hi mommies ,
setiap mommies mesti ada mengidam something kan during pregnancy & i pun sama mengidam bubur berlauk tengah malam which is pukul 4am . kesian husband kita tengah malam mencari last last takdek and masak kan untuk kita . but mommies mengidam ni mommies jangan pelik , is normal untuk preggy women even tak pregnant pun kita craving macam macam kan apatah lagi pregnant kan lagi lah craving macam macam , itu semua mungkin dari kita but kita alasan baby yang nak makan . hehehe selalu kena fitnah ya baby 😘
but if mengidam pelik pelik mommies boleh cuba untuk control . contoh mengidam benda yang memudaratkan mommies and baby . cuba untuk control tau bukan apa tak elok untuk both mommies and baby . sebab kita tanak sebarang apa apa yang tak diingini terjadi . yelah kita nak yang terbaik untuk baby
macam i teringin nak makan maggi tapi semua tahu maggi tu tak elok , but boleh buat rasa rasa sikit untuk lepaskan mengidam tapi janganlah bedal semangkuk ya tak elok . buat pelepas mengidam sahaja .
selama mengandung ni , orang kalau kita tengok makanan pun dah pelawa nak rasalah . bukan apa takut terliur 😂 untung kan preggy women . manfaatkan lah 9 bulan ni teringin nak makan apa apa mesti cik suami capaikan 🤍
selama i mengandung , alhamdulillah tade lagi mengidam pelik pelik cuma mengidam tak kena masa tu ya , pukul 4am nak makan bubur berlauk mana nak carikan ? siang pun payah nak cari apatah lagi malam .
i pernah baca article " isteri mengidam cium bau ex " korang kalau cakap macamni dekat husband korang agaknya apa reacting husband korang mesti terkejut kan . tapi tulah hormon pregnant ni kan mengidam macam macam . and mommies tak perlu risau kalau mengidam semua tu sebab semua pregnant women mengidam . so jangan rasa diri ni pelik ke apa . cuma orang sekitar kena lah faham hormon orang pregnant jangan ingatkan kami ni mengada ngada