Terkejut pihak theAsianparent Malaysia apabila melihat video mengurut bayi yang tular ini. Melampau dan tak patut! Si pengurut itu didapati mengayun, menterbalikkan kepala ke bawah kaki ke atas dan mencekup muka bayi!
Adakah ini cara betul untuk mengurut bayi? Ia cukup membuatkan ibu bapa ‘seriau’ melihat wanita ini mengurut bayi dengan cara sebegitu.
Anda boleh saksikan sendiri dalam video berdurasi selama 1.02 minit di bawah ini. Kaedah mengurut bayi ini dilakukan sendiri oleh tukang urut profesional, Larissa Orynbasarovna, 35 tahun.
https://www.youtube.com/watch?v=Wn7n2aAges8
Video mengurut bayi tular – selamat ke cara urut itu?
Mesti ada yang terbeliak biji mata melihat cara tukang urut ini mengurut bayi. Tak terkecuali juga, pasti ada yang rasa geram dan nak marah. Ada juga tertanya-tanya, adakah cara itu selamat untuk mengurut bayi yang ototnya masih lembut?
Namun, menurut Orynbasarovna, caranya itu selamat dan betul kerana dia sudah bertahun-tahun berkecimpung dalam proses mengurut bayi ini.
Tak hairanlah dia dilihat begitu cekap mengurut. Manakala, bayi pula amboi macam syok saja! Kita yang tengok rasa seriau semacam. Aduhai! Janganlah!
Pengurut ini dilihat mengayun bayi tersebut ke kiri dan ke kanan. Selain itu, dia juga memeluk dan terbalikkan tubuh bayi ke bawah dan kaki ke atas dengan hanya memegang pergelangan kaki bayi itu.
Memang mengucap panjang tengok cara dia mengurut bayi berkenaan. Secara amnya ramai yang melopong bila tengok cara dia mengurut bayi.
Ini kerana tubuh bayi baru berkembang dan masih lembut. Kita seharusnya memegang bayi secara lembut dan perlahan-lahan. Bukan kasar seperti mana yang ditunjukkan itu.
Tips bagi ibu bapa untuk mengurut bayi
Sekiranya ibu bapa ingin mengurut bayi, seeloknya anda tidak buat urutan tersebut selepas bayi makan kerana bayi boleh termuntah semula apa yang telah dimakan.
Walaubagaimanapun, jika anda tak belajar teknik yang betul untuk mengurut, jangan buat aksi melambung macam dalam video tersebut yang sudah tentu akan mendatangkan risiko berbahaya kepada bayi!
Sepatutnya, urut bayi dengan cara yang sangat lembut dan cermat. Kemudian gunakan minyak bayi yang bersesuaian dengan kulit si manja. Sebelum nak mengurut, pastikan bayi dalam keadaan yang selesa dan tak menangis.
Gunakan jari jemari halus anda menyentuh dan menari-nari atas tubuh bayi itu. Pasti si kecil rasa sedap dan cukup selesa apabila ibu berbuat begitu pada tubuhnya.
Walauapapun, buat dengan lemah gemalai tau. Jangan kasar-kasar, kasihan dia :'(
Antara kelebihan mengurut bayi
Kredit: emma’s diary
- Salah satu cara bonding time antara anak dan ibu bapa
- Mengurut bayi juga membuatkan si manja anda selesa
- Bayi akan rasa nyaman, relaks dan mudah untuk tidur
- Melegakan tekanan dan melembutkan otot bayi
- Dapat merangsang sistem saraf
- Bagus untuk sistem peredaran darah
Meskipun begitu, sebelum nak urut bayi, dapatkan terlebih dahulu nasihat dari pakar pediatrik. Biasanya bayi berumur satu tahun ke bawah boleh diurut setiap hari.
Manakala kanak-kanak di atas satu tahun diurut ketika dia hendak tidur bagi mudahkannya mengantuk dan terlelap.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore
Baca juga: