wanita berinteraksi dan memberi reaksi terhadap sesuatu.

Dalam situasi tekanan yang berterusan, hormon cortisol yang dihasilkan akan menekan hormon-hormon utama ini dan merendahkannya. Untuk kembali normal, hormon-hormon ini perlu ditingkatkan semula.

Yang normal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Tahap testosterone yang normal pada lelaki dikaitkan dengan perasaan berjaya dan penyelesaian masalah. Merasa yakin dengan apa jua kebolehan diri dapat meningkatkan penghasilannya. Begitu juga dengan kerehatan fizikal.

Bagi lelaki, apabila tertekan tahap pemfokusan mereka meningkat dan akan suka menyendiri. Mereka akan merasa lebih baik apabila dapat menyelesaikan masalah.

Penghasilan oxytocin pada wanita dikaitkan dengan hubungan sosial, kasih sayang dan keintiman, sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Wanita perlu berhubung dengan orang lain seperti melalui persahabatan, perkongsian, ambil berat serta bimbingan.

Bagi wanita, apabila tertekan mereka akan merasa terbeban dan beremosi. Mereka akan merasa lebih baik jika dapat bercakap tentang masalah yang dihadapi.

Dengan sedikit panduan ini, maka fahamlah kita bagaimana lelaki dan wanita akan bertindak apabila berhadapan dengan tekanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

BERKAIT: Menyemarakkan api cinta di antara suami isteri.

Lelaki yang sedang menghadapi tekanan akan …

• Melakukan aktiviti santai bersendirian seperti menonton tv dan membaca akhbar.

• Merehatkan fizikal seperti tidur sebentar.

• Menyelesaikan satu-satu masalah kecil di rumah seperti membetulkan lampu yang tidak menyala atau sinki yang tersumbat.

• Mencapai satu-satu objektif jangka pendek seperti membersihkan garaj atau mencuci kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

• Melakukan hobinya seperti memancing atau bermain golf.

Kesemua ini dapat meningkatkan semula hormon testosteron bagi lelaki dan mengembalikan tenaga dan keyakinan diri untuk menyelesaikan apa jua penyebab tekanannya.

Wanita yang sedang menghadapi tekanan akan …

• Bercerita tentang masalahnya dengan objektif untuk mendapatkan sokongan emosi dan merasa didengari.

• Membantu orang lain yang sedang dalam masalah walaupun masalahnya sendiri belum selesai.

• Meluangkan masa untuk keluar bersama teman wanita dan merasa terhubung dengan orang lain.

• Berkongsi sesuatu dengan orang lain, samada dari segi kebendaan atau perasaan.

• Merasai keinginan untuk membeli belah atau membelai diri di salon atau pusat kecantikan.

Bagi wanita, mendapatkan sokongan emosi dan berhubung dengan orang lain sama ada yang rapat atau tidak diperlukan. Dengan itu dia akan kembali tenang untuk berhadapan dengan apa jua punca tekanan.

BERKAIT: The meaning of marriage.

Rujukan:

Why Mars and Venus Collide
Dr John Gray, 2008, Harper Element: London.

Men Are From Mars, Women Are From Venus
Dr John Gray, 1998, Thorsons: London.

Why Men and Women Handle Stress Differently
How Men and Women Cope With Stress differently

Adakah anda merasai tekanan? Bagaimana anda memberi sokongan terhadap pasangan yang tertekan?