Pelajar meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik

Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata siasatan polis di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai membaiki plug elektrik berkenaan selepas mandi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang pelajar perempuan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang maut akibat terkena renjatan elektrik. Mangsa, Siti Nor Manisya Amer Prem Kumar, 19, pelajar jurusan sains di kolej berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira -kira jam 8.15 malam. Rakan mangsa yang telah menemuinya, melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan kolej.

Polis mengesahkan punca kematian pelajar terbabit malam tadi adalah disebabkan renjatan elektrik ketika membaiki wayar sambungan di dalam bilik asramanya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata siasatan polis di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai membaiki plug elektrik berkenaan selepas mandi.

Menurutnya lagi, mangsa terkena renjatan elektrik yang mengakibatkan dia terbaring dan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang membuat bantuan kecemasan awal. Mangsa, Siti Nur Manisa Mohd Azmi Prem Kumar, 19, ditemui maut dalam keadaan terbaring dengan kesan melecur pada tangan dan anggota badannya.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik. Difahamkan, jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, di sini, kira-kira jam 11 pagi Isnin.

Renjatan elektrik

Semua barangan elektrik mempunyai risiko renjatan elektrik. Renjatan elektrik merupakan satu kesan hazad yang sangat serius. Selain dari boleh menyebabkan terbakar dan melecur, seperti berita di atas, ia boleh menyebabkan kematian. 

Keselamatan ketika berdekatan dengan punca elektrik

Berikut adalah langkah keselamatan am yang boleh di ambil apabila berdekatan atau menggunakan alatan elektrik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Periksa wayar dan plak yang bersambung dengan alat elektrik atau penyambung wayar dan apa-apa alatan sebelum menggunakannya. JANGAN teruskan mengguna jika rosak.
  • Pastikan wayar atau wayar sambungan di dalam keadaan kemas dan gunakan pita pelekat bukannya paku.
  • Gunakan penyambung wayar, wayar atau alatan berkenaan yang telah diluluskan SIRIM.
  • Pastikan fius yang digunakan adalah saiz yang betul. Fius yang lebih besar boleh menyebabkan aliran berlebihan yang boleh menjadi punca kebakaran.
  • Jika sebarang suis atau plak menjadi panas, ia mungkin tanda sesuatu rosak atau sesuatu yang tidak selamat. Cabut semua wayar atau sambungan pada suis ini.
  • Keadaan yang BASAH atau LEMBAP mempunyai risiko lebih tinggi untuk menyebabkan renjatan elektrik.
  • JANGAN menggunakan wayar yang sudah terkoyak.
  • Pastikan hanya juru teknik yang boleh membaiki atau membetulkan alatan atau suis yang rosak.

Sekiranya seseorang terkena renjatan elektrik

Jika anda mendapati seseorang berdekatan anda terkena renjatan elektrik:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • JANGAN cuba memegang orang tersebut tanpa penebat.
  • Matikan suis utama atau punca renjatan terlebih dahulu.
  • Lihat sama ada mangsa di dalam keadaan sedar atau tidak.
  • Selepas mematikan punca renjatan, jika boleh, jauhkan mangsa dari punca menggunakan bahan penebat.
  • Telefon talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan dan beritahu mereka keadaan mangsa.

Di rumah, kita sebagai ibu bapa harus memastikan tiada risiko renjatan elektrik yang boleh membahayakan anak-anak. Pastikan wayar-wayar di dalam keadaan kemas dan tidak terkoyak. Sorokan suis atau wayar elektrik di dalam tempat yang sesuai bagi mengelakkan anak-anak bermain (contohnya bayi suka menghisap kabel pengecas telefon bimbit).

Sumber: CCOHS

Penulis

Aqma